Saja nak berkongsi kut-kut ada pendapat yang berlainan dengan aku. Ni hah mengenai PINJAMAN EKPRESS. Aku rasa semakin hari semakin menjadi-jadi mengalahkan Institusi kewangan pulak. Aku hairan kenapa perkara sebegini seolah-olah tak terkawal. Aku rasa inilah antara punca ramai yang terjebak dalam kegiatan meminjam dengan along.
PINJAMAN EKPRESS yang ditawarkan memang kalau ikutkan cukup menarik dengan kelulusan hanya dalam 30 minit dan macam-macam lagi tawaran. Aku rasa pihak berkaitan perlu ambil perhatian mengenai perkara ini. Hanya kawalan sahaja akan dapat mengekang perkara sebegini. Yang pasti orang yang terdesak pasti jadi mangsa.
Memang ikutkan perkara ini segalanya terletak ditangan si peminjam iaitu mereka boleh mengelakkan dari menggunakan perkhidmatan in,tapi kalau dah terdesak aku pasti inilah jalan penyelesaian sementara. Bukannya mereka taknak membuat pinjaman kat Bank tapi dah kalau nama kena senarai hitam macam mana?
Pada pendapat aku pihak berkaitan perlu memandang perkara ini dengan serius kerana inilah segala punca masalah yang menjadikan along-along bergiat dengan aktif bertopengkan dengan Lesen Pinjaman @ Moneylender. Aku rasa kalau dikawal pasti along-along @ ceti-ceti haram berkurangan. Apa pula pendapat korang?

jejai.. kasi nombor tu. aku nak pinjam laaa.. 30 minit je tu.. hehehehe
ReplyDeleteTelefon bimbit punca lelaki mati pucuk
KiD - Boleh boleh..nanti GUA SMS..hahaha
ReplyDeletejauhkan lah diri anda (dan diri sendiri jugak) dgn benda2 mcm ni. merana hidup kalau tersilap langkah
ReplyDeleteproses kejap je nak bayar tu punylah lama. tak sanggup lah nak bermain dengan along. parah !
ReplyDeletesebut pasal along ni..aku dah lemas dapat surat dalam peti surat aku.. macam2 iklan along antar.. jgn cari pasal dengan along ni beb
ReplyDelete