08 January 2011

APA ERTINYA GOOGLE SEARCH PADA KORANG SEMUA?

Google Search? Apa yang korang faham mengenai Google Search? Apa yang aku tahu mengikut pendapat peribadi aku yang tak seberapa ini,Google Search adalah engine pencarian yang mana setiap orang akan menggunakkannya dalam mencari maklumat. Apa pentingnya kepada Blogger. Tersangatlah penting. Maklumat ini sesuai kepada blogger-blogger yang masih baru.


Ok disini aku bagi contoh paling senang kenapa ia penting kepada setiap blogger. Sejak dari aku mula berblogging hingga ke saat ini,aku telah berjaya membuat entri sebanyak 1,182. lebih Setahun punya kerja. Jadi kalau korang buat pencarian Google Search TERATAKARMO korang pasti terperanjat kerana korang bukan jumpa 1,182 entri tetapi terdapat lebih 50,000 link yang korang boleh perolehi.

Apa ertinya semua ini? Hah..ni korang kena mengerti dan terima hakikat bahawa pencarian terhadap TERATAKARMO dalam Google Search telah menjadi berganda sebanyak 50 kali ganda dari entri sebanyak 1,182 , bermakna dalam pencarian, peluang blog korang untuk dimasuki adalah mudah sekali. Inilah yang dinamakan kuasa backlinks. Ia penting kerana ia dapat memaksimakan kemasukan trafik ke dalam blog korang.

Dari itu jangan lupa untuk membuat entri sebanyak mungkin dan pastikan setelah entri dibuat korang 'PING' kan entri korang di website yang menyediakan perkhidmatan 'PING' agar ia dapat tersebar luas di alam siber. Yang paling penting buatlah entri yang terbaik agar sama-sama mendapat faedah darinya.

4 comments:

  1. tq.tq.. bro..nie tips yg ditungu2..
    :)

    ReplyDelete
  2. nak tanye, teratakarmo selalu ping blog katne??
    ni baru nk bertatih tingkatkat traffic blog yang xseberapa...
    contest : http://lensadanfoto.blogspot.com/2011/01/kaspersky-antivirus-topup-percuma-dari.html

    ReplyDelete
  3. hurmmm... selalu gak nampaknya blog bro dalam 1st result dalam google search...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails