02 January 2011

DATUK MISBUN SIDEK LETAK JAWATAN JURULATIH KEBANGSAAN MALAYSIA?

Misbun Sidek letak jawatan menjadi jurulatih perseorangan MALAYSIA? Baru terdengar dalam TV3 yang menyebut Jurulatih Kebangsaan Badminton iaitu Misbun Sidek telah meletak jawatan. Perletakan jawatan beliau telah beliau email ke Persatuan Badminton Malaysia yang berkuatkuasa 31 Disember 2010. Tiada penjelasan setakat ini dari Pihak berkaitan dan juga dari Misbun Sidek sendiri. Ini telah disahkan oleh Pengurus Besar Kenny Goh.


Adoyaii..apa pulak cerita Datuk Misbun Sidek kali ini? Ada kontroversi ke..cehh..Dalam email beliau juga mengucapkan terima kasih kepada BAM. Sama-sama kita tunggu apa yang menyebabkan Datuk Misbun Sidek meletak jawatan. Mungkin ada penjelasan dalam masa terdekat kut sama ada dari Datuk Misbun sendiri mahu pun pihak BAM.

Sayang sekali sekiranya beliau meletak jawatan atas sebab-sebab kontroversi. Tapi sekiranya beliau meletak jawatan atas sebab sebab kesihatan aku sokong. Tengok Datuk Misbun Sidek pun macam kurang sihat jer. Harapan aku sekiranya betul Datuk Misbun Sidek meletak jawatan dari menjadi jurulatih kebangsaan,aku berharap prestasi Datulk Lee Chong Wei janganlah jatuh...

5 comments:

  1. Selalunya kes letak jawatan jurulatih nie sebab masalah dengan pihak pengurusan pentadbiran tapi sama2 kita tunggu penjelasan BAM...

    ReplyDelete
  2. ada benda tidak puas hati kot.. tunggu je apa kata survey..

    ReplyDelete
  3. Princeduyong - Kalau ada masalah kesihatan takpelah kut

    hazman - Tengok berita nanti apa alasan perletakan jawatan beliau

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails