Sekadar ingin berkongsi. Minggu lepas masa nak pergi ke ofis ikut jalan Setia Alam menuju Highway Bukit raja keluar Tol Subang terserempaklah kemalangan di sekitar jalan Setia Alam sebelum Tol Setia Alam. lebih tepat lagi berhampiran dengan stesen PETRONAS Setia alam.Aku tengok keadaan ngeri gak tapi tak pasti pemandu selamat atau tidak.Namun bila keadaan sebegini berlaku yang pasti penonton memang ramai sampai jalan pun jammed..perihatin tak bertempat...
Apa yang menghairankan aku adalah keadaan lori terbalik agak teruk. Kalau ikutkan jalan lurus dan nak katakan laju aku rasa mustahil sebab jarak pecutan dari simpang nak masuk Highway Setia Alam agak pendek. Pelbagai teori yang aku andaikan,tidak termasuk pemandu lori bawak laju sebab agak ganjil kejadiannya (tanda brake pun takde). Mungkin pemandu mengantuk kut sebab tu terbabas. Tak pun tayar pecah. Agak-agak korang apa andaian korang?
** JOM!! Daftar dengan CHURPCHURP DISINI. Tiada bayaran dikenakan,malahan anda yang bakal beroleh ganjaran. Masih kurang faham? Ada pertanyaan ? Saya sedia membantu
hurm ,, bosan !
ReplyDelete