01 January 2011

MAKLUMAT TERKINI PELAKON FAIZAL YUSUF MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG?

Ternampak kat dalam tweet sebentar tadi mengatakan FAIZAL YUSUF telah meninggal dunia? Terperanjat gak aku..sebab Abang kepada FAIZAL YUSUF ni dulu satu pejabat dengan orang rumah aku. Nak call orang rumah nak confirmkan tak dapat call sebab beliau tengah kerja dan kredit aku pulak aku baru perasan dan expired terlupa nak top-up. Godek-godek pakcik google dah ada entri mengenai hal ini.

AL-FATIHAH BUAT ARWAH

Apa yang aku ketahui menurut blog terkini  yang telah mengupdate blog masing-masing mengesahkan bahawa beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 2.30 tengahari tadi akibat serangan jantung. Beliau dikatakan meninggal di Hospital Pusrawi,Kuala Lumpur. Maklumat ini diperolehi diblog SINI.

Kalau terdapat maklumat terkini akan saya updatekan dengan segera. masih menunggu panggilan dari orang rumah untuk mendapatkan pengesahan. AL-FATIHAH dipanjatkan buat arwah,

Maklumat mungkin sukar diperolehi lagi pun demi menghormati keluarga beliau aku rasa aku akan update kemudian setelah segala urusan selesai. Harap Maklum.

MAKLUMAT KREDIT MSTAR.

Maklumat dari MSTAR menurut Shaiful Yusuf iaitu abang kepada Faizal  35, memberitahu bahawa Faizal telah rebah ketika berada di bilik air rumahnya di sentul. Disebabkan kejadian itu Shaiful dan isteri Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi. Menurut Shaiful lagi..

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat. Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sedih juga bila aku baca cerita dalam MSTAR ni terutama beberapa hari sebelum meninggal, beliau ada menalipon bekas isteri beliau untuk bercakap dengan anak beliau Muhammad Rayyan Nakhaie, namun tidak kesampaian kerana ketika menalipon bekas isteri beliau kebetulan anak beliau tidak bersama dengan bekas isteri beliau. Namun sebelum beliau menghembus nafas terakhir beliau sempat bercakap dengan anak beliau setelah Siti Nurdiana menerima panggilan yang beliau dihospital..

Aku doakan semoga roh beliau dicucuri rahmat. Diharap keluarga beliau dapat menerima suratan takdir ini dengan tabah..



13 comments:

  1. Aku tak tahu pon.. pada hal Hospital Pusrawi sebelah pejabat Aku je ni.. Alfatihah..

    ReplyDelete
  2. salam...
    saye juge baru je online, log in FB and dapat tau Faizal Yusof meninggal dunia...
    innalillah....

    ReplyDelete
  3. al fatihah, terkilan dengan pemergiannya, azza minat dia berlakon terutamanya cerita adamaya, moga arwah ditempatkan di tempat orang yang beriman, amin

    ReplyDelete
  4. apapun kita sedekahkan al-fatihah kepada beliau...

    ReplyDelete
  5. hoho ms drama adam maya d tayangkn dlu la last tgk die..
    al fatihah..moga rohnya dirahmati

    ReplyDelete
  6. nina syakina - Memang kisah benar niehh..

    Myvitrd - Adeyy..boleh jenguk kejap tadi tuhh..lu ada jenguk tak bro tadi?

    Leena - Itulah pasal..saya terbaca tweet dari IsmaAF7 tuh yang terus carik berita...kesian..Al fatihah..

    Azza - Aminn..semoga ruh beliau dicucri rahmat. Beliau sememangnya seorang pelakon yang berbakat besar..

    Pink Pearl Lady - Aminnn..Semoga roh beliau dicucri rahmat..

    Siti Zaleha - Al-fatihah

    SyuQ - Tak pernah jumpa lagi arwah tapi dengan abang dia Dzulkifi memang pernah sebab satu jabatan dengan orang rumah dulu..

    Mizz Lizz - Al Fatihah

    ReplyDelete
  7. is this for real..?

    ReplyDelete
  8. Semoga Rohnya Diberkati Dan Dirahmati Oleh Allah s.w.t...Setiap Manusia Yang Hidup Di Muka Bumi Ini Pasti Akn Pergi Berjumpa Dengan-NYA...Al-Fatihah...Amin...Jadi Anda Semua Bersiap Sedialah Untuk Menghadapi Kematian...

    ReplyDelete
  9. Anon - I think everyone knows about it already..

    Din Beramboi - Amin..Sesungguh kita sentiasa leka dengan kehidupan sehingga kematian menjemput kita..

    ReplyDelete
  10. Al-fathiha
    Smuga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails