Perghh..keadaan Banjir di Kelantan makin buruk..adeyy..Semalam Sungai golok berada pada paras 9.90 meter sekarang dah naik lagi pada paras 10.28 Meter. Sungai-sungai utama berada didalam langkah berjaga-jaga. Aku terbaca Maklumat ,Perniagaan Di Rantau Panjang tidak beroperasi disebabkan digenangi oleh air dan terputus hubungan gara-gara banjir ini sedalam satu meter. Pagi tadi pusat pemindahan telah menerima 1571 orang yang terlibat dengan kawasan banjir.
Semalam seramai 1008 orang telah dipindahkan dan terkini ia telah mencecah 2,084 peningkatan 50% orang telah dipindah ke pusat penempatan sementara. Aku rasa keadaan semakin bertambah buruk nampaknya. Laluan masih ditutup kepada lalu lintas. Pusat penempatan ssebanyak 23 telah dibuka berbanding pada pagi tadi iaitu kira-kira 19 buah tempat penempatan sementara.Sama-samalah kita berdoa agar penduduk kelantan selamat semuanya.
No comments:
Post a Comment