18 July 2011

DURIAN DARI KEBUN PAK LONG PANTAI LAYANG SUNGAI MATI MUAR TERBAIK

Bila balik kampung terutama musim buah,pastinya menyeronokkan. Balik kampung kat Pantai Layang Sungai Mati Muar minggu lepas semestinya sesuatu yang cukup best. Apa taknya. Bila bangun dari tidur dan bersiap-siap nak pergi ke Pasar Maharani Muar, Pak Long aku dah sediakan juadah Istimewa iaitu DURIAN wehh..satu keluarga suka.

DUTA DURIAN MUAR..HEHE..PAK LONG

Memang melantak durian jer kitaorang. Musim durian dah hampir penghujung, harga Durian pun jatuh merudum iaitu harga diantara RM0.50 sehinggalah RM2.00 Sekilo jer. Kalau kat Kuala Lumpur mana nak dapat harga macam tu. Kena pulak Durian yang ada kat Kebun Pk Long aku ini kebanyakannya jenis Durian Kampung. ada gak Durian Kacukan lain.

RAMBANG MATA MELIHAT DURIAN

Mintak maaflah KID, Durian aku dah bedal kat MUAR, Bawak balik pun tak banyak dalam 20 biji untuk aku sorang..hahaha. Rezeki kiraorang bila balik kampung ,durian masih ada lagi. Rasa-rasanya minggu depan dah habis kut sebab tempoh buah gugur lebih kurang dalam 2 ke 3 minggu jer lepas tuh abis. Best memang best sebab dapat rasa durian yang terbaik rasanya.


Banyak lagi yang menarik yang terdapat kat kebun Pak Long aku ni. Itu belum rambutan berbuah lagi. Kalau berbuah confirm setakat 5 ke 7 bakul senang-senang boleh dapat. Antara yang menarik akan aku ceritakan dalam entri seterusnya adalah Misi Masuk Kebun Durian..hehe..Awal pagi ke Kebun dengan Pak Long dan Adik Ipar aku. Siap bersarapan dengan durian lagi kat kebun.

5 comments:

  1. Lu memang bikin panas jejai.. hahahaha.. Skali Pak Long kasi berbakul2 nih. Besar bagak nampak durian tuh.. waaaaahhh.. ni gua nak cari doyan kat mantin nih. huhuhuhu
    Trafik Blog dan Bintang di Nuffnang!

    ReplyDelete
  2. ABG JAI!!!!!!!!!!!!!!knp tak bwk lebih lagi.diba pun kalo 20 biji mne ckup.hahah

    .: smlm mkn durian kat cheras.rm2.50 sekilo.org tu ckp dari muar.sedap~

    ReplyDelete
  3. meriah tgk durian dlm bakul :P tp sy tak makan durian

    ReplyDelete
  4. bikin panas betul bro.. kerana entri ko ni minggu ni aku balik sekali lagi Penang nak makan durian dengan kulit2 sekali.. jom datang penang hujung minggu ni.. terjah kebun pak mertua aku..heheeh

    ReplyDelete
  5. Kid - Wakakaka..kasih bakor..terbakor..hahaha. Perghh meleleh wa cakap lu..

    Dibah - Hahaha..mana nak muatnyer bonet kereta dengan beg baju. Bawak 50 bijik jerr..wakakaka..kat Muor sekilo baru RM0.50..sodappp..

    Fara - Rugi..antara yang terbaik tuhh..

    Myvitrd - Hahahaha..hang tolong bawak balik dalam sebakul ek. Si KID tengah mengidam tuhh..hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails