29 March 2011

SIMPLYSITI ROAD TOUR SEKARANG DI ALAMANDA PUTRAJAYA

SIMPLYSITI ROAD TOUR ALAMANDA Sedang berlangsung sekarang. Kepada peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza. Jom sergah ROAD TOUR yang berlangsung dari 29 MAC sehingga 3 APRIL 2011. Menurut pegawai pemasaran ada macam-macam aktiviti akan berlangsung nanti. Apa yang bestnya barangan SIMPLYSITI tengah offer 25% yang sepatutnya berakhir 31 MAC 2011. Disebabkan ROAD TOUR ini,promosi dilanjutkan sehingga 3 APR 2011 hanya di ALAMANDA sahaja.

 

Sempat singgah melihat persediaan yang sedang berlangsung di ALAMANDA. Sempat  juga berjumpa akhirnya dengan sorang STAFF SIMPLYSITI  iaitu BECKHY. Staff yang cukup peramah. Korang sergah jer dia confirm dia akan bagi penerangan yang secukupnya kat korang. Kepada peminat-peminat Dato' Siti Nurhaliza pasti tahu mengenai Malam GALA..sesiapa yang nak tahu korang sergah Staff SIMPLYSITI kat ALAMANDA.

BERSAMA BECKHY..CUKUP PERAMAH

ORANG RUMAH BERSAMA INA STAFF SIMPLYSITI..NAK MAKEOVER KORANG CARIK DIA..HEHE

Kepada sesiapa yang bekerja berdekatan ALAMANDA,korang jangan lupa Dato' Siti Nurhaliza akan muncul di ALAMANDA pada Hari JUMAAT ( Baru terima maklumat kehadiran Dato' Siti Nurhaliza tak pasti hari bila..) Pukul Berapa aku lupa pulak nak tanya tadi..adoiiyaii..Untuk pengetahuan semua ROAD TOUR ini akan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga ke pukul 10.00 Malam. Jadi banyak masa untuk korang singgah nanti. Lepas Office hours pun buleh takdak hal punya. Apa yang pasti ada sesuatu yang menarik bila korang singgah kat Booth di ALAMANDA nanti.


Nak tahu..baik korang singgah. Macam-macam ado. Rugi tak pergi..hehe..Aku dah gi dah dan jeng..jeng..jeng..orang rumah aku beli barangan SIMPLYSITI. Harga? Takyahlah ek bagitahu. Aku rasa ok gak produk SIMPLYSITI ni. Tak mustahil bakal pergi lebih jauh mungkin ke arena antarabangsa dalam bidang Kosmetik. Oklah banyak pulak celoteh aku. Nak tahu lebih lanjut korang jangan lupa Singgah ke ALAMANDA secepat mungkin..aku kata Secepat mungkin sebab ada sesuatu yang istimewa..hehe..


** Baru dapat Maklumat Kepada Peminat Setia Dato' SITI NURHALIZA jangan lupa beliau akan berada di ALAMANDA pada hari JUMAAT JAM 12.00 Tengahari...





3 comments:

  1. salam ziarah

    selamat dtg ke blog sy dan menjadi follower sekali k

    ReplyDelete
  2. wah lepas ni duta kicap akan jadi duta simlysiti pulak lah ye.. cayalah bro

    ReplyDelete
  3. belum sempat lagi nak terjah.
    wah! lepas ni bro pulak boleh jadi jurucakapa untuk produk simplysiti kan :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails