Bukak berita online terpampang besar lagi tajuk SYARAT BAHARU KAD KREDIT. Tahniah kepada BANK NEGARA MALAYSIA atas perlaksanaan Syarat baharu ini. Kalau dimulakan dari dulu kan elok. Kenapa aku kata elok? Yelah kalau hutang kat KREDIT KAD jer dah berjumlah berbilion-bilion. Elok jugak peningkatan Had pendapatan dari RM18,000 ke RM24,000 dan para pemegang kad hanya boleh memiliki 2 kad sahaja.
GAMBAR HIASAN
Had maksimum kredit kad sebanyak dua kali ganda dari jumlah pendapatan juga satu langkah yang baik. Diharap lepas nie segalanya dipantau dengan tegas oleh pihak yang berkenaan. Lagi satu langkah yang baik adalah pengeluar kad kredit ditegah menaikkan had kredit dan menawarkan pendahuluan dalam bentuk cek berbayar tanpa dipohon dan mendapat persetujuan pemegang kad terlebih dahulu.
Aku sokong sepenuhnya dengan Syarat-Syarat baharu ini. Kepada golongan yang baru kerja terutama golongan muda, cuba elak menggunakan Kredit Kad tanpa kawalan,kelak merana diri. Guna memang boleh guna tapi kena beringat-ingat sebab tiada kawalan pasti korang akan menyesal. Ini sekadar pendapat aku. Apa pula pandangan korang? Setuju atau tidak dengan syarat-syarat pembaharuan ini? Meh kongsi-kongsikan...

setuju bro.. sebab kalau tak kawal tu yg org muda ramai bangkrup..sebab ada 10 kad kredit.. tapi gaji bawah 2k je..
ReplyDeleteaku sokong usaha ni..
actually, macam mana nak apply kad kredit ni? blh tak tolong ajar kitorg golongan muda ni mcm mana nak buat kad kredit?? kalau sudi, buat entry khas pasal langkah2 apply kad kredit blh ? :)
ReplyDeleteAssalam,
ReplyDeleteBagus info nih. Jauhkan diri dari kredit kad. Agen2 kredit kad ni ramai yg kaki kelentong sesenang hati perangkap mangsa kat mana2 pasaraya, petrol station dll. Mwana pernah diserbu 5-6 org agen kredit kad walhal kena nak apply satu aje. Elok sgt syarat baru BNM nih.
sedih sebab lambat sangat syrat2 ni sampai ...5 ke 6 keping ni....adohai...pening2.
ReplyDeletemember Jai dah sampai kena blacklist 4 5 kad dah.. 2 yang malas nak guna, takut xleh kawal..
ReplyDelete