07 March 2011

ISU SAMAN EKOR | LIM YAW CHIANG LAWAN DIRECTOR JPJ

Sekadar untuk dikongsi bersama. Nie Hah mengenai Kes Isu Saman Ekor. Bila aku baca balik satu kes Mahkamah antara LIM YAW CHIANG Lawan DIRECTOR OF JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) NEGERI SARAWAK TAHUN 2009 menarik jugak. Kes dimana Mahkamah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di mahkamah.

Menurut artikel ini lagi Tindakan JPJ adalah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan.Dalam Kes ini JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain. Perghh..nie sesiapa ada saman ekor mesti suka..hehe..Ok elok aku paparkan artikel yang aku baca sebagai pengetahuan semua.

Ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan.

Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
SUMBER :Utusan Malaysia

Macam mana? Silap-silap ramai yang nak saman JPJ lepas nie kalau betul mereka tak dibenarkan memperbaharui Cukai  jalan gara-gara Saman Ekor.Adoii..ada 3 Saman nak kena bayar nie...ehh bukan notis ker sebab belum didapati bersalah lagi kat dalam Mahkamah..hehe..harap pihak yang berkenaan dapat memberi penjelasan mengenai perkara ni dengan lebih mendalam hendaknya..

** LINK ke ARTIKEL ISU SAMAN EKOR KLIK DISINI


8 comments:

  1. jgn memain skang.. zaman menyaman je.. ehehehhe~

    ReplyDelete
  2. suka baca artikel nie...lepas nie kena cari peguam laaa nak saman depa semua nie...hehe sebab tak pasai2 saya kena saman atas kesalahan yg tak penah buat...pening nak selesai masalah nie sebab disaman di batu pahat sedangkan menetap di alor setar...

    ReplyDelete
  3. hahahaaa... aku macam nak saman je.. ada satu lagi saman ni tak bayar sebab tak dapat diskaun! hahahampeh je saman ekor.. aku kena 93km/j.. nanti jejai tolong nyanyi lagu p.ramlee
    Bila Laa Abangku Hazman nak Kawin ni? | Jangan Tun...

    ReplyDelete
  4. aku ada baca pasal artikal ni sebelum ni.. tunggu je apa penjelasan pihak jpj.. syukur buat masa ni takda sama ekor atau bersign lagi..moga dijauhkan

    ReplyDelete
  5. semua rush byr saman sbb takut xleh renew roadtax...tapi pakcik tak rasa kerajaan akan buat camtu....takdapat undi baru tau...

    ReplyDelete
  6. Shahrol - Hehe..dah jadik trend sekarang nie kut..

    KiD - Takyah baya kut kalo saman ekor..lu saman jer bro..hehe

    Myvitrd - Nampaknya mereka tak akan jelaskan kut..

    Pakcik Android - Tuhlah last minit mesti berebut lagi..hehe..entahlah pakcik PRU dah dekat dah nie..hehe

    ReplyDelete
  7. saman ekor jelas bertepatan dengan konsep 1Malaysia,'Rakyat diperbodohkan,politik diutamakan'

    ReplyDelete
  8. ada solution tak camana nak solve skarang?
    road tax tak boleh renew.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails