09 January 2011

KEPUTUSAN TERKINI AJL 25 ( ANUGERAH JUARA LAGU KE 25) | LIVE BLOGGING

@Sempena AJL ke 25 ramai yang sibuk buat entri mengenai keputusan dan begitu juga aku. Aku taknak ketinggalan dalam acara berprestig ini kerana pada pendapat aku peserta-peserta Finalis AJL 25 cukup hebat belaka. Jadi untuk acara istimewa ini aku ingin membuat Live blogging terus menerus dibawa kepada anda semua dari Bukit Jalil melalui Monitor TV dari rumah aku..hehe Sambil-sambil tuh bolehlah memberi komen terhadap penyanyi yang bertanding secara Live..cehh




Peserta-Peserta Finali AJL 25 :

  • 1. Faizal Tahir - Hanyut
  • 2. Shahir - Kebahagian dan Perpisahan
  • 3. Hafiz - Noktah cinta
  • 4. Meet Uncle Hussain - DramaKing
  • 5. Adira - Ku Ada Kamu
  • 6. Yuna - Cinta Sempurna
  • 7. A.P.I - Pelita
  • 8. Tomok - Berlari
  • 9. Black - Sofea Jane
  • 10.Hujan - Mencari Konklusi
  • 11.Faizal Tahir - Selamat Malam
  • 12.BunkFace - Extravaganza
  • 13.Stacy - Jahat
  • 14. Ana Rafali - Tolong Ingatkan aku

Acara dimulakan dengan Persembahan dari Fransisca Peter dengan lagu yang mengembalikan Nostalgia iaitu SEKADAR DI PINGGIRAN. Mantap suara beliau. Kali ini siaran langsung diselang seli dengan Juaraa AJL yang lepas-lepas. Cukup menarik.

Diikuti dengan nyanyian NASH Lefthanded dengan lagu kemenangan dulu. Guru @ Sifu M. Nasir juga mendendangkan TANYA SAMA HUD HUD lagu kemenangan AJL 1994. Juara AJL 1997 nyanyian dari M.Nasir GHAZAL UNTUK RABIAH didendangkan.

Pengacara : ELLY ISKANDAR, FAIZAL ISMAIL dan CHERYL SAMAD.

 1. YUNA - CINTA SEMPURNA
  • Persembahan pertama peserta Finalis untuk AJL 25 dimulakan dengan Nyanyian dari YUNA dengan lagu Cinta Sempurna. Beliau bermula dengan permainan keyboard yang dimainkan oelh beliau sendiri.. Props Cukup menarik dengan berlatarbelakangkan pokok-pokok yang beranting. Dengan mengenaka n Shawl berwarna oren dan baju keemasan cukup anggun sekali. Penghayatan yang sempurna.
2. TOMOK - BERLARI
  • Persembahan peserta kedua iaitu dari TOMOK dengan Nyanyian BERLARI. Ada perubahan pada rentak lagu pada kali ini. Tiada Props cuma diiringi oleh penari-penari dan disertakan dengan 2 orang guitaris dan dihiasi dengan api yang mengikut rentak lagu dan beliau menyanyi sambil berlari. Konsep macam Tekno pun ada aku tengok. Suara Mantap.
3. A.P.I - PELITA
  • Persembahan seterusnya dari A.P.I dengan lagu mereka PELITA. Gabungan band indie POP SHUVIT, ESTRANGED, ONE BUCK SHOT, HUJAN, LOQUE dan AZLAN TYPEWRITER.Muzik yang dipersembahkan rentak ROCK. Gabungaan suara cukup padu, Gimik seolah-olah baru kembali dari berperang aku lihat. Aku tengok makeup AZLAN sebijik makeup macam orang patah tangan..hebat!! Suara Ngam!!
4. SHAHIR - KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
  • Persembahan dari Juara AF8 SHAHIR dengan gimik seorang perempuan berkata-kata sebelum memulakan nyanyian.  Diselang seli dengan suara seorang perempuan semasa menyanyi. Berkabuslah pulak pentas adeyyy..Baju putih dah macam SUPERMANlah pulak. Laa..perempuan yang berkata-kata rupa-rupanya NASHA AZIZ . Adoiii..kena penampaulah pulokk sebagai penutup lagu..kuatlah pulok tuhhh..
5. MEET UNCLE HUSSEIN & BLACK - DRAMAKING
  • Wow..permulaan Rentak Klasikal. Perghhh dah macam Micheal Jacksonlah pulok si BLACK. Backup Dancer muka Macam gimik yang lepas jer..Apa-apa pun suara MANTAP dari BLACK .. Uihh ketatlah pulok seluar si BLACK. Prop takde cuma mengharapkan Backup Dancer dengan Lighting jerr..
6.  HAFIZ -NOKTAH CINTA
  • Seterusnya nyanyian HAFIZ dengan lagu NOKTAH CINTA. Dah macam Herman Tinolah pulok aku tengok rambut AFRO beliau tu. Baju Gabungan Hitam dan Merah. Musik diringi oleh Okestra. Suara MARVELLOUS. Cukup terkawal. Pergahh gimik dipertengahan Kena Tembak..suasana gelap..Muncul kembali dengan Baju Putih seolah-olah beliau telah mati..adeyyy..satu kelainan tuhh
7. ANA RAFALI -  TOLONG INGATKAN AKU
  • Penyanyi ANA RAFALI nama sebenar beliau ANA NURHIDAYAH MUHAMMAD RAFALI (Entah betu tak eja..hehe) pula meneruskan persembahan dimula dengan petikan gitar dari Aidit Alfian. Make Up mak uihhh Eye Shadow mengerlip. Gimik dikurung dalam sangkar bertukar baju dari  baju putih ke baju merah. Adeyy dah buat magiklah pulak peserta kali ini. Mana pegi Identiti ANA RAFALI main GITAR? Bermain dengan Drama pun ada aku tengok.. Simple suara sedap...
8. FAIZAL TAHIR - SELAMAT MALAM
  • Persembahan SUPERMAN MALAYSIA FAIZAL TAHIR dengan Lagu SELAMAT MALAM. Turut menjayakan gimik adalah Norkhiriah, Fatimah Abu Bakar & Anak beliau. Datuk Aziz Satar dan Isteri. Wahh..ada Feel Sehhh.. Stage Berasappp...larikkkkk..hehe..Kenapa perlu ada Asap diaorang nie adoyaiii..Suara Mantap. Gimik Simple tapi touching sehhh..Tahniah
9. ADIRA - KU ADA KAMU
  • Wahhh ADIRA dengan Lagu KU ADA KAMU. Kemerahan . Gimik Turun dari buai dengan berlatarbelakangkan cahaya bercorak berwarna merah. Cehh.. Backup dancer bergayutlkah pulok. Makeup simple jer aku tengok. Props finishing bergantung atas buai tuhh..menarik gak. Suara boleh tahan..Adeyy mana satu aku nak pilih nie..Apa-apa suka tengok gelagat pengacara ELLY, FAIZAL dan CHEYRL
10. BUNKFACE -EXTRAVAGANZA
  • Kumpulan Band Indie seterusnya membuat persembahan iaitu Kumpulan BUNKFACE dengan lagu EXTRAVAGANZA.  Bermula dengan Perlahan diikuti dengan Muzik Rancak. Background Simple.Kawalan suara cukup hebat. Turut serta mengiringi persembahan oleh okestra. Pertengahan nyanyian Slow balik..mmmm..menarik. Suka tengok skrin TV Besar yang memainkan peranan menyerikan persembahan dengan pelbagai warna. Showmanship..oklah...
11. BLACK -SOFEA JANE
  • Siap dalam satu malam jerr lagu nie..hehe..Persembahan dari BLACK dengan lagu SOFEA JANE. Props Kain Merentang disaluti oleh daun kut..dari atas kebawah. Baju Putih menampakkan kegelapan BLACK..hehe..Hitam itu Menawan dan BLACK memang memiliki suara yang mantap. Asap lagi..berkabus atas pentas..adoii..MANTAPPPP BLACK tarik suara...wahhh..finishing BLACK turun pentas..
12.  FAIZAL TAHIR - HANYUT
  • Hahaha...lawaklah ketiga Pengacara nie..So Sweet jadik So Sweattt..hahaha..Lagu seterusnya dari FAIZAL TAHIR dengan lagu HANYUT. Gimik berada didalam kepungan besi jeriji. Bawah jeriji kelihatan macam TV Besar. Perghhh suara MANTOPS..Baju hitam macam baju orang sakit kat Hospital Tanjung Rambutan..hehe.. Admire Spek RAYBAN MIRROR (Rasa-rasa ITALY kut). Wahhhh Gimik Magik lagi ala HOUDINI.. SUPERBBBB Menjadik.. ak Syak lagi,,ini yang aku cari.. Bakal Bergelar Juara..TAHNIAH FAIZAL TAHIR.
13. STACY - JAHAT
  • STACY JAHAT..STACY dengan lagu JAHAT. Pink Background diserta dengan penari. Wahhh..ala GEISHA..Musik agak kurang menyengat jer aku tengok. Tarian pun nampak sama jerrr macam persembahan yang lepas-lepas. Namun suara Class!! Ok..gua admit penari beliau memang superb dari segi pakaian sampailah persembahan tarian. Finishing @ Finale cantik..
14.  HUJAN -  MENCARI KONKLUSI
  • Gelak dengan pengacara Superb Performance dari ELLY dan FAIZAL. Kumpulan seterusnya HUJAN dengan penyanyi NOH membawa lagu MENCARI KONKLUSI. Musik diaorang HEBAT ada POWER. Rancak..adeyy Drummer pulak pakai seluar tight..nak gi mandi swimming pool ker aper..hehe..Gimik gitar kuar api? nie anak aku cakap..aku tak perasan..Laaa..Baju dah macam Borialah pulak.. Penuh dengan Api masa Finishing..
SELESAI SEMUA PERSEMBAHAN PESERTA..SEKARANG TUNGGU RESULT..

Nyanyian dari Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza menyusl selepas nie. Jadik berehat sebentar..debaran semakin dekat..sapa agaknya yang bakal jadi juara..

Sambil menunggu Keputusan. Tiga Diva berlainan generasi iaitu Tiga penyanyi tersohor iaitu Ziana Zain, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Sharifah Aini membuat persembahan. Bermula dengan Nyanyian dari Datuk Sharifah Aini..Wahhh MERAH mak ngah..hehe..Adoii RETRO..ewahh..(sambil goyang kaki..hehe) teringat kasut tumit tinggi dan bell bottom..haha..ehh macam rambut akulah dulu..meriah penari-penari beliau..

Seterusnya nyanyian dari Ziana Zain.. Uihhh..Seperti biasa Stim mata diaaaa..hehe.. Masih maintain seperti dahulu tetap Slim dan Anggun. Lagu mengusik kalbu. Dress cantik Hitam Lip Lap. Make up natural aku tengok. Suara POWERR.. Persembahan Simple namun kenangan pada lagu dan dinyanyi dengan baik oleh Ziana Zain maka cantiklah jadinya.

Datuk Siti Nurhaliza wah macam Puteri lak aku tengok...ehh..macam Tun Teja pun ado..hehe.Bakal jadik sebutan nie karang tudung toncet. Apa-apa pun Performance Superb dari Datuk Siti Nurhaliza dengan suara selunak-lunak durian D24..Sodap tuhh..ahaks. Dalam TV nampak cantik aku tengok Performance dari penari beliau.

Keputusan yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Pemenang untuk AJL 25 (Anugerah Juara Lagu ke 25) bakal memenangi RM10,000 Untuk Persembahan terbaik . RM 10,000 Untuk Vokal terbaik. Tempat ketiga RM12,000 . Tempat Kedua RM15,000 dan Juara RM35,000.


TEMPAT PERTAMA JUARA LAGU
ANA RAFALI - TOLONG INGATKAN AKU

TEMPAT KEDUA
MEET UNCLE HUSSEIN / BLACK - DRAMAKING

TEMPAT KETIGA
HAFIZ - NOKTAH CINTA

PERSEMBAHAN TERBAIK
FAIZAL TAHIR - HANYUT

VOKAL TERBAIK
 HAFIZ - NOKTAH CINTA
 
Tahniah kepada pemenang. Aku cukup berpuas hati dengan persembahan semua artis yang bertanding. Cukup Mantap dan persembahan Cukup hebat. 

9 comments:

  1. Amin - YUPP..Tahniah buat beliau..

    Mknace - Memang Superb persembahan Artis-artis AJL 25

    ReplyDelete
  2. ramai org keluar stadium bile die menang..

    ReplyDelete
  3. siti n ziana memang best giler..aku rasa mcm dieorg plak berentap...

    ReplyDelete
  4. encik Jai dah macam pengulas sukan lakk hehehe

    ReplyDelete
  5. Anon 1 - Laaa..sampai macam tuh sekali. Adatlah pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Lagi pun dah rezeki Ana Rafali.

    Anon2 - Memang tengok dalam TV pun superb. Belum lagi klon Ziana naik Stage, Sure gempak satu Malaysia..hehe..dengar semalam riuh masa ziana nyanyi pasal klon dia over acting..hehe

    Far-east - Hehehe tuhlah pasal..seronok pulak rasanya buat ulasan sesodap rasa..hehe

    ReplyDelete
  6. xsuke ana raffali mng..tp ape pom kna hormat keputusan juri...

    ReplyDelete
  7. shifa - Dah rezeki dia...lain tahun mungkin rezeki orang pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails