MAJORITI Exco Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mahu Presiden Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh bertegas dan menerima peletakan jawatan jurulatih perseorangan, Datuk Misbun Sidek. Alasan yang diberikan ,Misbun tidak menghargai banyak kelonggaran yang sudah diberikan kepadanya dan BAM sendiri sudah banyak bertolak ansur.
Apa pendapat korang? Dari petikan di atas aku rasa ramai peminat Badminton tidak bersetuju. Macam-macam luahan dari peminat-peminat Badminton mengenai perkara ini terutama terhadap Exco yang telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab dalam Persatuan Badminton ini. Yang pasti aku tetap sokong Datuk Misbun.
Antara luahan dari peminat yang menarik perhatian aku,
- Walau apa pun cara penyelesaian kemelut perletakan jawatan Misbun, namun jangan sampai dikata orang: "habis manis sepah dibuang." Bila kita perlukan kita sanjung; bila kita tak memerlukan lagi biarlah jasanya tetap kita kenang.Jasa seseorang itu tidak akan luput kerana kerenahnya
- Syed abu bakar perlu jelas, datuk misbun melatih lim chong wei sebelum dia berada dalam taraf dunia. BAM sekian tahun gagal melahirkan atlit badminton bertaraf dunia dan adilnya exco2 seperti mereka ini yg patutnya mengosongkan kerusi, memberikan kepada kepimpinan yg lebih wibawa. Paku dulang yg tidak punya rasa malu.
- Dulu, BAM katakan yang Misbun tidak memikirkan soal negara, sekarang, mcm mane pulak ngn exco BAM yang hanya mementingkan hati dan perasaan mereka sendiri sahaja. Kalo BAM ad semangat cintakan negara, knp tak je bincang baik2 ngn Misbun? pemimpin perlu memberikan tunjuk ajar dan bimbingan y baik kpd anak buah.
- Sungguh angkuh kenyataan salah seorang dari Exco BAM yg mungkin tidak langsung tahu bermain badminton. Pelik macamana barisan Exco seperti ini telah dilantik untuk mengruskan keputusan penting seperti ini. Lebih dari itu dia tidak langsung menghormati usaha salah seorang menteri untuk memperbaiki keadaan dan kemelut dalaman BAM. Pada pandagan saya semua exco bam harus diganti dan muka2 baru yg lebih matang harus dilantik
- Lee Chong Wei (LCW) bertaraf dunia, begitu juga Koo Ken Kiat & Tan Boon Hiong.Sekiranya kenyataan EXCO BAM menyatakan bahawa mana2 jurulatih boleh melatih pemain seperti Lee, mengapa prestasi antara Lee & Koo/Tan begitu berbeza? Lee hanya kalah pada Lin Dan dan agak konsisten dalam kesemua kejohanan dunia tetapi Koo/Kien boleh kalah pada mana2 beregu utama dunia
- Persatuan sukan sebaiknya diterajui oleh bekas-bekas ahli sukan yg pernah berkecimpung dalam sukan itu sekurang kurangnya sebagai pemain. ini tidak. penyakit ahli politik menduduki kerusi panas pentadbiran BAM masih berlarutan. sukan di kaca mata ahli politik tidak sama dgn sukan di kaca mata pemain. maka tidak heranlah konflik sentiasa terjadi.
Dalam pada itu ada gak yang menyokong keputusan BAM. Apa pendapat korang? Adakah sependapat dengan luahan yang menyokong keputusan BAM dibawah ini?
- Saya bersetuju bahawa perlunya BAM bertegas dan biarkan Datuk Misbun dan Datuk Lee keluar daripada BAM. Kita tidak perlu bergantung hanya jurulateh dan juga seorang pemain yang handal. Bam kena berubah dan berusaha mencari pelapis daripada 27 juta rakyat malaysia.
Walau apa sekali luahan yang dilontarkan, pada pandangan peribadi aku yang penting janganlah dipolitikkan bidang sukan ini kerana ia akan membinasakan segalanya nanti. Sayang sekali kerana rasa-rasanya Pemain utama negara terutama Datuk Lee Chong Wei merupakan aset paling penting sekarang ini dalam bidang Badminton . Jangan sia-siakan..Bagaimana pula pendapat korang?
exco yg patut keluar bukan misbun...sokong misbun!
ReplyDeleteAku pun sokong Misbun. Exco hanya tahu cakap je.
ReplyDeleteTerbaru > Senjata Menawan Suami : Payudara! > phreak-id = Glitterati+ a.k.a GPlusMY akhirnya > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id
EGO exco BAM nie memang tak mengaku kelemahan diorang dari dulu lagi..... haisshh
ReplyDeleteMaverick - Rasa-rasa ada masalah dalam pengurusan nie..bukan Datuk Misbun Sidek
ReplyDeletePhreak-id - Ramai yang sokong beliau..
hazman - Rasa-rasanya ada kebenaran. Sepatut tengok barisan exco macam ada masalah jerr
mari sokong kami di Facebook = Kami mahu Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih negara..!!! . Just click:
ReplyDeletehttp://www.facebook.com/home.php?sk=group_115954775145079&ap=1
hilmiizhar - ok noted..nanti follow ek..
ReplyDelete