Gambar boleh memberikan kenangan manis. Pada Hujung Minggu saja layan tengok gambar-gambar zaman persekolahan. Masih tersimpan rapi hampir 30 tahun dalam Album aku. Bila aku lihat jer terkenang zaman persekolahan yang penuh dengan memori indah, suka duka dan macam-macam lagi. Ingin aku abadikan dalam blog ini sebagai kenangan terindah. Mungkin dapat menjadi tatapan buat generasiku.
Gambar diatas diambil semasa sesi pengambaran untuk majalah sekolah tahunan. Bersama rakan-rakan dalam Tingkatan 1C. Semasa itu aku boleh dikatakan antara murid nakal. Pernah nak bergaduh dengan Cikgu dalam gambar nie yang bernama Cikgu RAMLY. Sekarang beliau menjadi seorang pensyarah kat UUM Sintok tak silap aku. Banyak sangat kenangan manis ketika bersama dengan beliau.
Aku pernah rasa sakit hati bila Cikgu RAMLY ni mengajar kelas kitaorang. Namun ada sesuatu yang istimewa dengan Cikgu nie. Selepas bergaduh dengan beliau,aku rasa cukup bersalah dan ramai yang tidak tahu sehinggalah sekarang. Mungkin dah takdir akhirnya beliau menjadi Kawan Rapat kepada abang aku dan sehingga kini aku hormati beliau sebagai salah seorang Guru yang TERBAIK.
Moral of the Story. Walau teruk ker Cikgu tu,buruk ker atau ada sahaja yang menyakiti anda semasa zaman persekolahan, ingatlah suatu hari nanti anda pasti akan berterima kasih dan hormat terhadap beliau kerana ia memberi seribu macam pengajaran dalam kehidupan kita. Buat Cikgu RAMLY Terima Kasih Cikgu kerana sentiasa bersabar dengan kerenah anak-anak murid..janji tak buat lagi..hehe..


mana satu bro je jai ya?yang duduk sebelah guru tu ke?hik3...anak emas cikgu la katakan..
ReplyDeletecikgu ramly... tibai je jejai nih.. heheheh
ReplyDeleteSelamat Ulangbulan ke-5 Puteraku
Salam,
ReplyDeleteJejai mesti yang 5 dari kiri kan?? hehehe
www.yanmieonline.com
Eyriqazz - Adeyyy..gua lagi hensem dari mamat tuh daa.
ReplyDeleteKid - Hahaha..gua dah lama settle dengan beliau bro..dah jadik kamceng..hehe
Yabnie - Tahniah kak..cam jugak aka ek..hehe
Salam Bg Jai, nampak kmk muka laki kmk kat cya eh... mesti ktk tertanyak2 sapa tok & sapa laki kmk ya.. he he he... silent reader tok dari Miri Sarawak
ReplyDeleteAnonymous - Adeyyy..terima kasih eh baca blog kamek. sapa nama laki kitak..padahlah..Yarabbi confirm laki kitak geng keras kamek..Salam ngan laki kitak kelak
ReplyDeletesama2... laki kmk nok dudok no 2 kat depan... GILBERT namanya... ingat ktk kah? geng keras ktk padu... patutnya salu cerita pasal ktk ;)
ReplyDeleteAnonymous - Padu hal..kirim salam ngan Gilbert..nang geng keras juak ya...Selalu kena buli ngan kamek...kan kamek gangstar..hehe
ReplyDelete