29 January 2011

SIRMAN @ REDDADDY @ ASHTERIX @ DADDY JAMBU YANG PEMALU

Rasa-rasa korang kenal tak Blogger yang ada disamping KAKINAKL dan Anak beliau ni? Aku rasa ada lagi yang belum kenal siapa beliau dan rasanya ramai yang dah kenal beliau. Beliau juga seorang blogger dan memiliki blog beliau sendiri. Baiklah kepada sesiapa yang tidak kenal dengan Blogger ni sila ambik perhatian. Beliaulah empunya blog ASHTERIX . Kalau dia betul-betul buat entri target income boleh pecah 1.5 juta..wakaka


Aku kenal beliau semasa sama-sama menghadiri Majlis Mr.POTATO FIESTA kat bangsar tahun 2009 (Pertama kali join acara anjuran NUFFNANG). Masa tu aku cuma kenal beberapa orang blogger jer. Aku mula-mula ingat dia ni wartawan hiburan sebab ternampak beliau sibuk ambik gambar ,terutama seorang GADIS berbaju  merah ala MEXICO masa tuh..dalam hati aku berkata (agak-agak nilah paparazzi kut..)..


Nasib baik si Tokey RIMAU iaitu EYRIQAZZ ada sekali masa tuh. Kalau tidak tak pasal-pasal aku panggil dia suruh tangkap gambar kitaorang masa tu (kalau aku panggil  bunyi lebih kurang cam nie lah...boy..boy sini mari, kasi angkat gambar gua sama kawan gua..hehe). Penyelamat aku si EYRIQAZZ datang menyelamat,jadi dia yang terangkan kat aku siapa beliau sebenarnya.


Itulah SIRMAN @ REDDADDY suami kepada REDMUMMY. Seorang Ayah kepada dua orang anak yang memiliki aura tersendiri. Patutlah blog REDMUMMY gambar bukan main cantik lagi. Semuanya gara-gara SIRMAN yang cukup terkenal dengan KAMERA DSLR beliau dan merupakan orang kuat dibelakang REDMUMMY. Seorang yang pemalu sebenarnya..(ehh..iyer kerr..wakakaka)


Kalau korang ada masa korang jenguklah blog beliau. Kesian aku tengok sebab bukan setakat dah bersawang, dah nak roboh blog beliau kerana anai-anai dah nak makan blog beliau dia nie..ahaks..Aku haraplah blogger sorang nie dapat mengHupdate blog dia. Dapat tengok entri sekali seminggu pun ok..tak boleh sekali seminggu,senang cerita sebulan sekali pun takpe. Tak boleh gak Setahun satu entri pun tak kisah..hehe..

Apa pandangan korang yang dah kenal dengan Bro SIRMAN nie? Yang tak kenal pun boleh komen. Adakah beliau seorang yang mengagumkan?Adakah beliau seorang yang pemalu? Adakah beliau seorang yang gempak? Adakah beliau seorang yang hensem? Korang bagi jer pandangan peribadi korang. Entri ni kira macam Serveylah..senang nanti aku nak kenakan dia..wakaka..Jadi apa pandangan korang..dipersilakan komen-komen dibuka sekarang..hehe


** Entri khas buat SIRMAN kerana berpeluh gaklah ketiak beliau amik gambar kitaorang yang terasa gak macam artis masa dinner MIG yang lepas..ahaks. BIG THANKS to you Bro..
 
IKLAN MENARIK

Double Value untuk Pengguna HOTLINK. Maklumat lanjut klik DISINI
 
Hadiah bernilai RM40,000 untuk dimenangi. Makluamt lanjut klik DISINI

2 comments:

  1. blog dia tu akan diupdate bila dah genap setahun tak update kot.. hik2.. bagilah satu sponsored post dekat dia bro.. so adalah idea dia nak menulis.. ehehe

    ReplyDelete
  2. Myvitrd - betullah dia update setahun sekali..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails