Bila keadaan memaksa apa juga yang ditaip pasti boleh dijadikan Entri. Saja nak berkongsi Tips. Sesetengah blogger ada yang dah siapkan entri @ draft terlebih dahulu dan disimpan sambil tunggu masa untuk di "published"kan.Ada juga yang buat Entri bila rasa perlu atau bila ada idea baru nak buat entri. Pada pandangan aku kedua-dua teknik ini tak salah lebih-lebih lagi yang buat last minute entri.
Macam aku,aku jenis lebih kepada entri Last Minute. Agak susah juga disebabkan kesuntukan masa dengan kerja lagi,memasak,jaga anak,cuci kain,cuci pinggan,basuh kereta dan sebagainya..hehe..korang jangan pulak percaya apa yang aku tulis tadi..hehe. Bagi aku yang utama adalah keinginan berkongsi entri, tak kiralah korang nak buat entri banyak-banyak lepas tu simpan dulu atau buat entri last minute entri.
Ok terus terang sekarang aku ke arah cuba membiasakan diri dengan membuat entri kemudian simpan dalam setor..hehe. Aku rasa ia lebih praktikal berbanding kalau buat last entri. Kelebihan korang tak ketandusan entri. Kenapa aku utamakan entri? Kerana aku hanyalah blogger biasa yang entri hanya dilihat bila perlu. Dengan mengemaskinikan entri terkini sekurang-kurangnya pembaca tidak merasa bosan melawat blog aku.
Seterusnya aku cuba membuat entri yang mempunyai nilai untuk dikongsi bersama kerana itulah tujuan sebenar bila kita mula berblogging iaitu "Blogging is about Sharing and Sharing is about Caring" cewahh.Kepada blogger yang masa baru,nasihat aku pelajarilah bagaimana membuat entri sebaik mungkin kerana ia akan mencerminkan identiti mengenai blog korang. Jangan malas dan putus asa bila idea tidak menjelma.
Apa yang boleh aku bantu adalah buat seperti apa yang aku buat untuk entri ini. Aku membuat entri mengguna Notepad kerana ia mudah bagi aku.Korang tenung notepad depan korang lepas tuh korang mengelamun sambil korang taip apa yang korang cuba fikirkan. Bila menaip korang rasa ada yang salah korang padam sampai satu tahap idea datang mencurah-curah siap boleh banjir blog korang nanti. Ok setakat itu sahaja apa yang nak aku kongsi kali ini. Adakah korang sependapat dengan entri ini? Luahkan..

mmg betul psl entri tu,sekurang2nya biarlah ada pengisian,paling tidak 1 atau 2 ayat yg boleh dikongsi.
ReplyDeleterasanya entry simpan dalam stor terlebih dahulu
ReplyDeletelagi sesuai sy rasa. untuk diri abg jejai ataupun untuk diri saya. eh terbiasa panggil abg jejai pulak dah.
Assalamualaikum, post yg menarik, semoga sihat.
ReplyDeleteini mesti entri simpan dalam stor kan. pastu hari ni takda idea, so, publish entri nih. betul tak? betul tak? hahaha
ReplyDeleteTerbaru > Download Filem Ngangkung, Magika, Aku Masih Dara dan Damping Malam > Klon Jejai Kelirukan Fasha Sandha > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
Saiful - Komen yang ada pengisian juga penting. Jadi semangat untuk berblogging terus membara..hehe
ReplyDeleteSecantikmanis - Hehe..uihhh..kita dah pangkat pakcik dah...hehe..janganlah berabang-abang..nanti abang eyriqazz cemburu..susah eden berlambak entri eden kat blog dia nanti..hehe..Setuju..ni tengah nak plan berapa banyak satu hari nak simpan dalam stor..
eddi - Walaikumsalam..Alhamdullilah sihat adanya..
phreak-id - Salah tekaan bro..entri gua semujnya last minute. Bila rasa nak post time tu jugak gua buat..tuh yang kelam kabut nak kejar..hehe
aku pulak..ada kalanya..tiba2 idea datang terus tulis n publish.. tapi kalau dah terlebih idea..ada aku simpan dulu untuk auto publish.. dan ada juga entri yang perlu aku draf sebab nak cari info dulu..baru publish.. ikut diri masing2 yg penting jgn takda entri sudah...hehehe
ReplyDeleteen.jai, draft entri saya tu mmg saya buat dlm note pad spt yg di sarankan. Tp belum blh publish sbb belum lengkap. Tq share ngan saya ari tu...
ReplyDelete