12 January 2011

NASI BRIANI BILAL | TRANSFORMARSI KAEDAH PEMBUNGKUSAN




Dah tengahari ni elok gak aku postkan entri yang berbaur mengenai makanan. Biar selera makan korang bertambah-tambah..hehe..Sapa pernah makan Nasi Briani Bilal. Dulu aku biasalah makan tapi dah lama tak makan sampailah semalam Boss aku yang baik hati belanja Staff Makan Nasi Briani Bilal bungkusss..Thanks Encik.Megat Othman.

 
TETTARIK DENGAN PEK BUNGKUS NASI BRIANI BILAL

Apa yang aku nak kongsi adalah pasal packing Nasi Briani ni cukup menarik sebab menggunakan kotak kertas menggantikan kotak polisterin (betul ker ejaan ni..hehe). Kira Mesra Alamlah gitu. Agak lama gak aku tak makan Nasi Briani ni,tak silap aku makan tahun gak tak makan Nasi Briani Bilal ni sehingga semalam.
 
 
SEDAP KALAU DISEKALIKAN DENGAN KUAH AYAM MADU..

Komen aku tentang Nasi Briani Bilal ni keseluruhan rating yang aku bagi hanyalah 6/10 sebab ada yang kurang. Kurang sambal rasanya. Ayam ok sedap rempah cukup rasa, Nasi Briani oklah,Kuah Dal cair sikit tapi boleh tahan gak last sekali acar timun sedap gak. Sayang sekali kalau letak kuah Ayam madu ker atau sekurang-kurangnya sambal taklah kosong sangat.

CLOSE-UP, DAGING AYAM MEMANG CUKUP REMPAH RATUSNYA

MODEL NASI BRIANI BILAL (MAKAN TIME KERJA..hehe)

Apa-apa pun semalam makan yang tinggal hanya kertas ,plastik pembungkus dan tulang yang hancur dek kerana diratah oleh aku dengan gaya menikmati Nasi Briani FREE..hehe. Aku rasa sedap lagi Nasi Briani INSAF kat Jalan TAR rasanya. Tapi disebabkan tenghari dan perut pun lapar,apa yang terhidang terutama yang free confirm kena balun..Apakah Nasi Briani Pilihan korang..

** Ingat nak makan angin tenghari ni..huhuhu..cuaca panas malas lak rasanya nak keluar...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails