Apa ertinya blogging kalau entri sekadar ala kadar? Kalau blogging ala Nasi Kandar barulah kita dapat nikmati erti blogging yang sebenar. Aku cuba fahami erti blogging sebenarnya. Adakah sekadar menyampai maklumat sudah cukup untuk kita bergelar blogger? Aku bukanlah blogger tegar jauh sekali ingin menuju ke arah itu. Aku cuma ingin jadikan medan blogging sebagai medium berkongsi maklumat,cerita,pendapat dan apa sahaja yang terlintas diminda aku apa yang ingin aku kongsikan.
Bila aku mula berblogging aku langsung tak dapat menghayati apa itu blogging. Makan kenyang tido pun lena..hehe..Dua orang yang sering menjadi subjek utama aku bila berblogging adalah EYRIQAZZ dan MELROMEO. Banyak fahaman yang diaorang ajar kat aku yang aku terima dan tak pernah aku tolak namun aku masih gagal menghayati nilai sebenar berblogging. Mungkin aku terikut-ikut rentak aku sendiri tanpa mengikut rentak mereka.
EYRIQAZZ bakal mencipta sejarah,mungkin dalam masa kurang dari tiga tahun bakal turut serta PROJECT ALPHA, silap-silap tahun ni kalau takde aral melintang. Inilh ramalan aku bukan ramalan si Sotong Paul yang telah menemui ajal. MELROMEO semakin rancak memberi ilmu kepada blogger yang ketandusan ilmu.Itulah kehebatan beliau yang tidak kedekut ilmu. Ramai aweks beliau telah berjaya termasuk si RINA SALLEH si Gadis Melayu..hehe..Namun beliau tetap sempoi.
Ehh..ni aku malas bila menulis panjang-panjang. Kang korang ingat aku blogger Serius pulak. Walaupun muka aku serius and some people says muka aku iras JEJAI sebenarnya si JEJAI tu iras muka aku..hehe ,jauh disudut hati aku ada bunga dalam taman..wakakaka..arghh sudah aku dah mula melalut..dah..dah..cukuplah setakat ini yang ingin aku tulis apa yang ada dalam minda aku saat dan tika ini. Kalau disambung mau sampai ke pagi tak habis..
Bila korang rasa nak buat entri adakah korang buat enti secara jujur? Persoalan yang sering bermain di kepala aku. Macamana dengan korang?


Aku anggap berblog ni macam terapi minda.. Daripada dok bercakap sorang baik luahkan aje perasaan kita. Kalau nak luahkan kat wall FB tak elok pulak.
ReplyDeletecam misai P Ramlee ka misai Sivaji....ihiikks
ReplyDeleteanggap saja kita berdakwah dalam blog, heheh..
ReplyDeleteberblog memang kekadang menguji ketajaman minda untuk berfikir.. apa yang penting ilmu, pendapat dan maklumat yg dikongsi adalah benar dan bukan palsu.. teruskan berbloging jejai..
ReplyDeleteSelagi teratakarmo wujud insyaallah aku masih setia mengunjunginya..
Tapi memang rupakau dengan Jejai Fasha tu seiraslah bro.. hik2
meh lawan dengan misai bro pulak.. antara misai yang xreti di uruskan
ReplyDeletesesungguhnya ramai pembaca dan visitor blog nie dah sebati dengan cerita ngan post blog nie....setiap hari pasti diorang ternanti-nanti nak baca new update dari bro...
ReplyDeleteSawn - Setuju. Salah satu cara untuk mengaktifkan minda. Namun kena hati-hati agar jangan terlebih..
ReplyDeleteMamawana - Hehehe..Sivaji eyriqazz yerlah kut..hehe..
Azman - Dakwah terlalu besar dab berbagai cara..setuju cuma harus berhati-hati agar tidak menganggu sensitivi..
Myvitrd - Thanks bro..ayat-ayat merangsangkan aku untuk terus berblogging..choyy..sempat lagi tuh..hehe
Bro Framestone - Uihhh..gua malas nak simpan kang luruh misai bro karang..hehe
Hazman - Thanks bro atas support..nanti sama-sama kita carik mana ada mee kolok ek..hehe