Akhirnya bekas penyanyi Peterpan iaitu ARIEL @ Nazril Ilham telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah di Bandung setelah melalui perbicaraan yang menjadi tumpuan ramai pemerhati dari dalam dan luar Indonesia. Hukuman Penjara selama 5 Tahun dan Denda sebanyak RP250 Juta bersamaan RM85,000 telah dikenakan setelah beliau didapati bersalah atas tiga sebab.
Pertama Perbuatan beliau dianggap meresahkan masyarakat dan menjadi salah satu isu nasional. Kedua kesalahan melanggar tatasusila dengan tersebarnya video melalui internet sehingga ditonton oleh masyarakat dan ketiga beliau telah didapati sebagai seorang yang disahkan sebagai pelakon didalam video yang tersebar.
Disamping itu beliau sebagai seorang "Public Figure" seharusnya menjadi contoh namun sebaliknya memutar belitkan maklumat keterangan ketika perbicaraan. Beliau juga didakwa tidak menyesal apa yang telah beliau lakukan. Adeyy. Aku nak alih bahasa dari maklumat yang aku baca pun agak susah disebabkan kekeliruan bahasa.
Apa yang pasti beliau telah dijatuhkan hukuman dan didapati bersalah atas perbuatan yang beliau sendiri cipta. Apa yang aku harapkan agar beliau bertaubat dan berubah selepas ini. Apa pendapat korang perlukan diberi peluang kedua buat ARIEL?

boleh pulak tak rasa bersalah..
ReplyDeletelagi satu kan,kalau kat Malaysia ada artis buat hal camni,haram nak masuk mahkamah.
che'ila - Tuhlah heran gak..adeyy..ada gak masuk pastu senyap
ReplyDeletehmmmmm entahlah hukuman duit boleh aja bayar kan
ReplyDeleteBerapa harga emas untuk 2011?
Hello! Singgah sini lepak-lepak jap tadi dan ohh polo anda!
ReplyDeleteBtw lawa blog and happy blogging! And happy new year! :)
Psst : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!