30 January 2011

KEPUTUSAN TERKINI PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) TENANG | LIVE BLOGGING | BARISAN NASIONAL MENANG

Pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang telah bermula . 12 Pusat mengundi telah dibuka dari pukul 8.00 pagi dan akan ditutup pada pukul 5.00 petang. Orang ramai disarankan untuk membuang undi seawal yang mungkin kerana berikutan ramalan cuaca sebelah petang diramalkan hujan. Selamat Mengundi buat semua.



Pertandingan bakal menentukan pemenang yang kemungkinan akan diumumkan sekitar pukul 8.00 malam.Calon Barisan Nasional (BN) - Mohd Azahar Ibrahim Penolong Pegawai Daerah Rengit manakala Calon Parti PAS - Normala Sudirman Ketua Dewan Muslimat Labis. Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.



KEPUTUSAN RASMI


KEPUTUSAN RASMI PRK (DUN) N.05 TENANG

PEMENANG
CALON BN - MOHD AZAHAR IBRAHIM
UNDI - 6,699
MAJORITI UNDI - 3,707
UNDI ROSAK - 142

CALON PAS - NORMALA SUDIRMAN
UNDI - 2,992


 KEPUTUSAN TIDAK RASMI

Keputusan Tidak rasmi CALON BN - MOHD AZAHAR IBRAHIM telah memenangi Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.05 Tenang dengan Majoriti 3,733 Undi. Peningkatan sebanyak 1,243 berbanding Pilihan Raya tahun 2008. Keputusan keseluruhan secara tidak rasmi menunjukkan BN mendapat Sekitar 6,698 Undi Manakala PAS mendapat 2,963 undi. Tunggu keputusan rasmi sebentar lagi.

7.15 p.m Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam lama Twitter mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.

7.01 p.m Keputusan BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

Setakat ini jumlah kiraan undi sudah mencapai 61% kira-kira 6,453 daripada 10,579 jumlah yang telah mengeluar undi
6.57 p.m Keputusan Ladang Bukit Dato  BN 351, PAS 99, MAJORITI 252

6.54 p.m
Setakat ini keputusan Barisan Nasional masih mendahului dengan keputusan BN 4,420, PAS 2,033, majoriti 2,387

6.53 p.m Keputusan pada waktu ini secara tidak rasmi BN 3,737 telah mendahului PAS 1,692 dengan majoriti 2,045

6.51 p.m Keputusan Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

6.50 p.m
Keputusan Tidak rasmi BN 2,038, PAS 1,207

6.36pm Keputusan Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Kini Giliran BN pula mendahului dengan 1,484 undi berbanding PAS sebanyak 533.

6.36pm Keputusan Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

6.34pm
Keputusan Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

6.31pm Keputusan SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.


6.27 p.m PAS mendahului BN dengan kiraan PAS 1,136 manakala BN 634

6.22 p.m Keputusan Bandar Labis Tengah (S4) PAS - 209, BN - 90

6.15 p.m  Keputusan Bandar Baru Labis (S1) PAS - 123, BN - 64

6.00 p.m Mengikut Undian POS (Keputusan tidak rasmi) Calon BN Mohd Azahar Ibrahim mendahului Calon PAS Normala Sudirman dengan undian sebanyak 115 BN berbalas 3 PAS dan 1 Undi Rosak. Pengumuman dan pengiraan akan dibuat di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis. Siapakah bakal memenangi Pilihan Raya pada kali ini. Kita tunggu keputusannya nanti..gua nak mandi dulu..sejukk hujannn..hehe


5.55 p.m Undian telah ditutup kira-kira pukul 5.00 petang tadi dan peratusan yang telah mengeluar undi pada Pilihan raya Kecil Dewan Undangan Negeri N.05 Tenang pada kali ini adalah sebanyak 71.80% daripada jumlah 14,753. Ada penurunan berbanding Pilihan Raya sebelum ini iaitu 73.52% Jadi sekarang proses pengiraan undi sedang berlangsung dan keputusan bakal diumumkan kira-kira 8.00 malam.


4.20 p.m..Ehh tertidolah pulok..bangun jer peratusan undi telah meningkat. Setakat pukul 4.00 petang peratusan orang keluar mengundi sebanyak 65.19 peratus bersamaan 9,618 orang pengundi. Keadaan semakin buruk di Tenang bila maklumat mengatakan Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter. Bot, Trak tentera lima tan dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin.



2.00 p.m Jumlah peratusan keluar mengundi setakat pukul 1.00 tengahari sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang. Keadaan banjir disesetengah tempat mengundi agak membimbangkan namun masih terkawal. Jalan kecil antara jalan utama dan SMK Kamarul Ariffin dinaiki air sehingga paras paha. Uihh kira tinggi gak air naik tuhh

1.00 p.m Pengumuman dari Pengerusi SPR menafikan bahawa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang di tangguh. Ada kedengaran khabar angin yang megatakan Pilihan Raya DUN Tenang ditangguh..adeyy..Setakat pukul 12.00 tengahari,peratusan pengundi yang keluar telah mencecah 48.93% atau 7,219 pengundi. Mengikut Pemantauan dari NGO Zentrum Future Studies BN kini mendapat 59.50% manakala Pakatan mendapat 40.50% namun maklumat ini hanyalah sekadar berdasarkan kepercayaan politik dari mereka.

Rezeki si penjual payung. Harga Payung terkini di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat adalah pada harga RM12 tiap  Jom Niaga..hehe.. Wahh memang rezeki peniaga yang mengambil kesempatan semasa Pilihan Raya kali ini.


11.40 a.m Keadaan Hujan lebat telah mengakibatkan beberapa kawasan dilanda banjir. Antara yang terjejas dan sekiranya hujan berterusan akan menyebabkan terputus hubungan adalah Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station. Uihh kesian penduduk kampung yang terjejas dek banjir nie.





9.55 a.m Keadaan bertambah sesak, trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang. Pusat Pengundian di SK LKTP Tenang dengar cerita sesak dah macam pasar. Beberapa kawasan di sekitar Dewan pelbagaiguna Kampung Paya Merah dinaiki air. Peratusan yang keluar sehingga jam 10.00 dalam  24.34 peratus @ 3,591. Peratusan terus meningkat sehingga 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.

Kata-kata Clon PAS - Normala Sudirman yang Positif


"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran,"

9.00 a.m Setakat ini peratus undi yang keluar mengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang ialah 10.68 peratus atau 1576 org. Agak perlahan,mungkin disebabkan Hujan. kira-kira pukul 8.55,Calon BN, Mohd Azhar tiba di pusat pengundian, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah disambut dengan sorakan daripada penyokong BN yang melaungkan slogan Hidup BN, Pilih Azhar.

8.55 a.m Calon PAS Normala Sudirman telah tiba di Pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong. Keadan disekitar tempat mengundi hujan.  Terbaca maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat dah siap sedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan Banjir akan terjadi. Pada masa yang sama petugas SPR menurunkan poster yang tergantung kerana berada dikawasan pengundian.


8.00 a.m Peti Undi telah dibuka, dengar cerita kawasan disekitar pusat pengundian mengalami hujan renyai-renyai. Eloklah para pengundi keluar mengundi takut gak air naik jadi kebanjiran pulak nanti. Kawasan Kampung Redong dengar cerita air pun dah nak naik. Kalau berlanjutan silap-silap boleh banjir..

** INGIN MEMENANGI HADIAH KESELURUHAN RM40,000? MAKLUMAT PENUH DISINI

5 comments:

  1. PANGKAHH.. JANGAN TAK PANGKAHH,, :)

    ReplyDelete
  2. Keputusan Terkini PRK DUN Tenang boleh didapati di
    http://gomalaysian.blogspot.com/2011/01/dun-tenang-by-election-latest-result.html

    Harap pemilik blog linkkan blog aku di bloglist pemilik!
    sekian Terima Kasih

    Berjuang untuk RAKYAT

    ReplyDelete
  3. haha betul2 kid,pangkah jangan x pangkah

    ReplyDelete
  4. KiD - Hehe..pangkah jangan tak pangkah..

    Malaysian - Harap Maaf Link ke bloglist hanya yag terpilih. harap Maklum.

    MyVitrd - Maklumat Malaysiakini bro..yang tidak rasmi daaa..yang rasmi baru dapat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails