05 January 2011

HARGA MINYAK RON97 DAN MINYAK TANAH NAIK 10 SEN BERMULA 5 JANUARI 2011

Adeyy..naik lagi..Minyak RON97 dam Minyak tanah naik 10 sen. RON97 dahulunya berharga RM2.30 seliter sekarang dah jadik RM2.40 seliter dan Minyak tanah RM2.50 seliter. Minyak RON95 pula kekal pada harga RM1.90 dan Diesel RM1.80 manakala LPG RM1.90 sekilogram. Cepat betul harga Minyak RON97 naik. Baru sebulan lebih naik dah naik balik iaitu 1 Disember lalu.


Aku rasa dalam masa terdekat pasti RON95 pun akan melonjak ke RM2.00 seliter. Itu sekedar spekulasi aku,tapi dari tahun lepas lagi dah dengar cerita khabar angin yang RON95 bakal naik tahun ini ke RM2.00. Sama-samalah kita tunggu. Kalau naik jugak tahun ini bermakna larilah lagi bujet Minyak kereta. Ingat nak naik basikallah kalau macam nie dari Klang ke KL buleh gitu..hehe

** Agak-agak kalau nak basikal dari Klang ke KL berapa jam ek? Siapa pernah cuba..mehh bagitahu aku..hehe

8 comments:

  1. bagusla minyak naik...tido kt pejabat je...hehehe

    ReplyDelete
  2. sikit hari lagi confirm minyak masak pun naik harga jugak..

    ReplyDelete
  3. Hurmmm.... pada pandangan aku better la dinaikkan HARGA ROKOK sampai ke rm20 untuk cover subsidi minyak nie...

    ReplyDelete
  4. Kalu gitu, banyak la saham akhirat perokok membantu rakyat jelata. Boleh la start kempen 'Merokok sambil beramal' lepas ni.

    ReplyDelete
  5. hmmm...betullah...lari budget petrol utk sebulan..nak kena review budget sikit nih..nway thnx 4 e info..

    ReplyDelete
  6. naik2 itu je tahu..minyak ni.. lepas ni aku nak order kuda je .. boleh bawa g keje takyak isi minyak.. huhu

    ReplyDelete
  7. hampeh la... x de warning nak naik rege minyak.. sume naik harga.. bawang, gula, kelapa... BN.. Baaaaaaaaanyak Naikkkkkk.....

    ReplyDelete
  8. anon 1 - Hehehe..nampaknya kena beli tilam dengan bantallah gayanya..

    ieda - Mungkin naik gak kut Minyak Masak tapi lambat lagi rasanya...

    hazman - Rokok naik RM20 gua rasa perokok start hisap lolipop bro...hehe

    Anon2 - Uihh..panas jer bunyi tu..hehe

    Anon3 - Memang lari..kena pulak sesiapa yang tinggal jauh dari tempat tinggal macam saya nie hah..adeyy

    Myvitrd - Uihh..kuda mahal bro..baik beli basikal roda 3 yang kecik tuh..murah sikit..hehe

    Anon4 - Gua dah terima awal lagi dah cuma tunggu confirmation takut tersalah hari..hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails