Sambungan dari Majlis Hari Keluarga 69. Perlbagai aktiviti yang telah berjaya dijalankan. Aktiviti yang menyaksikan semua ahli keluarga 69 dapat hadiah. Memang seronok dan yang pasti ini bukan untuk kali terakhir aktiviti ini akan dijalankan. Pelbagai rancangan aktiviti sedang dirangka untuk masa akan datang dan apa yang pasti semua ahli keluarga memberi sokongan kepada aktiviti yang dijalankan. Korang tengoklah macam-macam ragam dirakam hari sabtu lepas.
ACARA SUKANEKA KANAK-KANAK
Aku dan family lambat sampai dek kerana sibuk kemas rumah yang dah macam kapal pecah. Yelah dah cuti panjang aktiviti dihabiskan sesi kemas mengemas. Sampai diperkarangan rumah Keluarga 69, acara dah bermula. Sebelum tuh acara bacaan tahlil dibuat untuk arwah-arwah keluarga yang telah meninggal dunia (pun terlepas dek miscommunication..)..
PHOTOGRAPHER TEGAR DARI KELUARGA 69
Korang tengok jer kerabat Keluarga 69 dengan aksi tonggang terbalik ambik gambar..hehe..Masing-masing dengan kamera DSLR..hebat-hebat belaka diaorang nie..
BAKAL RATU BOWLING BUAH KELAPA..
YEAHHH..SAYA MENANG MOTO....
NAJIHAH SIAP SEDIA UNTUK BERTANDING...
PENUH DENGAN STRATEGI..
AKHIRNYA DAPATLAH TEMPAT KETIGA..HEHE
KECIL-KECIL CILI PADI...
PENANGAN NAJUMA SIKECIL MOLEK...
Ikutkan hati nak jer paparkan kesemua gambar tetapi teramatlah banyak. Kalau korang nak tengok sekitar majlis Hari Keluarga 69 ni,korang kena tunggu sebab Blog tengah dalam pembikinan dan akan dikawal selia oleh sepupu sepapat aku nanti dan kemungkinan aku juga akan memantau blog yang bakal terbit minggu ini..tapi korang boleh layan Edisi bergambar Keluarga 69 kat Blogger nie gak iaitu AIN
Entri ini sekadar ingin berkongsi dengan semua mengenai keseronokan yang melampau bila berkumpul dengan sanak saudara. Agak-agak korang adakah aktiviti seperti ini perlu dilakukan setahun sekali atau sebulan sekali atau berkali-kali..hehe..Kalau menjadi perancangan kemungkinan kitaorang akan buat aktiviti sebegini diluar Selangor bergantung dengan perbincangan...jadi korang tunggu blog kekeluargaan dari Keluarga 69 nanti ek...
** Adeyy BROFRAMESTONE pun nak join sekaki..hehe..uihhh..sedara single ramai nie..no hal punya tapi aweks hang nak letak kat mana pulok..hehe
Gempak seh... siap ada microphone tue ... macam game show kat tv laaa
ReplyDeletehazman - Tahu takpe..hehe.. memang kecohlah semalam
ReplyDeletememang bagus eratkan hubungan
ReplyDelete