08 January 2011

KELANTAN PULAK KENA BANJIR BURUK | PENUTUPAN BEBERAPA LALUAN

Baru petang tadi aku buat entri mengenai Negeri Terengganu yang mengalami banjir buruk,Hari ni keluar lagi berita mengatakan Kelantan pula mengalami nasib yang sama..Adeyyy..dari jumlah 866 orang yang dipindah telah meningkat ke 1008 orang. Apalah khabar diaorang kat sana..Nampaknya banyak laluan telah ditutup antaranya membabitkan daerah Pasir Mas, Pasir Puteh,Tanah Merah dan Tumpat.

Berikut adalah antara laluan yang ditutup kepada kenderaa ringan :

  • Kilometer (KM) 3, Jalan Pengkalan Rakit (Pasir Mas) 
  • Kilometer (KM) 9, Jalan Pohon Tanjung Rantau Panjang (Pasir Mas)
  • Jalan Pohon Tanjung Meranti (Pasir Mas).
  • Kilometer (KM) 3 Jalan Tendong-Bunut Susu-Gelang Mas (Pasir Mas)
  • Jalan Tanah Merah-Kusial-Kampung Ipoh (Tanah Merah)
  • Jalan Cabang Cabang 4/ Kampung Jambu/Meranti (Tumpat)
  • Kilometer (KM) 2 Jalan Banir Belikong-Tasik Pauh pula ditutup kepada semua kenderaan.

Nampaknya keadaan Sungai golok juga dikatakan bertahan pada paras 9.9 meter iaitu lebih dari paras bahaya 9 meter manakala sungai-sungai utama didalam paras berjaga-jaga. 

Aduhh.. Teringat aku masa kecik-kecik bila kampung dilanda banjir. Memang kitaorang tak tidur malam dek berjaga-jaga takut air naik ke dalam rumah. Siap sedia untuk berpindah sekira diarahkan. Aku dapat rasakan macamana penduduk Kelantan Sekarang nie rasakan. Aku doakan semoga mereka selamat dari apa jua malapetaka.

2 comments:

  1. uhhh.. hari2 hujan dekat kelantan... susah nak gerak... dah tahun ke3 duduk sini.. sabo je laaa

    ReplyDelete
  2. Huh. aku baru je bawak bini balik KL sebab baru habis pantang. kalau tak terperangkap la dia kat sana. Tapi machang ok je dan jarang kena banjir neh. nasib baik.


    Terbaru > 10 Kelebihan Coca Cola > Lelaki di Utara Banyak Main Cinta Dengan Wanita Thailand? > Tukar Banner/Link Dengan phreak-id

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails