Korang ingat lagi kes Pramugari yang mati akibat terjatuh dari tingkat 9, Hotel Radisson, Amsterdam, Belanda, minggu lepas. Mula-mula bila aku baca berita mengenainya dahulu,aku cukup bengang gak dengan pihak polis kat sana yang senang-senang nak tutup kes sebab diaorang kata takde unsur-unsur jenayah (yang akhirnya terbukti memang takde unsur-unsur jenayah pun..).
Semalam Suami beliau menjelaskan bahawa kematian isteri beliau adalah disebabkan JET-LAG. Spekulasi pihak media mengenai kematian pramugari ini akhirnya terjawab setelah pelbagai spekulasi dikeluarkan sebelum ini lebih tertumpukan kepada kes membunuh diri. Maka dengan ini tertutuplah kes kematian Pramugari ini.
SEDIH SEORANG SUAMI - PICTURE CREDIT KOSMO
Namun apa yang ingin aku kongsikan pada entri ini adalah mengenai Apa itu JET LAG ? Kalau ditafsirkan secara terus ia membawa pengertian KAKI JET? Adeyy mana ada JET berkaki..hehe..sebenarnya JET LAG membawa maksud keadaan dimana satu keadaan yang biasa dialami dalam satu penerbangan yang jauh yang merentasi satu zon masa ke zon masa yang lain dan akan menyebabkan individu tersebut mengalami pening serta hilang keseimbangan badan.
Simptom-simptom gejala JET-LAG
- Pening Kepala
- Insomnia
- Depresi
- Diaarhea
- Keletihan @ Kelesuan
Langkah-langkah untuk meminimakan JET-LAG
Sebelum penerbangan yang panjang.
- Berehat dengan cukup, Bersenam dan mengamalkan diet yang betul.
- Berjumpa dengan Doktor untuk mendapat khidmat nasihat.
Semasa dalam penerbangan
- Untuk mengelakkan dari pengyahidratan seeloknya elakkan dari meminum air yang beralkohol (untuk yang bukan beragama Islam), Elakkan meminum air yang mengandung kafein. Disarankan meminum air kosong untuk mengelak kesan dari udara kering semasa dalam penerbangan.
- Lakukan senaman semasa dalam penerbangan sekurang-kurangnya setiap jam atau dua jam sekali. Salah satu caranya adalah bahagikan penerbangan yang panjang kepada beberapa segmen penerbangan.
Semasa ketibaan
- Biasakan diri dengan waktu tempatan dan makan seperti biasa. Pendedahan kepada cahaya adalah disarankan.
Mungkin sedikit sebanyak TIPS yang aku kongsikan bersama ini dapat membantu korang sekiranya korang membuat penerbangan yang jauh. Prevention is better than cure. Harap ia dapat membantu sesiapa sahaja yang mungkin akan melakukan penerbangan pada jangkamasa yang panjang.

dulu gue slalu juga alaminya...
ReplyDeletetapi bila dah biasa, ok skit
tips yang bagus....yang penting dapatkan rehat yang secukupnya supaya badan tidak terkejut dgn keadaan cuaca dan masa yang berbeza..
ReplyDeletejalan2 sini...=)
Jet-leg ke jet-lag? aku baru tahu
ReplyDeleteTerbaru > Kereta Kena Block Time Parking > Tahniah Zaquan Adha dan Ayu Raudhah > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
Penyakit ni utk mrk yg kerap terbang sana sini ka? Sesekali naik kapalterbang takpa kan. Takpernah tahu plak, berpuluh tahun sebelum ni takdapun pramugaripramugara mati sebab jetlag ni eh? Ada sebab lain nih..............
ReplyDeleteJETLEG - Macam tak logik je lagipun die dah jadi stewardess lama... takpelah kes dah tutup kan....biarlah dia R.I.P ( Rest in Peace )
ReplyDeleteMie - Hang tuh kena jaga bro..keje hang tuh compom memerlukan perjalanan jauh.
ReplyDeleteeda - Betul tuh..pernah sekali saya dalam flight ke Dubai ada orang menjerit dalam kapal terbang. Ingatkan apa,rupa-rupanya bermimpi..adakah ini juga bahana jet lag gak?..hehe
Phreak-id - Sorry bro tadi salah eja..Jet Lag daa..hehe..Thanks kerana betulkan
Mamawana - Ikutkan berita memang si mati ada sms suami beliau mengatakan beliau pening kepala..entahlah takkan kut..
hazman - Sukarnya fikirkan logik atau tidak sebab pihak berkuasa dah buat keputusan
hehehe, tulah, saya pun nak perbetulkan jugak ari tu, tapi tak sempat nak komen la bro...jet lag yang benornye. anyway, good info!!
ReplyDeleteMadam Bling Bling - Hehehe tulah..agaknya disebabkan ngantuk kut confident jer dengan spelling tuh..adeyyy..hehe..Thanks
ReplyDeletesetahu saya jet lag ni ialah sindrom perbezaan waktu antara tempat sebelum dgn tempat baru...maksudnya nak menyesuaikan masa waktu yg berbeza antara 2 tempat tersebut..contoh Malaysia dgn Makkah yg berbeza 5jam...Mekah baru pukul 5ptg tapi malaysia dah pukul 10mlm...kita sudah mengantuk padahal waktu tempatan baru pukul 5ptg...itulah yg dinamakan jet lag..disebabkan masih tdk dpt menyesuaikan dgn waktu tempatan..
ReplyDelete