23 March 2011

BILA KEPUTUSAN SPM KELUAR EYRIQAZZ TAK LULUS WA CAKAP SAMA LU..

Keputusan SPM dah keluar pagi tadi baru sekarang aku menyibuk. Saja nak tayang tajuk kasi bikin panas..wakaka KEPUTUSAN SPM KELUAR EYRIQAZZ TAK LULUS..Gempak seh. Aku baru jer tahu beliau tak lulus. Yelah mana tak lulusnya. Beliau tak ambik SPM rupanya. Mesti orang akan tertanya-tanya macamana dia boleh lanjutkan pelajaran sampai keluar Negara? Hairankan? Aku pun hairan..isy..isy..hehe


Hah..Pasal SPM yang dulu beliau dah lulus dah cuma tahun lepas  tahun 2010 dia tak ambik..wakakaka..Abis aku, abislah lepas nie..ahaks. Ni sebenar nak cerita perihal Keputusan SPM yang keluar hari nie (Yang EYRIQAZZ tak ambik pun ujiannyer..hehe). Seramai 9,239 Pelajar Dapat Semua A Dalam SPM 2010 satu keputusan yang cukup membanggakan kerana keputusan ini antara keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Tahniah kepada pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan terutama pelajar yang follow blog ini. Ehhh ada ke budak-budak sekolah follow blog aku nie? Ohh yaaaa..si TOKEK HIJAU @ DAUSPOZI..eh di rasa-rasanya baru nak duduk PMR..hehe. Tahniah kepada Kalian sekiranya berjaya dalam SPM dan buat yang tak berjaya jangan putus asa, berusaha lagi pasti anda akan berjaya jua. Tak semestinya gagal bermakna gagal selamanya ok..

Tu jer yang aku nak celotehkan. Kang kalau aku panjangkan silap-silap keluar pulak Kisah Zaman Sekolah Tadika si EYRIQAZZ pulak nanti..hahaha..jangan maree...


3 comments:

  1. HAHA. Ingatkan apa lah tadi. Tahniah kepada semua yang berjaya dalam SPM 2010.

    ReplyDelete
  2. dussh....eden amik la spmm...masatu sistem agregat lagi..zaman bro takde SPm kan? blajar bawah pondok/rumah panjang kan? hik3...

    ReplyDelete
  3. thanks..alhamdulillah.. sy 9A je :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails