23 January 2011

MISBUN SIDEK TAK POWER | LUAHAN SI ANONYMOUS




Sekadar ingin berkongsi pendapat dengan semua. Lain orang lain pendapat. Adakah korang setuju dengan luahan dari si anonymous ini mengenai Datuk Misbun Sidek? Pada pendapat aku ikutkan zaman dahulu aku cukup mengikuti perkembangan anak-anak sidek sehinggalah aku ambik keputusan untuk terus bersara dari bermain Badminton. Terima Kasih buat si Anonymous,


Aku tak faham kenapa sekarang baru nak kecoh mengenai Misbun. Kenapa tak dahulu lagi senang cerita tak payah suruh dia melatih pemain dibawah BAM. Bagi aku Misbun lebih tahu siapa diri beliau sebenarnya dan itu hak dia. Kita sebagai pemerhati memang senang untuk mengkritik beliau tetapi kalau disuruh berdebat dengan beliau aku gerenti korang akan tunggang terbalik.


LUAHAN SI ANONYMOUS
  • Misbun bukannya power sangat pun. aku dah lama ikut perkembangan badminton jadi aku leh nampak apa yang korang tak nampak. memang Chong Wei dari remaja digilap oleh Misbun tapi hasilnya Chong wei tak kemana. Kalau diperhatikan Lee Chong Wei mula menjadi pemain yang konsisten dan dalam top 3 dunia masa dia dilatih coach China li mao.
  • Masa tu lin dan,hyun il, dan Lee Chong Wei top tiga ranking dunia,pastu li mao berenti mengejut dan Misbun sambung jadi coach Lee Chong Wei. Lepas hyun il pun dah tua dan Lee Chong Wei jadi pemain no.2 dunia dibelakang lin dan.Hari ini Lee Chong Wei jadi pemain no.1 dunia sebab lin dan dah tak banyak sertai super series.
  • Bukannya sebab misbun tue power jd coach...kalau misbun power cubala hasilkan pemain yang hebat seperti chong wei atau paling tidak pun dalam top 5 dunia.. Hasilnya takda pun anak buah dia yg berjaya selain chong wei sebabnya mudah iaitu bukan dia yg menggilap Lee Chong Wei sampai tahap skrg.

Mungkin apa yang dikatakan si Anonymous ada kebenarannya namun ada juga kesilapannya. Senang cerita ikut konsep 'No Body Perfect' begitu juga Misbun. Apa yang aku nampak sekarang ini yang mungkin akan memusnahkan sukan Badminton adalah POLITIK. yang nyata kalau Misbun tak power Sah-sahlah lama beliau tak akan timbul dalam arena Badminton dunia. Apa komen korang tentang komen si Anonymous ini?

4 comments:

  1. Bro... aku rasa bukan badminton sahaja malahan boleh kata kebanyakan badan sukan negara kita ada masalah POLITIK yang sama.... KOAM salah satu daripadanya... perbalahan atlet+jurulatih vs pihak pentadbiran

    ReplyDelete
  2. hazman - Setuju..sepatut perkara ni dipantau agar kemelut dalam persatuan dapat diselesaikan. Latihan pun kena ikut kata majoriti bukan jurulatih? Adeyy

    ReplyDelete
  3. salam...tertarik ngan isu ning...
    konflik badan sukan ngan coach/pemain dah jdk barah lam negara kita ning...selagi badan induk sukan belum diterajui oleh x-player yg brkaliber...lg tu lah kita dok tang-ting-tang-ting..

    ReplyDelete
  4. 20% bakat 40% usaha 20% cikgu 10% dorongan 10% nasib...cuma politik de yang lebih sudu...bila naik semua nak cari publisiti masa jatuh semua menduding jari...bacam s***!!!!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails