Baru balik dari urusan melawat saudaraku yang meninggal dunia akibat penyakit tua. Al-Fatihah dariku buat arwah. Buat Pertama kali keluarga sebelah bapak aku meninggal dunia di Selangor dan urusan penghantaran ke tempat asal iaitu di MIRI dilakukan dengan menggunakan pengangkutan Kapal terbang terus ke MIRI.
GAMBAR SEBAGAI PERINGATAN..GILIRAN KITA PASTI AKAN TIBA...
Segala Urusan pengendalian Jenazah telah dilakukan oleh sebuah Syarikat yang telah ditugaskan.(Akan aku ceritakan kemudian untuk kebaikan bersama).Mengikut Jadual penerbangan jenazah akan dibawa pulang mengguna Kapal Terbang MAS kira-kira pukul 1.15 tengahari dan akan tiba di MIRI sekitar pukul 3.30.
Semoga segala urusan berjalan dengan lancar hendaknya. AL-FATIHAH buat arwah semoga beliau ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. AMIN...
** Terdetik dihati..Sesungguhnya kita masing-masing menunggu giliran, yang pasti suatu hari nanti tibalah giliran kita..
al fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat~
ReplyDelete