Mula-mula aku tengok benda ni ada kat atas meja member sepejabat aku. Aku ingat beliau beli kat kedai mamak ker atau kat supermarket ker? Tanya pun tanya,rupa-rupanya ia hasil buatan rakan sepejabat aku juga..adeyy..macamana aku boleh terlepas. Ni hah nak habaq satu MALAYSIA terutama yang suka Makan Roti,korang boleh dapat Roti nie Fresh dari member aku (Kontek No dan empunya perniagaan ni semak kat bawah nanti.)
Aku tanya ni Roti apa di kata Roti Bangala, nak panggil Roti Benggali pun boleh, selain dari itu ada gak orang panggil Roti Tawar. Kalau kat Sarawak kitaorang gelar roti ni Roti Bantal atau pun Roti "Pound"(Macamana boleh keluar nama ni korang jangan tanya aku..hehe). Semalam aku dah minta sekeping untuk diuji kat mulut aku jadi keputusannya dari segi Rating 10/10 aku bagi Roti ni Rating dalam 8.5/10.
Kenapa agak tinggi Rating untuk Roti ni? Bukan kerana kawan aku punya barang,Honestly dari rasa dia memang sedap. Tekstur dalam cukup lembut dan kerak tepi Roti ni pun lembut. Memang sesuai untuk sesiapa yang nak berniaga Roti Bakar. Cecah dengan air milo, Teh tarik, Nescafe susu korang sebut jerlah memang semua boleh masuk punya. Jadi kalau korang berminat korang boleh kontek terus dengan owner dia.
Dari segi harga pula untuk sebuku roti (Bukan sekeping yerr) cuma dalam RM2.50. Harga Cukup berbaloi dengan rasa yang sedap. kalau nak order disini aku sertakan No Tel Owner dia. Korang boleh pesan di nombor yang tertera kat bawah ini.Kalau nak tanya korang tinggalkan kat komen dalam entri ni. Nanti aku usha kat tuan punya (Bukan Myvitrd ek..hehe)..kempen mari berkempen..kempen belilah barangan yang ASLI buatan MALAYSIA..hehe
BERMINAT HUBUNGI
CIK HAMIDAH @ CIK MIDAH
NO. HANDPHONE
HP - 0193360616

bole delivery sampai seremban kah?
ReplyDeletePiah Becok - Uihhh Piah..kamu nak berapa lori? Kalau sebungkus nak deliver dari rawang ke seromban boleh lingkup bisness kawan eden..hehe..
ReplyDeleteActually tak tahu..leh cuba tanya kat owner kut-kut disinggah kat seremban ker..
lagi sedap kalau letak susu atasnyerr....ermmm slera makan tross
ReplyDeletefar_east - A'ahh ek..uihh..meleleh air liur eden..hehe
ReplyDeletejgn sampai tumpah air liur ekkk Jai...hikhik =))
ReplyDeleteJual roti pulak bro..macam2 hang ni.. hahaha
ReplyDeletehurmm..... roti homemade nie.... memang nampak fresh tue.... p/s : tuan punya tue 'cik ' lagi yea... ada can nak ngorat nie
ReplyDeleteZOMG :) Home-made breads are like the best thing ever!!!
ReplyDelete