Setakat entri ini ditulis Pergolakan di MESIR telah mengorbankan 300 orang dan keadaan masih tidak berubah namun aku bersyukur kerana ramai rakyat Malaysia terutama para pelajar telah berjaya dibawa keluar dari Cairo secara beransur-ansur. Tahniah kepada Kerajaan Malaysia , Angkatan Tentera Malaysia dan pihak penerbangan terutama MAS, AIRASIA yang bertungkus lumus membawa mereka keluar. Gambar terkini kebanyakannya menunjukkan keadaan yang cukup tegang disana. Semoga tiada rakyat Malaysia yang tercedera...
Seorang wanita kelihatan sayu memandang ke arah anggota tentera Mesir dari balkoni rumah beliau berdekatan dengan Tahrir Square pada 30 Januari 2011. Keperitan ditunjukkan dengan tangisan. Semoga mereka dilindungi hendaknya.
Seorang penduduk memasuki premis McDonald berhampiran Tahrir Square. Motif tidak pasti. Ketika gambar diambil iaitu pada 30 Januari 2011 100 kematian telah dicatatkan dan hampir 2,000 orang telah cedera sejak tunjuk perasaan meletus pada Selasa Minggu lepas. Ketika ini juga beribu-ribu banduan telah meloloskan diri dari Penjara WADI NATURN.
Kelihatan kanak-kanak mengibar bendera dari atas Kereta Kebal di luar Tahrir Square, Cairo pada 1 Februari 2011. Hampir suku juta penunjuk perasaan telah berhimpun dan membanjiri tengah bandar Cairo pada ketika gambar ini di ambil.
Seorang lelaki berjalan melalui salah sebuah bangunan kerajaan yang telah musnah sama sekali pada 30 Januari 2011 di Cairo,Egypt. Ketika ini Presiden HOSNI MUBARAK telah melantik Omar Suleiman sebagai Timbalan Presiden beliau.
Kerosakan yang teruk dialami pada MAADI GRAND MALL di Cairo pada 30 Januari 2011. Ketika ini Muslim Brotherhood telah memberi sokongan kepada pemimpin sekular pembangkang Mohamed ElBaradei, wakil untuk berunding dalam usaha mendesak Presiden HOSNI MUBARAK meletak jawatan.
Kelihatan penduduk Cairo menutup telinga disebabkan bunyi bising dari Jet Pejuang yang membuat penerbangan yang rendah berhampiran dengan Tahrir Square pada 30 Januari dalam mealakukan pemantauan terhadap penunjuk perasaan yang semakin meruncing.
Mena Daniel 21,salah seorang penunjuk perasaan cedera setelah kaki beliau terkena tembakan peluru getah dan di rawat didalam sebuah Masjid yang dijadikan klinik sementara di Cairo pada 30 Januari 2011.
Kelihatan penunjuk perasaan membawa sepanduk yang bergambarkan Presiden HOSNI MUBARAK yang dilukis dengan Misai pendek dan berambut hitam seolah-olah wajah tersebut mewakili Adolf Hitler pada 31 Januari 2011.
Seorang pemuda mengibar bendera Mesir dengan gahnya di atas tiang lampu di Tahrir Square pada 1 Februari 2011. Ketika ini Tentera Mesir telah memaklumkan bahawa mereka tidak akan menembak penunjuk perasaan disebabkan mereka berada didalam kumpulan yang agak besar ditengah bandar Cairo.
Krisis ini sikit sebanyak mengambarkan penyatuan orang ramai dalam sesebuah negara boleh mengegarkan sesebuah negara. Namun harga yang perlu dibayar sangat tinggi. Cintailah dan hargailah apa yang telah kita kecapi selama ini iaitu Keamanan. Janganlah disia-siakan dengan apa yang kita telah miliki sekarang.
TERKINI MAKLUMAT MELALUI TWEETER
TERKINI MAKLUMAT MELALUI TWEETER
- Al Jazeera site 'hacked by opponents of pro-democracy movement' in Egypt
- Al jazeera Arabic's Cairo office has been stormed by unknown men and the office has been trashed
- Al Jazeera reporter: I received calls from hospitals in Egypt by doctors telling me they have been told not to record deaths by bullets
- Arab League's secretary general joins protesters in Tahrir Square
- Rocket-propelled grenade fired at state security headquarters in El-Arish, Egypt, no reported injuries - AFP via BBC
- Sandmonkey Arrested, Beaten, Released: I have known the Egyptian blogger









Memang menakutkan. Harap rakyat Malaysia selamat hendaknya
ReplyDeleteMenakutkan. Simpati pd pelajar2 Msia di sana yg tergendala pengajian mrk. Semoga semua selamat dan tabah hadapi perjalanan mencari ilmu ini.
ReplyDeletediharap hamba ALLAH diberikan perlindungan
ReplyDelete