Bila aku fikirkan balik matlamat aku dalam berblogging memang jauh lari dari apa yang aku sepatut aku buat.Keyakinan dan kemampuan aku untuk menulis sesebuah entri yang bermutu masih aku ragui.Apakah korang pernah rasa apa yang aku rasakan? Aku cukup kagumi penulisan dari blogger yang mampu menarik pembaca dengan tulisan yang membuka minda contoh Blogger INI dan SINI. Pembaca rasanya dapat menghayati cerita dari awal hingga akhir.
Mampukah aku menulis sebegini. Mungkin agak jauh penulisan aku dengan mereka namun aku tetap berusaha ke arah itu. Tak semestinya tulisan berbentuk serius tidak ada pembaca mahupun tidak disukai. Sekarang pembaca semakin bijak memikirkan apa yang perlu dilihat atau dibaca.Ada masa dengan tulisan ringkas tapi jauh maksudnya boleh memberi satu kepuasan kepada pembaca. Apa yang aku tulis ini sekadar luahan hati seorang blogger yang tak cukup tegar seperti aku.
Setiap permulaan perlukan satu langkah untuk kehadapan dan setiap langkah perlu ada matlamat untuk dicapai dan setiap matlamat perlu ada satu semangat yang kental untuk berjaya dan itulah yang aku tengah usahakan iaitu matlamat berblogging dengan semangat yang jitu untuk aku terus berada diarena blogging..cehh..apalah yang aku tulis nie..hehe..mintak maaflah sebab korang kena baca entri aku ini yang macam takde kesudahan..hehe..apa-apa pun "keep on blogging and share what ever you want share"..adios..
** Ohh ya..tajuk takde kaitan dengan apa yang aku tulis yer..hehe..tapi agak-agak FASHA menangis tak kalau aku buat entri jiwang..ahaks..ahaks..nie semua gara-gara si EYRIQAZZ sampai melekat nama JEJAI kat aku..anyway Thanks bro for being such a wonderful Friend..

hik3...abisla bro...lepasni mesti fasha pun serba salah untuk membuat pilihan..which one to choose?the real jejai or klon nya?hak3...nyakat2 juga, but knowing u antara perkara paling cool dlm berblogging ini..chaiyok bro..serlah prestasi,tingkatkan promosi..eh,betulke ni?
ReplyDeleteTq bro...blogging is about sharing...so share lah apa yang ang nak share selagi ia boleh dishare..hohoh
ReplyDeletehik2.. tunggu je lah nanti fasha coment dalam twitter dia.. hik2
ReplyDeleteKekadang kita amat tertarik dengan gaya penulisan orang lain.... secara tak langung memberi inspirasi kita menulis dengan lebih baik..... ;-p
ReplyDeleteEyriqazz - Tingkatkan Ilmu untuk lebih produktivity..hehe..ehh..risau lak gua bro..kang betul-betul fasha terpikat kat gua karang jangan..hehe..touching wehhh..hehe samalah bro..nice to have friend macam hang..
ReplyDeleteMyvitrd - Fasha tak balas open twit..dia main DM jer dengan gua bro..ahaks3
hazman - Setuju..hayati penulisan seseorang ia boleh memperbaiki tulisan kita...
bro,aku baru first time tahu kewujudan platform blogpulse yang boleh search backlink dari mana2..aku tak faham sebenarnya benda tu apa semua then tengok2 first sekali keluar dari blog abang jai..dalam hati aku eh apa ni?aku tak faham tapi aku baca je entry ni sampai habis tanpa cek sebarang backlink langsung..tapi bila aku terperasan ada link pada INI dan SINI,owh terkejut nya bukan kepalang..
ReplyDeleteapakah ini??anda membuatkan blogger muda ni terasa segan dan terasa sangat merendah diri down to the earth..aku menulis sekadar apa yang bermain difikiran aku sambil dalam pengertian aku menjadi "pemberontak yang berfikir diluar kotak" (kononnya lah)..selama ni aku fikir macam aku bermain tentang blog ini dalam dunia aku sendiri je bro..
tapi bila aku baca balik semua kat atas tu,aku terasa sangat dihargai..terima kasih sangat2 menghargai penulisan aku selama ini (yang mungkin sekarang macam agak bosan kot,masih kekok menulis semula)..anyway aku nak cakap satu je..aku terharuewwww...terima kasih bagi aku semangat nak terus menulis..terima kasih.
cheers,
sendra,
CEO Kueh Tart.
p/s:sorry aku kalau tulis komen memang panjang2 macam entry..harap tak marah.
:)
Sendra - First time gua jumpa lu kat GATSBY,tuh pun nasib baik kak ina perkenalkan. You do have a good write up. Keep it up bro. Do what you think you want to do,be yourself. Wil always read your entri secara diam-diam sebab nak belajar..hehe..Keep up the gud work bro..
ReplyDelete