15 February 2011

SALAM MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH | 1 MALAYSIA 1 UMMAH

Salam Maulidur Rasul 1Malaysia 1Ummah kepada semua. Masing-masing dengan aktiviti yan telah dirancangkan sempena cuti hari ni. Mana korang pergi? Gi Masjid ker? Aku sekadar dok rumah jer tak gi mana pon. Rehat-rehat dan blogwalking. Aku tertarik dengan Titah dari Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menyeru rakyat mengikis  sikap curiga antara satu sama lain dan sentimen perkauman yang sempit .

Penuh bermakna kerana ia memainkan peranan penting kepada kita untuk hidup didalam negara yang berbilang kaum. Dengan tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini "1Malaysia 1 Ummah" memang bertepatan sekali kerana ia akan membentuk satu generasi yang saling hormat menghormati antara satu sama lain. Dengan ini kita sebagai rakyat dapat hidup dengan penuh rasa bertanggungjawab.

Salam Maulidur Rasul dari aku sekeluarga semoga kehidupan seterusnya lebih baik dari dahulu. Berfikiran kehadapan membuat kita tahu apa yang perlu dilakukan,berfikiran kebelakang tidak akan menjamin apa yang anda inginkan dimasa akan datang. Renung-renungkan.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails