01 March 2011

I MAS TRAVEL | YOU MAS TRAVEL TOO | EVERYONE MAS TRAVEL

26hb Februari telah berlangsungnya Event "I MAS Travel Bloggers' Party" yang telah diadakan di NEO Tamarind. Ramai para media dan bloggers yang menghadiri Event ini dimana ia merupakan  perlancaran Aplikasi terbaru dari Malaysia Airlines (MAS) menggunakan Facebook yang digelar MHbuddy.



Honest review dari saya. TERBAIK dari MAS. Kenapa saya kata TERBAIK? Bayangkan Anda boleh menempah dan 'Check-in-Flight' Menerusi MHbuddy.Satu aplikasi yang begitu mudah digunakan dan cepat. Tahniah MAS atas perlancaran Aplikasi yang canggih ini. Macam-macam yang ada dalam Aplikasi MHbuddy ini.


IKLAN ME, JOJO, MR.COOL dan MS COOL
 
Antara kelebihan aplikasi ini selain daripada menempah dan'Check-in-Flights',Pelanggan boleh melihat rakan-rakan Facebook yang tinggal didestinasi yang hendak ditujui dan pada masa yang sama aplikasi ini juga akan memaparkan rakan-rakan Facebook yang lain yang juga menuju ke destinasi yang sama.



Selain daripada itu pelanggan MHbuddy juga boleh memilih tempahan tempat duduk dan juga melihat tempat duduk rakan-rakan Facebook yang lain yang sama-sama menuju ke destinasi yang ditujui. Macamana? Canggihkan. Aplikasi yang diperkenalkan oleh MAS ini merupakan yang pertama kali digunakan di Malaysia.


ME DAN THE SUPERB FRIENDLY "BLOGGERBOY" Qi

Selain daripada itu MAS juga telah melancarkan pertandingan 'I MAS Travel' untuk para bloggers. Tiga pemenang akan dipilih dan akan dihadiahkan setiap seorang Website perlancongan didalam Yahoo dimana anda boleh berkongsi pengalaman melancong anda disamping pemenang juga berpeluang memenangi hadiah berupa melancong ke dua tempat perlancongan antarabangsa dan ditanggung sepenuhnya oleh MAS.


TETAP MAINTAIN dD FABULOUS & ME

Maklumat mengenai pertandingan ini anda boleh layari website terbaru MAS Traveller yang direka khas untuk inspirasi perlancongan dan sebagai sebuah website untuk anda berkongsi 'TIPS' dan pengalaman ketika anda melancong. Cukup mudah pertandingan ini rasanya kalau anda betul-betul kaki melancong.


ME & THE JUDGES UNTUK BLOGGING KONTEST

Satu pembaharuan dalam dunia perlancongan yang saya rasa cukup menarik sekali. Setiap bloggers boleh memenangi pertandingan ini asalkan ada daya kretiviti, jalan cerita dan gambar yang menarik yang boleh memikat para juri. 30% undian adalah dari promosi di Facebook para peserta yang berdasarkan 'LIKE' terbanyak.

Macamana? Perlukah anda menolak tawaran yang lumayan ini? YES!! Saya akan turut serta, tunggu nanti entri dari Saya nanti (harap-harap ada yang sudi like ek..hehe). Anda bagaimana? Jom ramai-ramai turut serta, mana tahu ada rezeki hadiah yang menarik ini bakal anda menangi? Maklumat lanjut sila layari link website dibawah..


1 comment:

  1. whoaaa..... enjoy nye dapat gi event MAS nie... jojo tu memang cun siot....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails