Nampaknya Kontroversi lagu dan Juara AJL 25 TOLONG INGATKAN AKU (TIA) oleh ANA RAFFALI masih hangat diperkatakan dan ini juga telah hangat diperkatakan dikalangan juri yang membuat keputusan. Dengar cerita ada gak yang tak sependapat dengan ketua juri iaitu Otai M. NASIR? Kenapa harus dipertikaikan? Takkan diaorang takde skala pengukur sesebuah lagu dan juga penyanyi untuk membuat keputusan.
Selain M.NASIR sebagai ketua juri,juri-juri lain adalah Azmeer, Habsah Hassan, Acis, Pacai Amy Search dan Andy Flop Poppy.Yang pasti dua juri yang memberi pendapat berlainan tentang Juara AJL 25. Azmeer sempat berkata yang beliau tidak bersetuju dengan keputusan ANA RAFFALI menjadi Juara AJL 25.
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,”
Disamping itu AMY Search juga memberi pandangan peribadi beliau yang beliau juga terkejut dengan keputusan ANA RAFFALI menjadi Juara AJL 25. kalau ikutkan pilihan beliau,beliau memilih penyanyi Yuna yang membawa lagu Cinta Sempurna sebagai juara dengan alasan lagu berkenaan menusuk hati.
Alasan M.NASIR pula
“Lagu itu mempunyai rasa. Itu yang penting dan yang kita cari sebenarnya. Sama ada betul atau salah, keputusan itu dibuat dengan penuh kesedaran, penuh pengetahuan muzik, cita rasa dan pembaharuan.
“Lagu ini dikategorikan sebagai lagu terbaik tetapi mungkin penonton rasa lagu ini tidak ‘besar’. Saya melihat kepada kekuatan lirik dan lagunya. Ada kebanyakan lagu yang lemah pada lirik atau lagu dan kedua-duanya,”
“Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,”
Itulah kata-kata M. Nasir kenapa ANA RAFFALI dan lagu beliau terpilih menjadi Juara AJL 25. Itu kata-kata juri Professional. Bagaimana pulak kata-kata korang sebagai juri-juri tak professional..hehe..Apa pandangan korang tentang ini? Adakah ANA RAFFALI sepatutnya menjadi Juara AJL 25 atau tidak?


tidakkkkkkk.....aku setuju sama amy search!
ReplyDeletesian ana rafali. tak pasal2 jadi mangsa keadaan.
ReplyDeletemacam2 hal kan..dah menang tuh biar la..cuba lagi next ajl26..tol x?
ReplyDeleteTERKINI: Lionel Messi Pemenang FIFA Ballon d'Or 2010,Dah Dua Kali La.Tahniah!
HANGAT: Kami tidak bersetuju Ana Raffali menang Anugerah Juara Lagu 25
tidak menonton. maka tiada komen.
ReplyDeletebagi aku ni adalah rezeki dia.. so mungkin rezeki yang tak menang belum ada lagi.. terima keputusan dengan hati yang terbuka.. bagi aku keputusan ditangan juri.. tak baik maki hamun dalam facebook kata lagu juara ajl25 mcm sampah.. itu komen juri x pro..hehehe
ReplyDeleteuiksss sesama juri pun tak sependapat ker?? rasa ader lagi yg layak jadi juara selain ana raffali...tapi bak kata azmeer; biarlah rahsia dulu siapa yg layak hehe..
ReplyDeleteserious, tak kenal sape ana raffali tu >_< bile tahu die juara AJL baru lah sibuk google. hmm.. tak tgk pun show tu, ape2 pun dah rezeki die nak menang, kalau tak Tok Ti je dpt nanti hik hik
ReplyDeletekalau nak pilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular, baik tak payah susah2 suruh artis2 menyanyi atas stage siap buat live kat tv bagai. pasang mp3, duduk dalam meeting room sudah!tah pape lah diorg ni.tak paham aku.
ReplyDeletedah Ana Raffali menang, nak buat cammana...keputusan tak dapat diubah walaupun byk yg complain, lagipun dah berlalu...tunggu je tahun depan. Macam Final Piala Dunia, yg tak bestnya adlh pengadilnya, bagi gol offside dan Sepanyol menang dgn gol offside..sgt sedih pengadilan..
ReplyDeleteKancilbiru - Hehehe..tak dapek nak nolong..hehe
ReplyDeleteain nina - Dah rezeki dia nak buat macamana..saya rasa beliau sendiri terperanjat dengan kemenangan ini..
Boloque - Yang Herannya ramai orang yang tak puas hati..cuba diaorang berada dalam situasi Ana Raffali macamana entah..
Piah Becok - Aikkk..heran..hehe...rugi piah..besttt..hehe
Myvitrd - Hah..Komen seimbang dari Juri x Pro..ahaks..cukup menarik komen..tahun depan jadi jui AJL 26 lah kalo camni..hehe
Far-east - Lain padang lain rumput..ehh..buleh pakai ker pepatah nie..hehe..Ikut memang ada,tapi bak kata M.Nasir “Sebagai ketua juri, saya memilih lagu dan lirik yang bagus dan bukan yang popular,”
Anonymous - Janganlah sensitif sangat..tuhlah masalahnya apa yang diaorang nampak kita tak nampak..apa yang diaorang kata tak sekata dengan kita..masing-masing punya pandangan...
ohgoal - Wuitt..wuit..laa.menarik gak komen nie..hehe..adeyyy..iyer kerr takpe..lain kali FiFa kena tumpu kan mutu pengadilan terutama kat referee
1) Inilah mentaliti majoriti Rakyat Malaysia (MELAYU khususnya...)buat kritikan tapi langsung tak tahu pasal muzik...tu laa...terlampau disogokkan dengan macam-macam program hiburan realiti...populariti dijadikan kayu ukur peminat-peminat muzik (minat je kot) yang bodoh sombong untuk menilai sesuatu karya...tolonglah! Macam mana karya muzik orang MALAYSIA nak maju kalau orang MALAYSIA sendiri terus nak kritik sesuatu karya dalam keadaan JAHIL???? SEDARLAH!!
ReplyDelete2) Wahai Encik Azmeer yang 'profesional' dalam muzik...ni kan Anugerah Juara Lagu (AJL)...kenapa pulak nak sentuh pasal "artis" mana yang patut menang AJL?? Patutnya LAGU mana yang jadi pilihan awak untuk menang!! Maaflah, jangan kelirukan khalayak peminat setia anda kat luar sana dengan kenyataan yang langsung tak profesional macam ni...
“Secara jujurnya saya tidak bersetuju dengan kemenangan itu. Siapakah artis yang saya rasa layak menjadi pemenang biarlah saya rahsiakan dulu buat sementara waktu,”
Apa barang Azmeer............malu kaum je...
Aku dan Muzik - Komen yang mantap & Superb bro..gua tengah renung-renungkan..jom sama-samalah kita renungkan
ReplyDeleteBukan apa JAI...kecewa jugak dengan "mind-set" orang kita bila timbul hal2 yang macam ni...lambakan produk "half-baked" dalam industri muzik kita dah jadi barah yang meracuni kelompok seni tu sendiri...Kuantiti atau Kualiti?? terserah pada yang menilai... :)
ReplyDeleteAku dan Muzik - Setuju..perkara ini yang sepatut dibendung agar artis yang memiliki bakat tidak disia-siakan. Entahlah bro rasa-rasanya "mind-set" inilah menjadi punca kenapa artis kita tidak boleh pergi jauh..
ReplyDeletesetuju dgn statement Aku dan Muzik..
ReplyDeleteAJL = Anugerah Juara LAGU.. bukannya anugerah artis POPULAR..
kalau nak yg popular x payah le ade juri..undi sms je..mcm artis sorang tu yg dah x popular lg..
bodoh la mentaliti kritik xde ilmu ni..tu la byk sgt main undi sms ni..ni la akibatnya..
pe yg ketua juri pilih adalah tepat kerana mencari lagu dan lirik terbaik.
ReplyDeletedan nama pun ANUGERAH JUARA LAGU..bkn nyer ANUGERAH BINTANG POPULAR.
hurmm....x bek complain org nye lagu teruk2...cbe klau kite ttbe yg wat lagu or menyanyi kan pas2 org ckp lagu kite truk n sore kte x sdp....ape kite rase???rezeki die sape bg??allah yg bg kat mikail sruh juri terdetik hati pilih ana raffali...bg sy,ana raffali org bru yg bgs dtg ke industri muzik jd x salah kalu cbe sokong....dan lagi 1,watpe kite nk org yg da ckup kaye,kaye lg???cnthnye yuna...bg la kat org len lak...ana raffali dtg dr kuarge biase2 2la lyrics die manis dgn penuh berlagu bebanding dgn org lain....
ReplyDelete