05 April 2011

ADENOVIRUS SEMAKIN MENGANAS!! AWAS!!

Adenovirus semakin mengganas nampaknya. Dulu tiga pelatih Polis di Pulapol Jalan semarak telah meninggal dunia gara-gara Adenovirus ni. Kini ia kembali menyerang dan terkini giliran Pulapol Port Dickson pula kena serang. 11 orang pelatih telah dijangkiti.Malah yang lebih memeranjatkan 2 wabak telah ditemui iaitu Adenovirus dan H1N1.


Aku bukan nak bercerita mengenai pelatih yang kena serang wabak ini tetapi lebih kepada persoalan yang kerap bermain diminda aku ini. Sebenarnya aku keliru apa itu Adenovirus? Mati-mati aku ingat ia berpunca dari kencing tikus seperti penyakit Leptospirosis yang pernah mengemparkan kita dahulu. Jadi disini aku ingin berkongsi apa itu Adenovirus.

Amendelah Adenovirus ni? Setelah belajar dengan pakcik google maka barulah aku tahu bahawa Ia merupakan kumpulan Virus yang boleh menyebabkan penyakit melibatkan sistem respiratori atau pernafasan dan selain itu ia juga boleh berjangkit ke bahagian perut dan usus (gastroenteritis), mata (conjunctivitis) dan pundi kencing (cystitis).

SIMPTOM-SIMPTOM JANGKITAN ADENOVIRUS
  • Jangkitan pada Pernafasan - Batuk yang berpanjangan,  selsema, sakit tekak, radang paru-paru(pneumonia)
  • Jangkitan pada Usus - cirit birit, muntah, pening kepala, demam , hilang selera makan  dan kejang abdomen.
  • Jangkitan Pundi Kencing - ekerapan buang air kecil, sakit ketika membuang air kecil, air kencing kotor dan kadang kala terdapat darah pada air kencing pesakit.
  • Jangkitan pada Mata - konjunktivitis, mata berair, merah dan tidak selesa seakan2 ada sesuatu di dalam mata.
BAGAIMANA VIRUS INI MEREBAK?

Virus ini boleh dijangkiti bila ia tersebar melalui udara sama ada melalui bersin atau batuk, Selsema dan juga berjangkit secara terus dengan pesakit @ pembawa Virus atau pun melalui najis (pepejal atau cecair). Selain daripada itu virus ini juga boleh ditemui dalam air yang tercemar seperti Sungai atau Kolam air.

JENIS-JENIS ADENOVIRUS

Menurut sesetengah laporan ada yang mengatakan ia terdiri dari 50 jenis Virus dan ada juga mengatakan ia terbentuk dari 63 Strain (gabungan kut). Kebanyakan kes yang meninggal dunia gara-gara Adenovirus adalah disebabkan oleh Virus yang Baru (Termutasi)

Moral of the Story aku berpesanan kepada semua dan juga sebagai ingatan kepada diri aku juga cegah sebelum berjangkit.Jaga kebersihan, Basuh tangan sebelum makan dan selepas keluar tandas,tutup mulut bila Batuk dengan saputangan atau guna topeng mulut.Elak mengunjungi tempat awan sekira tiada urusan penting. Kalau Simptom-simpton diatas dikesan segera ke Klinik atau Hospital.


CEGAH SEBELUM TERKENA

3 comments:

  1. virus pon da pandai berevolusi .

    ReplyDelete
  2. xazryx - dah tentu..virus dah bijak sekarang nie bro..hehe

    ReplyDelete
  3. sekarang kena hati2 sentiasa bro.. dahlah pulapol tu sebelah opis aku je.. seram juga aku..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails