Bila aku baca aku tersenyum. Teknik yang digunakan oleh anak aku yang berada dalam Darjah 2. Dek kerana takut kertas lukisan beliau kena curi,beliau siap buat amaran kat folder yang menyimpan kertas lukisan beliau. Mungkin sebelum ni banyak kertas lukisan beliau hilang kut sebab itu beliau mengambil inisiatif untuk membuat satu "Clause" Amaran kepada sesiapa yang cuba mengambil kertas lukisan beliau...hehe..
Aku pun tak terfikir nak buat kat Folder beliau. Ok jugak idea beliau ini,sekurang-kurangnya orang yang nak mencuri barang beliau berfikir dek ayat yang ditulis..Namun susah jugak kalau dah namanya budak-budak,kertas tetap hilang jugak. Tapi sekurang-kurangnya beliau berdakwah secara halus agar pencuri rasa bersalah dan mengajar orang lain jangan mencuri.

baguss laaa anak Jai punya amaran...teringat zaman sekolah rendah dulu suka cakap camtue kalau nak tempah tempat duduk dalam kelas... ;)
ReplyDeletewahhh... bangga seh... kem salam kat anak inche Jai. nak apply kat opis la plak, a4 paper asik ilang jek.. haha, anyway, ping tu ape kebende nye?
ReplyDeletejangan pandai2 nak mencuri
ReplyDeletememang baguslah anak2 hang ni jejai..kecik2 dah faham..kalau buat jahat mesti ada balasannya.. macam nilah anak yg soleh..
ReplyDeleteHahahahaha.... memang pandai psiko la anak bro nie.... confirm member tue tak berani curi lagi...
ReplyDeletewah... ok gak... nanti aku nak buat kat anak aku gitu la... tp suh dia yang tulis..
ReplyDeleteerkk.....anak aku tau ker tulis pepanjang.....hehehe
Sumijelly.com
teringat ms belum dewasa dulu :p
ReplyDeletetulis alif lam lam ha, sapa curi berdosa
ReplyDelete