07 January 2011

BENCANA BAKAL BERLAKU? | PELIK TAPI BENAR

Fenomena pelik yang berlaku di Amerika Syarikat dan dibeberapa buah Negara seperti Brazil,Sweden,New Zealand,Britian membuat aku terfikir. Adakah bencana bakal menimpa atau ada sesuatu yang diluar jangkaan akan berlaku? Ini mengenai berita terdapat banyak haiwan dalam jumlah yang besar didapati telah mati seperti ikan,burung,Ketam dan macam-macam lagi haiwan.


Apa yang peliknya kebanyakan bintang ini mati mengejut. Pelbagai teori dibuat namun ahli saintis belum menemui jawapan kepada misteri ini. Adakah sesuatu "Benda" yang menyebabkan kematian haiwan ini? Menurut kepercayaan tamadun kuno maya di Mexico,mereka percaya kematian pelbagai spesisi haiwan ini merupakan petanda ketibaan hari kiamat 2012? Wallahualam bi sawab..

Berikut antara kejadian dibeberapa tempat yang merekodkan kematian haiwan-haiwan ini:
  • ARKANSAS ,AMERIKA SYARIKAT - 5,000 Ekor burung Hitam jatuh dari langit secara Misteri.
  • FALKOPING,SWEDEN - 50 Ekor burung ditemui mati disebatang jalan raya.
  • TEXAS,AMERIKA SYARIKAT -  200 Ekor Burung ditemui mati di sebuah lebuh raya.
  • Sungai ARKANSAS,AMERIKA SYARIKAT - 100,000 ekor ikan ditemui mati dipercayai mati akibat perubahan cuaca.
  • MARYLAND, AMERIKA SYARIKAT - 2,000,000 ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.
  • BRAZIL - 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.
  • NEW ZEALAND -  Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui.
  • BRITAIN - 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent.
  • FLORIDA,AMERIKA SYARIKAT - Beribu-ribu ekor ikan ditemui mati terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange..

Ni aku rasa baru sebahagian maklumat yang dilaporkan,aku rasa banyak lagi kes serupa yang tak dilaporkan. Kat dalam Internet pula ada yang buat cerita bahawa ini mungkin konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan. Namun belum dapat dipastikan sehingga kini.Ahli saintis juga masih membuat siasatan terhadap fenomena ini dan berharap akan menemui jawapan.

Agak-agak apalah bala yang bakal menimpa? Kalau dulu sebelum tsunami di Acheh dahulu perkara sama juga terjadi bila terdapat sejumlah besar ikan terdampar dipantai. Adakah sesuatu malapetaka akan berlaku? Sama-samalah kita berdoa moga kita dilindungi dari segala bencana ini. Apa pendapat korang? Adakah sesuatu yang dasyat bakal terjadi? Renung-renungkan..

10 comments:

  1. betul Jejai..aku baca dekat paper burung pon banyak mati.. pelik juga.. aku ingat masa Tsunami..orang jumpa banyak ikan.. doa2 supaya takda malapetaka yang berlaku Jejai.. sekarang ni banyak sangat maksiat

    ReplyDelete
  2. AKU TERTARIK dengan dakwaan yg ckp efek dr tindkn electromagnet bumi yg berubah..

    ReplyDelete
  3. ade la tu kot mane-mane yang tak betul... mungkin haiwan-haiwan di laut pon menderita, sebab kan banyak jugak kes buang minyak kat laut. maybe itulah punca laut dah tercemar, sampai jadi penyebab haiwan2 laut banyak mati.

    ReplyDelete
  4. uiiii peliknya.... kadang-kadang haiwan ni memang lebih tau dulu dari manusia...

    ReplyDelete
  5. Semuga Allah lindungi kita dari mala petaka yang dahsyat itu..

    ReplyDelete
  6. 2012 is true theory? May Allah bless us. Aminn..

    ReplyDelete
  7. Myvitrd - Tuhlah bro..gua dalam minggu nie rasa-rasa dah terbaca banyak kali bende nie..tapi malas nak cerita. Tapi nak kongsi gak hal nie tuh pasal gua buat entri..

    J.M.R. - Ada kemungkinan gak kot teori tuh..tak silap Bumi memang terdapat elektromagnet dalam perut bumi kalau tak silap..tapi apa kaitannya ek?

    Piah Becok - Ada gak kemungkinan..tapi yang persoalannya burung-burung tengah terbang tetiba terjatuh..kalau betul ada pencemaran bahaya tuhhh..

    Innanie - Tuh kelebihan yang ada pada haiwan..naluri haiwan memang kuat...

    Kakyon - Aminn..moga-moga begitulah hendaknya..

    velasrizal - Kemungkinan gak kut atas setiap kejadian..

    Shahrul - That is what im worried bro..adeyyy

    ReplyDelete
  8. ikan keli hidup dkt laut ek?

    bukan ke ikan keli hidup dkt sungai2..tapi macam mana ley ada dekat persisir pantai pulak???

    COPIPES ek??? :P

    yg Labi-Labi tahu ikan sembilang yg duk dkt laut..

    Singgah & Follow Blog Labi-Labi NineMustafa
    & JariPlastik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails