Adeyy..terbaca maklumat mengenai bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36 terlibat dalam kemalangan menyebabkan tangan kirinya patah. Kemalangan yang berlaku di Ipoh,perak pada 28 Disember 2010 lalu menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan untuk memasukkan besi di tangan kiri beliau. Uihh sakit tuh..
Kemalangan yang berlaku ketika pasangan ini menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng kira-kira pukul 5.15 pagi. Kenderaan Gen 2 itu juga dinaiki oleh tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu. Syukur kerana anak-anak beliau cuma mengalami cedera ringan.
Yang suspen Maizawati juga dipercayai mengandung 5 bulan..aduhh..namun kandungan beliau selamat walaupun berlaku pendarahan. Nasib baik. Harap beliau sembuh sediakala hendaknya. Kepada korang yang balik kampung tuhh hati-hatilah kerana kemalangan berlaku tanpa diduga. Bawak kenderaan tu kenalah berjaga-jaga dan sentiasa wasapada. Hati-hati dijalan raya.

syukur semuanya selamat!
ReplyDeletesuami dia mcm mana pulak bro?
ReplyDeletebtw Happy New Year!
Anastasyea - Syukur..ada gak yang kecoh buat cerita beliau meninggal dunia..adeyyyy
ReplyDeleteYob Sumo - Husband dan anak-anak cuma mengalami kecederaan ringan jer..nasib baik