08 March 2011

MASALAH..MASALAH..BUKAN PASAL ISU SAMAN TRAFIK TAPI..

Bila kita berada dalam satu ruang yang agak sempit,sudah tentu payah untuk kita bernafas. Begitu juga dengan kehidupan. Dihimpit dengan masalah seolah-olah tiada ruang untuk kita lari darinya. Setiap apa yang dilakukan pasti ada yang tak kena. Cuba selesaikan satu timbul lagi yang satu. Yang kedua dah selesai timbul lagi yang ketiga dan seterusnya. Seolah-olah tiada penyudah dalam kehidupan.

Itulah kehidupan yang tak sepi dek satu masalah ke satu masalah. Pastinya setiap manusia mengalaminya. Apa yang diluahkan sekadar catatan yang tiada kaitan dengan sesiapa pun. Sekadar buat renungan kepada semua bahawa setiap kehidupan yang kita lalui hargailah ia selagi kita masih bernafas. Jangan disia-siakan apa yang terbaik dan hindari apa yang buruk. Semoga dapat dijadikan ikhtibar.

Si anak muda  satu masa dahulu dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan. Ibu beliau seorang suri rumahtangga yang setia dengan suami dan amat penyayang orangnya. Begitu juga dengan ayah beliau. Walaupun sikap panas baran kadang-kadang mengundang masalah dalam keluarga beliau, namun ayah beliau tetap menyayangi keluarga beliau.

Masa terus berlalu si anak muda semakin matang dan berusaha untuk menjadi anak yang boleh diharapkan oleh keluarga beliau. Namun sejauh mana ia cuba pergi beliau sering menemui kegagalan . Mungkin sudah ditakdirkan anak muda ini sering berhadapan dengan dugaan yang tidak putus melanda beliau. Hampir putus asa si anak muda ini dengan nasib beliau yang malang

Bukan itu yang beliau pinta, setelah gagal dalam cuba mencari ilmu ,merantaulah anak muda ini ke bandar untuk mencari pengalaman hidup berdikari. Dugaan di bandar besar cukup hebat bagi si anak muda yang kerdil ini. Namun beliau harungi jua demi mebuktikan bahawa beliau mampu berjaya. Namun sebaliknya. Dari satu masalah ke satu masalah tetap timbul.

Akhirnya beliau tewas. Akur dengan dugaan yang sering menghantui beliau. Beliau nekad untuk tidak mencari masalah lagi. Namun beliau hanya manusia yang cuma mampu merancang. Masalah tetap ada dan tetap menemani beliau sehingga ke akhir hayat beliau. Tiada siapa tahu apakah masalah si anak muda ini sehingga kini. Mungkin sudah di takdirkan perjalanan hidup beliau penuh dengan masalah.

Moral of the story hindari segala masalah yang mungkin anda akan dihadapi. Adakalanya kita lupa perkara yang kecil boleh menjadi masalah dan perkara yang besar mungkin tidak menjadi masalah. Fikirkan apakah masalah yang bakal dihadapi sebelum ia menjadi masalah kepada diri kita. Apakah masalah itu? Itulah masalahnya aku sendiri tidak tahu..masalah..masalah..hehe..jadi apa masalah dengan entri ini?

Test Toing..buleh ker aku buat entri berbentuk cerpen? Silap-silap si BEAN MORENO tergelak guling-guling baca entri aku yang tah apa apa nie..hehe.. lepas tuh si EYRIQAZZ buli aku..si MATJOE pulak tukang cucuk. Si PHREAK pulak datang menyampuk..lom lagi REDMMUMY keluar komen mau terus pencen aku dibuatnya..hehe..Jadi korang ada masalah kerr..meh kongsi sini..ahaks

DISCLAIMER : Semua yang disebut bukan nama sebenar..hehe..coretan tiada kaitan dengan sesiapa pun. Sekadar untuk memenuhi entri didalam blog ini. Harap Maklum. Tak paham gak tak dapek den nak nolong..hehe
 
 

 
 

3 comments:

  1. essay bergrad tinggi nih bro..ada bakat...

    ReplyDelete
  2. bik trable ni bro. ntah apa2 laa ko ni. cer cerita

    ReplyDelete
  3. JMR - Hehehe..layan jangan tak layan..

    MatJoe - Ingat nak test buat cerpen lak pasni..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails