13 March 2011

LAYAN HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA TERIMA KASIH BEAUTIFULNARA, BRO OBEFIEND PUN ADO

Sebagaimana yang korang tahu FILEM Hikayat Merong Mahawangsa telah berada dipawagam pada 10 March 2011 dan aku kira bertuah kerana telah diberi peluang oleh BEAUTIFULNARA untuk menyaksikan cerita ini bersama kesayanganku secara percuma. Terima kasih tak terhingga kat BEAUTIFLNARA atas Tiket Percuma Filem HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA.


NARA MEDIA COMMUNIATIONS STATION NAK AMBIK TIKET

BRO NARA & BRO OBEFIEND SATU POSE ALA KEMBAR LAGI DARI BLOGGER MANTOP..

Rasa-rasanya lebih 100 orang telah menghadiri acara yang diSponser oleh BEAUTIFULNARA ini. Ramai gak blogger yang aku kenal yang hadir pada majlis ini dan antara blogger yang teringin sangat aku jumpa adalah Bro OBEFIEND. Agak kerugian kerana tak sempat nak sembang lama-lama. Tuh pun jumpa lepas habis cerita. Ingat baru nak menuntut ilmu dengan beliau..



Terserempak gak dengan blogger femes tahap Artis iaitu BROFRAMESTONE..hehe..Ketua talibarut iaitu KAKINAKL pun ada..(Akhirnya dapat gak bertemu dengan Boypren beliau..hehe) , BEAN MORENO dengan Permaisuri beliau, RABIATUL datang siap pasangan bodyguard lagi, ZAID hadir dengan orang kuat beliau iaitu ibu beliau, Bro J.M.R pun ado dengan pasangan sehati sejiwa beliau..hehe.

Ok mengenai Filem Hikayat Merong Mahawangsa pulak, keseluruhannya aku cukup berpuashati, Kalau KRUSTUDIO dapat menggunakan kelebihan yang ada dalam negara Malaysia pasti lagi meletup,contohnya lokasi menarik seperti hutan kat Mulu di Miri ker,takpun lokasi alam semulajadi yang aku rasa banyak kat Malaysia nie.

Namun aku respek dengan semua pelakon  HMM kerana berjaya menghayati lakonan dengan baik sekali. Dari segi penggunaan ayat memang ada bahagian  yang 'TOUCHING' bagi aku yang berjiwa seni. Cuma teknik CGI agak kerap digunakan aku tak berapa berkenan. Namun 'THUMBS UP" kepada KRUSTUDIOS dan MOSTI atas terhasilnya Filem ini.

Sememangnya sejarah Hikayat Merong Mahawangsa nie perlu disebarkan kepada orang ramai terutama generasi muda mengenai apakah kesudahan kisah Merong Mahawangsa yang aku rasa rata-rata ramai yang kurang arif mengenai sejarahnya. Nak tahu korang saksikanlah Filem ini kerana bagi aku tak rugi dengan penyampaian yang cukup berkesan.

Sekali lagi Terima kasih BEAUTIFULNARA atas tiket percuma dan diharap lain kali dapat lagi..hehe..

11 comments:

  1. deqlis pun dh tgk citer nie...menarik dan wajib tonton walau masih ada kekurangan..tp ttp boleh dikatakan filem M'sia terbaikkk!

    ReplyDelete
  2. wahhh beshnya bang nara sponsor..
    tatau plak NARA MEDIA COMMUNICATIONS tu wujud ..

    ReplyDelete
  3. hehe..gua terlambak tak perasan obe ada kat dalam tuh

    ReplyDelete
  4. Jai...akak berangan nak pergi tgk dgn anak akak... okay tak filem ni.. dah lama nak tengok dah...

    ReplyDelete
  5. adushhh... bila laaa aku nak gi tgk nih.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. adeh.. telah di bahan di situ huhuhu

    maaf,

    saya bukan artis.. encik salah orang nie...

    awat la kita lupa nk bergambar nie... tanpa mu.. xde la gosip2 panas kat dunia blog ku ini

    ReplyDelete
  7. ekekeke. terbaik laa, semua nak tackle anak kak ina. hanya sorang abang kacak jer yg boleh dapat....

    ReplyDelete
  8. wah macam mana korang dapat tiket tu ye.. takpe..aku layan dekat panggunglah lepas ni

    ReplyDelete
  9. serius, muvie nie tak mengecewakan..err, langkasuka skrg nie jadi negara mana ek?

    ReplyDelete
  10. langkasuka jadi negeri kedahlah aurikelsan..
    memang best dapat tgk wyg free dan dapat jumpa bloggers

    ReplyDelete
  11. x accciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................... x ajak aku pung.......
    nak majuuuuuuuuuuukkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

    Sumijelly.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails