30 March 2011

PENIPU INTERNET AKHIRNYA TERSUNGKUR

Akhirnya si penipu yang sering menipu orang ramai tertangkap jua akhirnya. Aku pernah update entri mengenai beliau dahulu AWAS DENGAN INDIVIDU INI | KES PENIPUAN. Tajuk kat Harian Metro Si PAKAR KELENTONG DI INTERNET TUMPAS. Memang mamat nie pakar menipu dan menurut Harian Metro kerugian dicatat hampir jutaan ringgit tuhh.. Gilos betul..

Apa-apa pun tahniah kepada pihak berkuasa kerana telah berjaya menangkap penipu yang telah menipu beratus-ratus orang ini. Diharap selepas nie mintak-mintak janganlah ada lagi manusia macam nie.Kalau tak pasal member aku tertipu oleh orang yang sama hari tuh silap-silap aku pun terkena kalau berurusan dengan penipu nie.

Apa yang aku tahu beliau telah ditangkap disebuah Hotel di Jalan Putra kira-kira pukul 4 petang semalam. Ketika ditangkap beliau bersama dengan seorang lelaki diperkarangan Hotel berkenaaan. Mungkin Lelaki yang bersama dengan beliau tuh pun mangsa kut..tapi tak dapat dipasti.

4 comments:

  1. baguslah dah kena tangkap. kalau tak, entah berapa ramai lagi yang akan ditipu olehnya.

    ReplyDelete
  2. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua... penipu2 ni semua nk lari mane??
    Tahniah kepada PDRM kerana berjaya memberkas penjenayah ini... Kepada org ramai, hati2 dlm urusan jual beli di internet.

    ReplyDelete
  3. "Sepandai2 tupai melompat, akhirnya ke tanah jua" Penjenayah ni semua nk lari mane? Tahniah kepada PDRM kerana berjaya memberkas penjenayah tersebut. Kepada org ramai, hati2 la dlm urusan jual beli di internet, masih ramai lg penipu di luar sana yg belum tertangkap. Manusia yg suke menipu ni mmg xselamat hidupnya dunia akhirat.

    ReplyDelete
  4. kalau buat jahat memang pasti kena la..
    kalau x kat dunia ,kat akhirat x leh lari punya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails