Blogging. Semakin hari semakin maju dan semakin ramai orang berblogging . Adakah mereka-mereka ini ikhlas berblogging atau berblogging disebabkan ramai orang dah ada blog dan ramai yang buat duit dengan berblogging? Soalan ini juga ditujukan buat diri aku sendiri. Persoalan yang dah dua hari bermain-main dikepalaku gara-gara Entri TRUE BLOGGER BLOG NOT FOR THE MONEY.
Sekadar meluah apa yang terbuku kerana terus terang aku terasa dek ayat ini. Yelah kekadang aku merungut gak dek BUFFERED EARNING takdelah ,yang seolah-olah dah menjauhkan diri dari aku. Advertorial jauh sekali. Hati aku tertanya-tanya betul ke apa yang aku buat (BERBLOGGING)? Dulu YES aku mengaku memang pendapatan main Objektif aku.
Namun setelah setahun lebih berblogging pendapatan yang aku perolehi bolehlah aku katakan sedang-sedang je. PENDAPATAN Vs BLOGGING. Bagi aku ia saling berkait rapat. Lainlah blog yang langsung tiada menempekkan Iklan dari Syarikat pengiklanan mungkin disebabkan mereka berblogging hanya untuk suka-suka dan tak mustahil aku katakan DUIT bagi mereka takde masalah.
Aku memang bukan TRUE BLOGGER. Aku rasa aku cuma layak digelar KUTU BLOGGER kut kerana kalau korang kaji dan baca entri aku,ia lebih kepada rojak pasembur campur rojak kangkung (resipi boleh mintak kat KAKINAKL..hehe). Aku buat entri apa yang aku rasa perlu dikongsikan, kekadang aku suka menyakat dalam blog,kekadang bila ada berita gempak pun aku balun.
Kisah pilihanraya pun aku masuk dalam blog dan paling aku suka bila bercerita tentang artis sebab aku rasa jiwa aku lebih kepada jiwa SENI. Apa sebenarnya yang aku blogkan? Ok..niat aku sekadar ingin berkongsi dan pada masa yang sama belajar. Belajar tentang SEO, KEYWORDS dan banyak lagi istilah canggih dalam dunia blogging.
Masih mentah lagi aku rasakan blog aku nie sebab belum bertemu "NICHE". Aku tahu "NICHE" tu apa tapi aku tetap degil tak berganjak dengan "NICHE" ala-ala rojak aku ini. Mungkin belum masanya untuk aku menguna sepenuhnya "NICHE" yang sepatutnya. Apa yang pasti aku akan keluar dari kepompong "NICHE" ala -ala rojak,nie setelah aku rasa aku cukup bersedia.
Ehh tak terkeluar landasanlah pulak entri aku nie. Ok berbalik mengenai blogging nie,lama-kelaman dari mencari pendapatan sekarang ia lebih kepada hobi. Hobi kalau tak update satu entri macam ada kekuranglah pulak dalam satu hari tu. Yang utama ada juga orang yang sudi masuk keblog cap kambing gurun aku nie. Tapi tak semuanya baca kut apa yang aku taip.
Dengan adanya blog ini aku telah berjumpa dengan mereka yang aku anggap antara yang terbaik dalam kehidupan ini Iaitu Kawan. Banyak ilmu yang boleh diperolehi dari mereka-mereka ini. Kalau aku nak sebut kat sini dah jadi macam bloglistlah pulak nanti (korang tahu siapa korang). Itulah yang dapat aku rumuskan tentang blogging.
Bagaimana pulak dengan korang? Sependapat dengan aku? Mungkin ada yang berlainan namun ia bukanlah satu kesalahan tetapi ia lebih kepada pandangan peribadi masing-masing kerana itu adalah hak korang. Jadi kepada blogger yang baru tu diharap korang dapat faham serba sedikit apa itu blogging dari KUTU BLOGGER nie..Sekian.. Bilalah BUFFERED EARNING nak masuk nie...hehe
*** Uihh entri terpanjang rasanya setakat ini untuk tahun 2011...Gambar-gambar kenangan dengan bloggerblogger terhebat sekadar ingin mengimbau kembali kenangan terdahulu..





Apa yang saya risaukan ialah penggunaan bahasa ketika berblogging. Ramai yg menggunakan bahasa rojak dengan tatabahasa yang lintang-pukang ketika menulis.
ReplyDeleteMalah, ada yang menggunakan perkatan trengkas(ala sms). Ini merupakan contoh yang kurang sihat terhadap pembaca yang masih menuntut di sekolah rendah dan menengah.
Bimbang mereka akan terikut-ikut.
Ini pendapat saya saja...
yeaahhhh... idup Kutu blogger!!!! hehheehe
ReplyDeletehore! hore!!
blog sy pun mc rojak...dtg kk sy belanja mkn mee rojak..nyum3x..hanya d sabah sahaja yg ada..klu order rojak d restoran2 cni..jgn te kejut klu yg d bagi mee plus kuah kacang...
ReplyDeleteeh eh, ada gambar saya kat atas tu,haha...
ReplyDeleteowh, bagi saya plak, i useed to blog for money, tapi skang dah x dah,huhu...
aku suke blog yang tulisannya berjiwa. xkesah la entri panjang pon aku baca, sbb mesej die mungkin menarik
ReplyDeletetapi ada orang yang gila babi nya nak traffik sampai mencemarkan penulisannya.tu aku kureng suke
teringat lak kat kutu besar (^.^)
ReplyDeletemcm sedih je entry ni
ReplyDeletewah gambar aku banyyyyyyyyyyaakk.....
ReplyDeletehuhuhu... windu nak jumpa macam nie lagi.........
Sumijelly.com
ala kita kan berblog suka suka..dpt join member blog..dapat makan-makan..dapat pot pet..duit tu dpt dapatlah ..tak dapat redha ajer
ReplyDeleteAfter you found a niche and expertise in it, your blog will have lots more loyal readers =)
ReplyDeletekeep it up!
jom kita wat gathering sendiri2
ReplyDeletesaya buat blog suka-suka jer....
ReplyDelete