27 March 2011

TERIMA KASIH FARA FAUZANA DAN WAHID SENARIO

Layan Melodi kejap tadi. Memula malas nak buat entri nie. Tapi fikir-fikirkan Hari ini kira hari Terakhir Fara Fauzana dan Wahid Senario membuat liputan jadi aku buat juga. Ini kerana bila bercerita tentang artis memang dah jadi favourite aku. Kalau tak takkan timbul nama samaran aku dari JAI jadik JeJAI hasil pukulan dan penangan si tokey RIMAU @ EYRIQAZZ.


Memang Melodi adalah antara rancangan kegemaran aku sejak tujuh tahun bersiaran. Nampaknya sampai disini sahaja jodoh Fara Fauzana dan Wahid Senario dengan Melodi. Memang bila Fara Fauzana dan Wahid Senario mengacara rancangan melodi,mata dan telinga semua tertumpu kepada skrin TV kerana isi kandung kekadang cukup panas dan mantap.

Pengacara baru yang bakal mengganti mereka adalah ZIZAN dan DIRA. Apa yang pasti keadaan tidak akan sama. Segalanya berubah. Aku tetap sokong Melodi tak kira siapa menjadi pengacara. Macam-macam pendapat dari penonton setia Melodi termasuk keyakinan sama ada DIRA mampu untuk mengacara rancangan ini atau tidak bersama-sama dengan ZIZAN Raja Lawak.

Bagi aku siapa jua yang bakal menjadi pengacara aku tak kisah termasuk DIRA. Mampu atau tidak mampu mengacara adalah satu perkara yang kita belum pasti lagi. Berilah beliau peluang sebab setiap orang memang berhak untuk diberi peluang. Mungkin DIRA ada cara beliau tersendiri dalam mengacara rancangan yang penuh sensasi ini.

Last but not least buat Fara Fauzana dan Wahid Senario tahniah kepada anda berdua kerana telah berjaya mengacara rancangan Melodi dengan baik sekali dan Selamat Datang kepada Zizan dan Dira kedalam rancangan melodi. Semoga anda berdua berjaya mengacara rancangan dengan baik sekali. Ada yang masih kurang puas hati ke dengan pengacara baru Melodi?




1 comment:

  1. sedihnya kak fara dan wahid dh nak kuar dr team melodi..suka ngn keletah diorg..hope zizan n dira can be better..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails