07 July 2011

KEPUTUSAN AKHIR SHOWDOWN 2011

Tahniah kepada Kumpulan ELECOLDXHOT kerana telah menjadi juara untuk SHOWDOWN 2011 iaitu pertandingan tarian yang cukup menarik bagi aku. Tempat kedua telah jatuh kepada kumpulan HMC PHLOW, manakala BOUNCE STEPPER tempat ketiga. Kumpula ROKUSTEPS. Pertandingan Peringkat Akhir yang cukup bertenaga dari empat kumpulan yang cukup hebat.


Aku bab menari memang kaki bangku tapi kalau bagi MAT TIGER memang satu hari satu malam suruh dia gelek dia boleh buat ..hehe. Saja layan Final SHOWDOWN 2011 nak tengok kreativiti para peserta masing-masing. Memang terbaik dan selayaknya ELECOLDXHOT ditabalkan sebagai juara. Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya ke peringkat akhir.

Macam-macam gaya telah dipersembahkan dan macam-macam kreativiti dari setiap peserta telah persembahkan. Satu acara yang menjadi kegilaan remaja sekarang ini. Aku ingat kalau ada pertandingan tarian tradisional untuk remaja pun ok juga. Satu kelainan dan rasa-rasanya elok juga kerana dapat memperkenalkan tarian tradisi Malaysia. Apa pendapat korang?




2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails