Ingin aku perkenalkan kat korang,mungkin korang berjumpa dengan beliau satu hari nanti untuk mendapatkan perkhidmatan beliau. Saudara Abu Bakar seorang tukang kasut yang cukup dedikasi. Sepanjang aku menggunakan Perkhidmatan beliau, setakat ini aku cukup berpuashati.Cukup dikenali disekitar Jalan Sultan Ismail kerana beliau telah berniaga agak lama.
Terdetik untuk berkongsi serba sedikit mengenai saudara ABU BAKAR ini kerana dah lama aku nak tanya beliau beberapa soalan dan akhirnya minggu lepas sempatlah menemuramah beliau secara kebetulan aku nak betulkan tapak kasut aku..(Dah jadi macam wartawanlah pulak aku rasa..hehe). Beliau berniaga diantara tangga Menara Proment dan Menara Dion di Jalan Sultan Ismail.
Terperanjat gak aku bila aku tanya berapa lama dah beliau berniaga kat sini. 27 tahun Berniaga dan beliau dah pun bekeluarga. Menara Promet siap jer beliau dah mula berniaga kat sini. Memang tabik dengan abang nie sebab boleh bertahan agak lama dalam bidang membaiki kasut nie. Dari segi harga, aku boleh katakan harga beliau adalah yang termurah berbanding dengan tukang kasut lain.
Untuk kesenangan sesiapa yang memerlukan perkhidmatan beliau disini aku sertakan harga upah yang dikenakan oleh beliau.
- Sepasang kasut tukar tapak getah kasut Perempuan - RM5.00
- Sepasang kasut tukar tapak getah kasut Lelaki /Sukan - RM10.00
- Sepasang Kasut tukar tapak getah dan tumit kasut lelaki - RM15.00
- Sepasang kasut tukar tapak baru (Bergantung kepada tapak) paling mahal pun aku rasa dalam RM40.00
Macamana? Murahkan.Perlukan perkhidmatan beliau korang boleh singgah tempat beliau berniaga. Cara Paling senang dari Monorel Jalan Raja Chulan ikut jalan tengah menuju ke Bangunan MAS.Korang ikut jalan sebelah kanan nanti korang terserempak dengan Saudara ABU BAKAR nie.
** Ada internet korang boleh layan tengok TV. AXN ada, STAR Movie ada dan banyak lagi. Maklumat lanjut klik DISINI.


Rezeki halal semestinya diberkati.. semoga pakcik ini akan dimurahkah rezeki oleh Allah SWT. :)
ReplyDeletememang cekal dan tabah sungguh en abu bakar tue....
ReplyDeleteWan Zulqhairi - Memang murah rezeki dia..rasa-rasa satu hari boleh dapat lebih 20 customer..lom lagi yang customer tetap..
ReplyDeletehazman - Memang tabik sebab boleh tahan lama dalam bidang ini..memang gua buat kasut selalu dengan dia sebab murah dan teliti..
Saya duk cari sapa la yg boleh supply tapak kasut getah berbgai ukuran utk bb dan dewasa..kalau la dia ada website....nak tempah sole saja coz saya nak buat kasut kait sendiri..
ReplyDelete