Sekadar nak kongsikan kerisauan aku dengan cuaca sekarang. Keadaan Hujan yang sering berlaku seawal pagi dan malam cukup menduga aku bila nak pergi kerja dan balik kerja. Dua hari lepas waktu pagi Federal Highway Banjir berhampiran nak masuk simpang ke Jalan Universiti,nak tak nak aku terpaksa masuk opis lambat. Serupa juga pada hari isnin ker selasa, kalau sesiapa ikut federal Highway menghala ke Subang sewaktu nak balik dalam pukul 5.00 ke 5.30 confirm sangkut disebabkan Hujan dan Pokok Tumbang.
KEADAAN SUNGAI GOLOK PADA 2 DISEMBER MELEBIHI PARAS MERBAHAYA
Tapi tu taklah seteruk mana dengan apa yang dihadapi oleh penduduk di Terengganu. Keadaan bertambah buruk disebabkan hujan turun sejak dua hari lepas. Risau gak sebab ada gak sedara tinggal kat sana.Antara Kawasan yang terlibat dengan Banjir di Terengganu adalah Hulu Terengganu, Setiu, Daerah Kemaman, Dungun dan banyak lagi rasanya yang terlibat dengan banjir. Dibawah aku sertakan beberapa Sungai di Terengganu yang mencatatkan keadaan Paras Sungai Kredit BERNAMA :
- Sungai Besut di Jambatan Kruak kini setinggi 35 meter berbanding tahap bahaya 33 meter, di Kampung La setinggi 19.20 meter (bahaya 17.20 meter) dan Jambatan Jertih 8.90 meter (bahaya 7.30 meter).
- Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja 37.50 meter (bahaya 35 meter), Kuala Jengai 19.80 meter (bahaya 18.30 meter), Jambatan Jerangau 12.50 meter (bahaya 10.90 meter).
- Sungai Kemaman di Jambatan Tebak 21 meter (bahaya 19 meter), di Jambatan Ban Ho 19 meter (bahaya 17 meter), Jambatan Air Putih 15 meter (bahaya 13 meter).
- Sungai Terengganu di Kampung Menerong 26 meter (bahaya 24.50 meter) dan di Kampung Dura 16.80 meter (bahaya 15.30 meter) dan Sungai Setiu di Kampung Besut 18.40 meter (bahaya 16.40 meter), Jambatan Chalok 10 meter (9 meter) dan Ibu Bekalan 8.10 meter (bahaya 7.30 meter).
Aku harap keadaan di Terengganu pulih secepat mungkin hendaknya dari Banjir yang melanda. Kepada yang berada di Terengganu yang terlibat dengan banjir ini diharap bersabar menghadapi musibah yang melanda.Aku doakan semoga semuanya dilindungi dari bencana yang menimpa.
** Bila Musim Hujan melanda, ambillah langkah berjaga-jaga..
hujan x henti..kat sini pun hujan aje...
ReplyDeletekalau dkt gombak ni hujan saya gembira sbb sejuk.. tapi kalau kat sana hujan.. kesiannyaa
ReplyDeleteJungRara - Hang kat mana wehh..hehe..kat Klang pun sama gak hujan
ReplyDeletenazihahisa - Uihh..jangan kalo naik Sungai gombak takut bah nanti..mmm..kesian
ReplyDeleteskunk kat perlis..hehe
ReplyDelete