Sebagaimana yang telah dijanjikan, entri kali ini berdasarkan pengalaman orang rumah aku yang menghadiri Simply Beauty Workshop yang telah dianjurkan oleh Simply Siti Sdn Bhd di DE PALMA Hotel Shah Alam. pada 26 Februari 2011 Mengikut aturcara Workshop ini bermula dari pukul 8.30 Pagi sehingga 6.00 petang. Dato' Siti Nurhaliza tiba di lokasi kira-kira hampir pukul 10.00 pagi.
SIMPLESITI
Permulaan bengkel dimulakan dengan ucapan dari Dato' Siti Nurhaliza dengan ucapan Selamat Datang kepada semua peserta dan para peserta membuat senaman pagi yang dikendali oleh Celebrity Fitness bersama-sama dengan Dato' Siti . Lepas senaman, sesi Simply Beauty Workshop diteruskan bersama NURUL SHUKOR iaitu jurusolek peribadi Dato' Siti Nurhaliza.
SLIDE PRESENTATION DARI NURUL SHUKOR
ANTARA PESERTA YANG BERTUAH DISOLEK OLEH DATO' SITI DAN NURUL
Untuk sesi ini NURUL dan Dato' SITI telah memilih lima orang peserta untuk disolekkan. Dua peserta disolekkan oleh Nurul dan tiga lagi peserta disolekkan sendiri oleh Dato' Siti Nurhaliza. Untuk aktiviti ini ia mengambil masa lebih satu jam dan berterusan sehingga makan tengahari. Dalam pada itu Dato' Siti juga sempat berceritakan pengalaman beliau di Indonesia iaitu semasa disolek ketika membuat Video Klip beliau. Acara seterusnya Bersama Ustazah Nor Bahyah..
Acara disambung selepas Makan Tengahari dengan cabutan bertuah..(orang umah aku tak dapat..huhuhu). Sesi seterusnya TALK dari Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood Haji Muhammad Zakaria. Ustazah yang cukup dikenali ramai dalam rancangan SEMANIS KURMA. Beliau hadir bersama suami beliau iaitu Ustaz Wan Akashah bin Wan Abdul Hamid dan anak-anak. Soal jawab dengan peserta juga diadakan. Selesai Sesi Soal jawab seterusnya bersama RIZMAN RUZAINI
ORANG RUMAH DENGAN RIZMAN RUZAINI
SLIDE PRESENTATION DARI RIZMAN RUZAINI
Akhir sekali Simply Beauty Workshop ini diakhiri dengan sesi bersama Rizman Ruzaini iaitu pereka fesyen yang cukup dikenali. Dengan presentation melalui Slide,fokus beliau pada Workshop ini lebih kepada Fashion Forecast untuk tahun 2011. Memang kalau aku paparkan gambar slide kat blog ni confirm panjang berjela dan memberatkan blog aku. Jadi aku paparkan apa yang perlu sahaja.
Sebelum bersurai sepenuhnya para peserta telah mendapat Sijil Simply Beauty Workshop yang mengiktirafkan kehadiran mereka ke Majlis ini dan beserta goodie. Tak sangka ada gak staff SimplySiti nie kenal blogger cap kambing gurun nie. Special Thanks to Beckhy Ridwan . Memang Staff SimplySiti ni peramah belaka..bak kata orang muda sekarang nie I LOIKE..hehe
ORANG RUMAH DENGAN STAFF SIMPLYSITI
Ada yang menarik bakal berlangsung nanti. Maklumat mengenainya anda semua rajin-rajinlah baca suratkhbar ek. Aku takut nanti apa yang akan aku sampaikan tersalah maklumat. Lainlah kalau pihak SimplySiti Sdn Bhd bagi kat aku maklumat tersebut. Kalau pihak SimplySiti Sdn Bhd nak aku warwarkan sudi-sudikan email kat aku ek..
** Lagi gambar Dato' Siti Disini




siti.. errmmm...
ReplyDeletebagus la dato' k kasi support pasal bisnes kat ct nie...
ReplyDeleteagaknya apa yang je jai kata menarik tue apa yang ada dalam paper semalam kot
ReplyDeletewah bestnya..apasal akak tak tau ek
ReplyDelete