Kenapa tak percaya ker? Hehe..baru balik dari menghadiri perkahwinan Anak kepada bekas teman sepejabat yang melangsungkan perkahwinan anak beliau hari nie. Ala salah sorang anak beliau yang kena pukul dulu kat Australia sampai masuk suratkhabar dulu..ENTRI DISINI.
PELAMIN RAJA SEHARI
Tergelak pun ada tengok gelagat diaorang tadi. Yang best bila bab pengantin kena tahan oleh pegawai-pegawai dari Syarikat TOL persendirian buat kutipan TOL. Empat orang sekali jaga kaunter TOL,mengelabah pengantin dibuatnya..hehe..
EMPAT PEGAWAI PENGUTIP TOL SEDANG BERTUGAS
PEMERIKSAAN JUMLAH WANG TOL SBELUM DIBENAR MASUK
Alhamdullilah segalanya nampak berjalan dengan lancar. Aku suka tengok pelamin pengantin yang cukup menarik. Dahlah besar puas pengantin duduk. Aku tak sempat ambik gambar pengantin bersanding kerana terpaksa balik awal disebabkan aku datang bersama dengan rombongan tiga buah kereta dan aku sebagai orang yang menunjuk arah.
Jadi semua kata nak balik jadi aku kena ikut suara majoriti. Apa apa pun Tahniah diucapkan kepada pengantin Wan Iylia Raihan dan pasangan Mohammad Norfaizal. Semoga pasangan ini bahagia sentiasa hendaknya

ade pngawal pengutip tol ag, leh usik2 dulu :)
ReplyDeleteselalu tgk perempuan yang jadi penjaga tol.. i pun penah ada pengalamn jadi penjaga tol depan pelamin.. =)
ReplyDeleteyang tukang jaga tol siap belek2 sampul tue....dah macam gaya budak2 dapat duit raya pulak...hik3
ReplyDeleteemieysandea - tuhlah pasal..tradisi dari dulu lagi rasanya sekadar memeriahkan suasana..hehe
ReplyDeleteada mokhtar - Betul..lapisan pertama tol laki dulu,lepas tuh baru tol yang dijaga oleh perempuan..hehe
Hazman - Betul bro..pengantin gabra bila penjaga tol bukak sampul siap cakap kat pengantin tak cukup ni..hehe kesian pengantin
cerita pasal tol ni.. dah lama bro.. biasanya dekat johor memang ada tol.. kena sediakan duit banyak2 sikit..
ReplyDeleteMyvitrd - Tuhlah pasal..dah lama tak tengok acara sebegini..berpeluh pengantin lelaki dibuatnya..hehe
ReplyDelete