26 March 2011

KAMPUNGKU FORUM FOR EVERYONE..MEH BAGI CADANGAN KAT SINI

48 HOURS STICKY POST. PLEASE SCROLL FOR LATEST ENTRY


Kalau korang tengok kat sidebar blog nie kat bahagian ADVERTISEMENT korang akan perasaan ada beberapa iklan sedang berjalan. Sebenarnya aku nak korang tumpukan kepada Iklan yang tertulis KAMPUNGKU Community For Everyone. Sebenarnya itu adalah Forum yang pernah aku cipta terdahulu iaitu dibuat pada tahun 2008 sebelum aku berkecimpung dalam dunia blogging.


Aku rasa aku ingin mengaktifkan balik forum KAMPUNGKU ini kerana aku rasa ia banyak kebaikan. Tujuan aku mula-mula dulu buat forum ini adalah untuk membantu peniaga-peniaga Cermin Mata Rayban untuk menjual barangan mereka kerana dahulunya ramai peniaga-peniaga Rayban berniaga disatu forum yang cukup hebat iaitu MalaysianBiker Community.

Disebab atas beberapa perkara,Admin MalaysianBikers telah mengharamkan penjualan Kacamata terutama Rayban kat dalam Forum mereka. Disitu timbullah idea aku untuk mencipta forum ini. Kini aku bersemangat untuk mengaktifkannya kembali khas buat blogger-blogger untuk mengeratkan silaturahim dan tempat untuk orang mengiklankan barangan secara percuma.

Aku perlukan beberapa cadangan yang sesuai agar ia dapat diguna dengan sebaik mungkin. Korang boleh cadangkan apa-apa ruangan yang korang rasa sesuai untuk forum ini. Contohnya Ruang untuk BLOGGER BERPOT-PET dan sebagainya. Kalau aku rasa sesuai aku akan bukak ruang khas tersebut. Kalau korang nak berniaga atau mengiklan barangan pun boleh kat forum ni.

Idea aku kemungkinan besar aku akan menukar nama Kampungku ke nama domain berbayar, bergantung dengan kesesuaian forum ini nanti. Cadangan nama untuk forum ini juga dialu-alukan. Kemungkinan forum ini aku akan memberi lebih tumpuan kearah yang berkait rapat dengan blogging dan juga ruang iklan dan berniaga barangan second hand tanpa mengenakan bayaran.

Agak-agak apa yang korang ingin cadangkan? Sila kemukakan cadangan diruang komen nanti agar aku dapat mengemaskinikan rurangan baru untuk forum ini. Kalau takde sambutan pun  aku tetap akan buat kerana aku yakin ia boleh pergi jauh sekiranya dibuat dengan perancangan yang betul. Mungkin lambat sikit bergantung kepada kelapangan aku. Meh sila tinggalkan cadangan korang kat komen ek.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails