15 March 2011

LAGI GAMBAR SATELIT SEBELUM DAN SELEPAS GEMPA BUMI DIJEPUN DAN GAMBAR KEADAAN DIJEPUN

Aku tak boleh nak lari dari mengikuti perkembangan semasa bencana yang berlaku di Jepun angkara Gempa Bumi dan Tsunami. Pelbagai khabar angin kedengaran termasuklah Hujan Asid akan turunlah dan macam-macam lagi. Kali ini aku ingin berkongsi keadaan atau gambaran melalui satelit yang aku perolehi dari pakcik Google. Disini kita boleh lihat dengan jelas kerosakan yang dialami oleh Jepun.



Gambar pertama Satelit diatas (kiri) merupakan bandar Natori di Jepun sebelum gempa bumi dan gambar disebelah kanan sejurus gempa bumi melanda. Gambar kedua merupakan Kawasan Pusat Nuklear Fukushima Daiichi. Gambar sebelah kiri diambil pada 15 November 2009 manakala gambar sebelah kanan diambil pada 12 Mac 2011. Gambar ketiga sebelah kiri adalah kawasan Sendai pada 15 November 2009 dan gambar sebelah kanan diambil pada 11 Mac 2011.
 
 
Aku sekadar menempekkan gambar beberapa kawasan yang dilanda TSUNAMI sebelum dan selepas tanpa memberi penjelasan kawasan yang dilanda gempa bumi kerana aku sekadar ingin berkongsi betapa teruknya kerosakan yang telah dialami ekoran gegaran gempa bumi yang terhebat pada tahun ini.


Memang kesian aku tengok gambar yang aku perolehi dari Pakcik Google ni. Untuk pulih mungkin bertahun-tahun lamanya nak kembali seperti rupa bentuk asal. Angka korban terus meningkat  dan yang terselamat belum tentu selamat lagi kerana gempa susulan masih berterusan dan ancaman dari Loji Nuklear Fukushima Daiichi menggugat keselamatan penduduk.

7 comments:

  1. Memang dahsyat bro kali ni tsunami

    ReplyDelete
  2. salam singgah!!

    memang dasyat la bila tgk gmbr2 ni sume..

    http://suliana-mylittlesunshine.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. ancaman hujan asid di negara kita pun boleh berlaku.. informasi yang baru terima.. huhuhuhu
    Compliment untuk KiD | Crack Reveal WEP Key

    ReplyDelete
  4. teruknya kaan.. ada juga info hujan asid kat negara kita.. hati2 yea semua...
    Compliment untuk KiD | Crack Reveal WEP Key

    ReplyDelete
  5. Ya Allah betapa dasatnya keadaan di sana kan...Semoga semua rakyat Malaysia di sana dalam keadaan selamat

    ReplyDelete
  6. besarnya kuasa Allah, terasa Kiamat sangat - sangat hampir..

    ReplyDelete
  7. sangat-sangat dahsyat. bertapa hebat dan besarnya kuasa maha pencipta. 1 saat saja boleh berubah.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails