31 October 2010

KEMALANGAN DI GENTING SEMPAH | PEMANDU MOHON MAAF




Akhirnya pemandu yang menyebabkan kematian 7 penumpang kemalangan di Genting Sempah membuat permohonan terbuka kepada semua pihak terutama keluarga mangsa. Beliau yang patah kaki kanan kini di tahan reman. Beliau mengaku kesilapan beliau? Ni aku tak faham kejap kata Brek tak makan..what everlah..Point aku siapa yang harus dipersalahkan dalam kes ini?

Ok ini aku punya pendapat ek,takde dibawah pengaruh mana-mana pihak melainkan tulusss dari hati aku. Aku salahkan SYARIKAT BAS yang mengaji pemandu ni. Kenapa? Kerana apa ke jadah bagi orang naik BAS yang aku rasa tak cukup diselengara,lepas tu bagi pemandu yang lesen dah mati bawak kenderaan.. Adeyy..Memang patut kena saman pun SYARIKAT BAS nie.

Ada juga kebenaran pasal apa yang dikatakan pemandu BAS nie..

"Saya bawa bas pun kerana terpaksa, anak tiga orang masih belajar, isteripun tak kerja, malah rumahpun kena bayar jugak, oleh sebab itu, terpaksa kerja sini," katanya.

Statement ni yang aku tak puas hati mengenai SYARIKAT BAS nie..dah tahu pemandu takde lesen nak gak suruh bawak..adeyyy

"Mereka (syarikat) paksa saya dengan mengatakan bahawa driver bas tak ada, jadi perlukan bantuan saya, tolonglah...tolong..., driver bas tak ada, you datang Genting sini (bawa bas)," katanya.

Aku harap hukuman yang berat dikenakan kepada SYARIKAT BAS tersebut agar dijadikan pengajaran kepada semua SYARIKAT BAS kat Malaysia ni. Sampai bila mangsa yang tak berdosa menjadi mangsa oleh kerakusan pihak SYARIKAT yang mementingkan keuntungan semata-mata. Apa pendapat korang? Sama pendapat dengan aku tak?

DiGi ANGELS INTERNET GATHERING | BLACKBERRY BOLD 9700 MILIK AKU?




Baru nak update kisah DiGi Angels Gathering @ Grand Modestos. Yang lain Semua dah update rasanya. Aku dahlah kamera takde,Lappy pulak Skrin Monitor Pecah. Nasib baik adik aku sanggup pinjamkan Lappy beliau kat aku buat sementara waktu.Bernafaslah kejap blog aku. Tengoklah mungkin minggu depan aku ingat nak tukar monitor Skrin Lappy aku..bergantung kepada keadaan. Ambik Monitor yang 2nd hand kut.(Janji boleh nampak)

HAPPENING!! (WARGHHHHHH..DIAORANG TAK TUNGGU AKU...) - KREDIT TIANCHAD

Ok berbalik dengan Makan-makan kat Modestos hari Jumaat lalu, ramai yang hadir yang aku tak kenal akhirnya aku kenal. Yang aku kenal ramai jugak. Geng talibarut pun ramai gak yang datang. Cukup meriah dengan gelagat-gelagat blogger. Memang kalau DiGi punya Event pasti tidak mengecewakan. Sebelum buat entri nie aku gi blogwalking cari gambo dulu. Aku cilok sikit-sikit gambar diaorang ambik..jangan maree ek.

KREDIT EYRIQAZZ & TEHTARIKMEMOIRS..ANTARA GAMBO YANG BERJAYA AKU ROMPAK..SORANG LAGI REVIEWER YANG HARI HARI BERCINTA..MYVITRD AHAKS

Hari yang cukup bermakna bagi aku hari tu. Buat pertama kali aku diberi peluang untuk membuat "REVIEW" produk dan yang bestnya aku kena "REVIEW" BLACKBERRY BOLD 9700 SMARTPHONE dan yang tak bestnya aku dapat merasa menggunakannya hanya untuk dua minggu (kan best kalau diaorang terus bagi jer kat aku). Namun DiGi telah bermurah hati dimana setiap REVIEWER akan berpeluang memenangi produk ini sekiranya REVIEW mereka dapat menarik perhatian DiGi.

Lima Smartphone telah diberi sementara kepada REVIEWER untuk di REVIEW dan sekiranya REVIEW mengenai produk tersebut dapat memikat para juri maka produk tersebut menjadi hakmilik kekal si REVIEWER..Ehhh aku nakkkkk..Macamana pengundian siapa bakal memiliki Produk tersebut aku tak pasti,tapi rasa-rasanya berdasarkan REVIEW barangan dan komen pembaca kut. Aku akan cuba memberi yang terbaik untuk membuat REVIEW.


GAMBAR KREDIT TEHTARIKMEMOIRS - TAK RUGI JEMPUT AKU MAKAN

Terima Kasih DiGi dan NUFFNANG diatas jemputan dan juga diatas kepercayaan kepada aku untuk membuat "REVIEW" BLACKBERRY BOLD 9700 SMARTPHONE. Jadi sesiapa yang nak komen (yang tak puas hati dengan produk ke atau yang puas hati dengan produk) kat REVIEW mengenai BLACKBERRY BOLD 9700 SMARTPHONE dipersilakan. Tapi bagilah aku masa pakai dan belajar dulu ek. Bila dah mahir sikit baru aku buat REVIEW cara aku.

Keseluruhan Majlis Cukup happening dan tahniah sekali lagi Kepada DiGi dan NUFFNANG dengan penganjuran Majlis ini. Pertama Kali jumpa jejaka rebutan gadis-gadis JOEGRIMJOW, KAIZEN,ANDYHOWT,MIRO dan SPEC (Jejaka rebutan LengLoi..hehe)..Diaorang nie satu Team dengan aku. Kitaorang gelar Team Kitaorang Model DiGi RAWK!! Memang RAWK..buat aku rasa sebaya dengan diaorang..ahaks..ahaks. DiHarap DiGi dan NUFFNANG dapat menganjurkan Majlis seperti lagi dilain hari..

** Rugi daa..tak amik gambo dengan rakan-rakan lain( Manager Kak Ina, Chearmster, si Vinnie )..adeyy..Tunggu Entri aku mengenai BLACKBERRY BOLD 9700 sikit hari lagi..ni tengah nak godek-godek benda alah..nie..adeyy

30 October 2010

KELANTAN CUTI ESOK | CUTI PERISTIWA ATAS KEJAYAAN MENJUARAI PIALA MALAYSIA




Wahh..Kelantan dapat Cuti Peristiwa.. TAHNIAH!! Aku Sokong Kelantan dapat ke tidak Cuti Peristiwa?  Confirm Esok Cuti TOK GURU Menteri Besar dah warwarkan melalui wakil beliau. Confirm Esok pun aku cutii..hahaha..Terima Kasihh..Esok hari ahad memang aku cuti pun...hehe..Confirm Wehh..aku baru dengar Wakil Menteri Besar buat pengumuman..


TAHNIAH KELANTAN!! YANG TERBAIK ADALAH JUARA

KEPUTUSAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010 | KELANTAN JUARA!! | COMEL KELATE COMEL




Perlawanan yang cukup sengit dari awal permainan cukup menarik sekali. Saling balas membalas. Keputusan Akhir Piala Malaysia 2010 kali ini cukup memuaskan hati aku terutama dari segi permainan yang dipamerkan oleh kedua-dua pihak. Hanya yang terbaik menjadi juara. Sememangnya KELANTAN selayaknya mendapat gelaran JUARA.

Tahniah kepada JUARA kerana mempersembahkan semangat juang yang tinggi. Pasukan Negeri Sembilan juga sepatutnya diberi pujian atas semangat dan permainan yang cukup mantap. Namun nasib tidak menyebelahi mereka. Sokongan padu dari penyokong-penyokong menyuntik semangat pemain,namun aku kecewa dek segelintir penyokong.

Macamana boleh terlepas bahan larangan ke dalam Stadium? Ni yang aku hairan. Nampaknya pemeriksaan jelas sekali longgar. Ikutkan hati aku bagi hukuman seberat-seberatnya kepada sesiapa yang membawa bahan larangan nie. Bukan apa kalau terkena dek penonton tak pasal-pasal jadi satu kes atau lebih teruk lagi ada yang cedera..

TAHNIAH KELATE...GOMO KELATE GOMO

LAGI KEMALANGAN MELIBATKAN BAS | 7 MAUT KEMALANGAN DIGENTING SEMPAH




Lagi Kemalangan yang melibatkan BAS. Adeyyy..Kali ini kemalangan yang berlaku di KM38 Genting Sempah. Seramai 7 orang belia 4B kedah,Baling Maut sementara 39 orang termasuk pemandu cedera. Kemalangan berlaku bila pemandu BAS membrek mengejut menyebabkan kesemua penumpang tercampak kedepan dan BAS terbalik.


Aduhh..aku nak ceritakan pengalaman diaorang yang menaiki BAS nie pun tak sampai hati. Ada sorang penumpang yang telah kehilangan adik beliau turut mencerita detik detik kemalangan bila adik beliau terseret ke dalam longkang. Seorang lagi mangsa kemalangan pula yang masih trauma masih belum mengetahui bahawa kaki kanan beliau hilang.

Kenapa masih berlaku kejadian sebegini? Mengikut perangkaan kemalangan yang dah lepas, setahu aku kebanyakan kemalangan berlaku atas kesilapan Manusia tapi kali aku agak mungkin keadaan kenderaan itu sendiri. Bahaya wehh..satu tindakan drastik kena diambil oleh pihak berkaitan. Ini pendapat aku. Apa pendapat korang?

HAPPY BELATED " PENGANTIN BARU " SITI ROHANI HASHIM @ ROE




Maaf Aku pinta buat kedua pasangan ini. Bukan aku sengaja untuk tidak hadir majlis korang. Tapi ada sebab-sebab yang munasabah yang aku tak dapat elakkan..Aku dah standby dah nak ajak Daydeck untuk pergi sama amik gambo..tapi nak buat macamana. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan..


Cehh..macam orang nak bercinta pulak entri aku kali nie..hehe..nie hah aku nak mohon maaf dari Pasangan Pengantin yang masih baru lagi nie..si ROE dan Suami atau beliau lebih glemer dengan blog beliau yang mempunyai URL terpanjang dalam satu bentuk nama..hehe.. Rugilah aku tak pegi..

Apa-apa aku ucapkan Selamat Pengantin Baru semoga Berkekalan hendaknya. Nanti hang nak buat cukur jambul anak hang jemputlah yerrr..hehe..Sekali lagi Jutaan Maaf aku pinta atas ketidakhadirian datang ke Majlis yang cukup gemilang,buleh lawan Dato SMS wooo..hehe

TAHNIAH RINA SALLEH | BLOGGER YANG MENANG PERTANDINGAN GADIS MELAYU

Tahniah aku ingin ucapkan kepada RINA SALLEH atas kejayaan beliau menjadi juara GADIS MELAYU. AKu tak berapa kenal sangat dengan RINA ni. Aku kenal dengan RINA SALLEH semasa MELROMEO yang terkenal dengan ke "ROMEO" an (ahaks..jangan maree)menganjurkan Gathering PaintBall kat K KLUB dulu..


Apa yang aku boleh katakan RINA ni kira peramah gak..untung si MELROMEO..hehe..Jangan korang lupa RINA SALLEH ni juga seorang blogger tau..Rezeki dia,cukup beruntung.Tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada beliau atas kejayaan ini. Semoga beliau terus berjaya hendaknya..

29 October 2010

KEPUTUSAN PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA 2010, SIAPA JUARA?




Kehangatan Perlawanan BolaSepak Akhir Piala Malaysia 2010 pasti meriah. Perlawanan Ulangan antara Kelantan dan Negeri Sembilan sudah tentu menyajikan corak permainan yang mantap kerana masing-masing bersemangat untuk menjuarai Piala Malaysia 2010.Diharap kedua-dua pasukan dapat mempamerkan permainan berdasarkan semangat kesukanan yang tinggi dan "SKILL" tersendiri.



Teringat aku kembali kisah kegemilangan Bolasepak Malaysia pada zaman dulu. Memang penuh Stadium bila pasukan kegemaran masing-masing turun padang. Tak payah tunggu Final, Stadium gerenti penuh.Tak silap aku itu pada zaman tahun 90an dan aku sendiri pada waktu itu memang "FIT" dari segi stamina dan hantu bola. Bulan Puasa pun sanggup berlatih..

Terasa macam masuk dalam SEMI PRO pulak waktu itu. Kena pulak dalam TEAM aku 3 bekas pemain kebangsaan SARAWAK turut serta didalam pasukan aku iaitu RAZIF ISMAIL,ZAIDAL SAKUP dan juga pemain yang cukup terkenal pada masa tu iaitu ABU BAKAR AMRAN.Memang bila cakap pasal Bola inilah antara memori indah sepanjang penglibatan aku dalam dunia Bolasepak.

Ehh..terlajak pulak cerita aku.Ok Berbalik kepada Perlawanan antara Kelantan dengan Negeri Sembilan. Korang sokong team mana? Aku pilih GOMO KELANTE GOMO..hehe..Kenapa? Sebab bila cerita tentang bolasepak terutama mengenai Posisi, aku merupakan Penjaga Goal @ GOALKEEPER. Kelantan memiliki Penjaga Goal yang mantap iaitu KHAIRUL FAHMI CHE MAT yang baru berumur 21 tahun.

Jadi segalanya bakal terjawab esok sama ada KELANTAN atau NEGERI SEMBILAN akan memenangi PIALA MALAYSIA 2010. Dari pengamatan aku kedua-dua pasukan memiliki kekuatan yang seimbang. Sukar untuk dijangka siapakah yang bakal menjadi juara.Apa-apa pun aku harap penyokong kedua belah pasukan tidak akan melakukan perkara yang mungkin boleh mencemarkan perlawanan. Jadi siapa pegi tengok perlawanan esok? Mesti Jammed..aku tunggu keputusan kat rumah je lah...

GADIS DIBUNUH DISUMBAT DALAM BEG PAKAIAN




Apalah nak jadi? Manusia serupa Binatang nie cukup kejam sekali. Punca tak tahu tapi kalau dilihat memang pembunuh ni dah hilang akal agaknya. Ni hah pasal Mayat seorang gadis belasan tahun yang ditemui dibelakang sebuah bengkel kat UKAY PERDANA,Hulu Kelang. Risau aku dengan tahap pemikiran manusia sekarang yang seakan-akan dah tak tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk.


Mayat yang masih "Segar" lagi bermakna baru dibunuh,berpakaian gaun biru paras lutut, berkulit sawo matang dan berambut lurus mencecah bahu, tidak diikat telah disumbat ke dalam Beg Pakaian dengan keadaan berlipat.Namun tiada kecederaan luar dikesan pada badan mayat mangsa.Arghhh..apalah ke bodohnya manusia yang membunuh gadis ni?

Risau aku dibuatnya. Kalau terkena anak gadis korang, saudara mara,rakan taulan macamanalah penerimaan agaknya. Aku pasti ibubapa mangsa akan terasa pilu bila anak gadis mereka menemui ajal sebegini. Aku harap pembunuh akan dapat ditangkap dan diberi hukuman yang seberat-beratnya.

PARAH!! PATAH KAKIKU




Terasa patah kaki betul..adey..siksa gak kalau dah takde. Banyak juga nak dipakai kalau diteruskan niat. Nampaknya aku terpaksa lalui dugaan ini tanpa perlu rasa kesal. Dah nak terjadi nak buat macamana.Memang sah aku kena buat pilihan yang agak sukar kena buat. Pilihan yang berlandaskan akal fikiran yang waras. kalau diteruskan niat dengan akal tak waras maka jadi tak waraslah aku lepas tu.

Masih dengan kisah LAPTOP aku pecah daa..Satu pilihan adalah aku kena beli monitor Flat SCREEN pastu sambung kat LAPTOP aku..bermakna LAPTOP aku akan bertukar jadi NOTLATPOT..adeyy..tension..tension..kena carik alternatif lain lepas nie. Nak kena join contest DENAIHATIlah gamaknya kalau nak dapat LAPTOP Free. Aku tengah pertimbangkan,mungkin jugak aku akan turut serta bergantung kepada Mood aku nak Blogging.

28 October 2010

A.C MIZAL NYARIS DIPENJARA?




Beliau bernasib baik. Itu yang mampu aku katakan kat A.C Mizal.Kalau tak kena merengkuk dalam penjara selama 25 hari sekira beliau tidak dapat menjelaskan tunggakan nafkah anak berjumlah RM9,800. Disamping itu beliau juga didenda RM1,500 kerana gagal menghantar penyata kewangan syarikat miliknya kepada bekas isteri, Shafnie Zainudin, 35.


VS


Aku sebenarnya pernah sekali pergi berkursus dengan Shafnie Zainudin. Namun aku tak berani nak komen pasal beliau kerana bagi aku itu terlalu sensitif. Kalau salah kata tak pasal-pasal aku pulak yang kena saman. Apa-apa pun beliau bolehlah dikatakan peramah jugak, tapi aku tak pernah bersembang dengan beliau pun semasa kursus.

DUGAAN SEORANG BLOGGER ADOIIYAIII




Dugaan..buat masa sekarang aku patah kaki buat sementara disebabkan satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku kepada aku semalam. Beg yang aku bawak yang dimuat LAPTOP DELL aku tetiba terputus semasa berjalan. Kalau ikutkan terjatuh takdelah tinggi sangat kedudukannya. Aku tak berani nak bukak beg sampailah orabng rumah aku nak guna masa dalam kereta. Dap Dup Dap Dup..perasaan aku semacam jer rasanya. Seperti yang aku dugaan.

MALAPETAKA!!! Monitor Laptop aku pecah..adeyyyyy..menjerit dalam hati..hancussss..Macamana aku nak blogging nie? Aduhh..Pagi nie aku gunakan Komputer kat opis. Nasib baik diorang tak "Block" buat masa sekarang. Nak "Tweet" Confirm takleh pakai line opis. Jadi aku kena menghilangkan diri buat seketika dari dunia "TWEET". Tengah survey dipasaran berapa harga untuk Monitor Laptop 13.3 in DELL INSPIRON 13Z.

Aku dah "Check" dengan DELL ingat termasuk dalam warranty..rupa-rupa tak masuk warranty. Diorang kata boleh ganti tapi kena renew Warranty dibawah pakage "Accidently" amende entah...Harga monitor kalau aku beli direct dengan DELL dalam RM1,200.00 (Mak datukkk...dalam hati aku menjerit lagi) tapi kalau nak murah renew Warranty dalam RM800.00 (Aduhhhh..mahalnyerr). So keputusan belum tahu lagi..

Ada sesiapa yang boleh bagi cadangan tak? kat mana aku boleh dapat monitor yang murah? (Target aku kat lowyat jer) dan sesiapa yang pandai IT tu..agak-agak Monitor ni boleh tak kalau aku pakai monitor jenama lain. Semalam aku "Check" boleh dapat 2nd punya monitor pada harga separuh (Tapi aku rasa susah jugak nak dapat).Nampaknya patahlah kaki aku dalam berblogging nie buat seketika...

Namun update tetap update..kena korbanlah sikit.Blogging tetap Blogging. Bilalah agak-agak NUFFNANG nak buat kontest yang ada hadiah pasal komputer,mungkin boleh aku cuba..kut..kut ada rezeki..Arghhhh..tension..tension..Mesti ramai yang nganyam ketupat semasa ketiadaan aku kat dalam tweet sepanjang ketiadaan aku..adeyy..oklah cuma tu jer aku nak khabaqkan kat semua. Semoga blog aku nie tak bersawang hendaknya lepas nie...

27 October 2010

MAYAT "PENJAGA" KUNCI GUNUNG MERAPI MBAH MARIDJAN DITEMUI SUJUD




Baru terbaca kisah Gunung Merapi yang letus kat YOGJAKARTA. Ramai jugak yang terkorban. Mula-mula aku terbaca AL-Kisah 'Penjaga' Gunung Merapi, Mbah Maridjan yang sebelum ni dikatakan belum ditemui. Sebelum ini beliau pernah mencetuskan kontroversi bila beliau enggan berpindah apabila Gunung Merapi meletus pada tahun 2006. Hebat jugak Mbah Maridjan nie. Nampaknya keadaan Gunung Merapi masih belum ada tanda untuk berhenti setakat nie..kemungkinan letupan susulan akan berlaku lagi..

 MAYAT YANG DIPERCAYAI MBAH MARIDJAN

LETUS GUNUNG MERAPI

Kemudian aku terbaca Kisah terkini mengenai 'Penjaga' Gunung Merapi, Mbah Maridjan. Mbah Maridjan dipercayai ditemui mati di dalam rumahnya di kaki gunung berapi itu dekat sini dalam keadaan sujud. Setakat ini ciri-ciri fizikal mayat sama dengan Mbah Maridjan dan pengesahan dari keluarga beliau melalui pakaiann juga diperolehi. Namun Pengesahan ujian DNA diperlukan untuk kepastian. Apa yang aku tahu Mbah Maridjan memang seorang yang agak terkenal di Indonesia.


Beliau pernah muncul didalam Iklan untuk satu produk minuman pada tahun 2006. Cukup dikagumi oleh penduduk tempatan atas tanggugjawab beliau sebagai 'Penjaga' Gunung Merapi. Semangat berpegang terhadap tanggunjawab dalam tugasan beliau,Keberanian beliau mencetuskan motivasi kepada penduduk tempatan dan Sifat taat kepada pemimpin yang telah mengamanahkan tugas kepada beliau menjadi inspirasi kepada semua orang. Hebat betul MBAH MARIDJAN ni..Namun sudah ditakdirkan ajal menjemput beliau dengan cara sebegini..AL-FATIHAH..

** Terkini aku baca maklumat mengatakan ketika kejadian MBAH MARIDJAN sedang bersolat....semoga roh beliau dicucuri rahmat..

SITI NORSAIDA @ SAIDA FAIL PENCERAIAN | KAKAK DATO SITI NURHALIZA




Kisah yang memeranjatkan aku..sebelum nie ada gak kedengaran mengenainya,lepas tu senyap balik. Kisah Artis dan Kakak Kepada Dato' Siti Nurhaliza,Siti Norsaida bercerai secara baik dengan Suami beliau Mohd Ghazali Yahya Zikri setelah berkahwin selama 14 tahun. Penetapan tarikh untuk sebutan semula kes pada 20 Disember bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang untuk mengetahui sama ada ikatan perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan atau tidak.


Anak-anak mereka Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun siapa lah yang jaga nanti. Masalah sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi disuarakan oleh Siti Norsaida. Adakah mereka akan bersatu kembali? Aku rasa mungkin tidak kerana beliau sendiri telah menyatakan bahawa beliau yakin matlamat perkahwinan tidak akan tercapai.

Dah 14 tahun kahwin,mungkin masalah terlalu peribadi untuk dikongsikan bersama. Tapi 14 tahun tu..sayang sekali. Perkara sebegini membuat aku kekadang termenung. Jodoh ditangan Tuhan namun kita yang merencanakan. Adeyy..masalah..masalah..

SIMPLYSITI ADUHAI




Semalam aku dah warwarkan entri pasal SIMPLYSITI. Jadi hari ini segalanya terjawab. Adakah Aku jumpa DATO SITI NURHALIZA? atau DATO SITI NURHALIZA jumpa aku.Aku sendiri tak boleh nak jawab bagi pihak aku. Macamana tu? Sorrylah buat korang tertunggu-tunggu. Bukan niat aku nak melambat-lambatkan perkara nie.


Sebenarnya kedua-duanya tak betul. Tapi yang sebetul-betulnya aku telah pegi ke pejabat SIMPLYSITI. Apa aku buat kat sana? Hahh..Al Kisahnya aku cuma temankan orang rumah aku ke pejabat SIMPLYSITI kat KL. Hehe..aku cuma jumpa gambar DATO SITI NURHALIZA kat dalam pejabat SIMPLYSITI jer..lupa pulak nak amik gambar.

KARPET SIAP ADA HURUF "K" TUHH..

Orang rumah aku telah mendapat jemputan ke Pejabat SIMPLYSITI ala-ala mesyuarat peminat-peminat DATO SITI gitu. Aku rasa aku tak perlu bagitahu secara terperinci apa yang orang rumah aku buat kat sana kerana rasa-rasanya pihak SIMPLYSITI pun tak galakkan aku bercerita mengenainya. Kang aku cerita  takut jadi satu kes pulak.

Oklah biar aku cerita apa yang orang rumah aku perolehi setelah menghadiri Mesyuarat Lembaga Peminat DATO SITI NURHALIZA ni sahaja ek. Aku takut kalau tersilap atau terlepas tulis satu hal pulak. Selesai sahaja acara yang berlangsung didalam bilik meyuarat kira-kira 2 jam lebihlah juga,orang rumah aku diberi beberapa Produk SIMPLYSITI dan SAMPLE.

Antara barangan SIMPLYSITI yang orang rumah aku perolehi :

1. NEW AGE Intensive Dual Serum

2. NEW AGE Simply 5 Cream

3. NEW AGE Moisture Wash

4. Simply Gorgeous Lip Color (Jerat Percintaan)




Barangan Sample Produk SIMPLYSITI

5. Scar Eraser

6. Clay Mask

7. Clear Spot Gel

8. Cleansing Foam

9. Ice Toner

10. Sampul Surat yang berisi..ehem..ehem..hehe


Sayang sekali aku tak boleh masuk. Nak gak dengar ceria mengenai Produk Kecantikan nie..namun hampeh. Kalau aku pakai "Blouse" mungkin baru diaorang bagi aku masuk kut. Apa yang boleh aku kongsikan adalah mereka (SIMPLYSITI) berkemungkinan akan mengeluarkan Produk terbaru mereka sedikit masa lagi. Jadi buat remaja-remaja dan wanita yang minat dengan barangan SIMPLYSITI korang standy jerrlah..

REMAJA KEMUKAKAN RAYUAN SEBAB TIDAK PUAS HATI | KES DATUK SOSILAWATI




Adeyy..Remaja yang dipenjara tujuh tahun yang hari tu mengaku melupuskan bahan bukti kes pembunuhan jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain telah mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan kepada beliau. Wahh..nak lawan apa lagi nie? Dah sah-sah mengaku nak merayu lagi. Penjara jer 20 tahun baru tahu..Notis Rayuan  dari Remaja (Saravanan) tersebut menyatakan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan keputusan Majistret Hurman Hussain.

Sepatutnya beliau boleh berfikir masa melupuskan bahan bukti hari tu. Ni disebabkan taat setia dengan majikan..nahh amik kau..geram ajer hati aku. Memang beliau ada hak untuk bersuara tapi aku kurang puas hati beliau boleh diberi rayuan setelah mengaku kesalahan beliau hari tu..Mintak-mintak ditambah lagi hukuman terhadap budak nie. Terfikir gak remaja sekarang nie tak macam dahulu. Rasa hormat semakin berkurangan tak kira bangsa mana sekali pun. Aku ingat pihak berkenaan kena buat sesuatu.

Korang ingat lagi tak dulu kita ada kempen mengenai SIVIC. Aku rasa elok dibukakkan kembali kerana tahap minda remaja sekarang semakin lama semakin hanyut. Namun tak semua remaja yang bermasalah. Aku percaya remaja yang tak bermasalah akan menyokong cadangan aku ini agar negara kita memiliki remaja yang mempunyai tahap hormat kepada orang lain ditahap yang tinggi.Korang rasa apa cara lagi hendak mengubah sikap remaja-remaja yang bermasalah ini? Susah jugak bila nak difikirkan...

26 October 2010

PAUL THE SOTONG AKHIRNYA PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA




Berita Sedih buat peminat PAUL THE SOTONG. Maklumat diterima mengatakan Spesis SOTONG kurita ini telah menghembus nafas akhirnya dalam Akuarium bukan kerana lemas dalam air yerr..tapi PAUL mati disebabkan faktor Semulajadi. Jangka Hayat beliau hanyalah 2 tahun sahaja, tiada talian hayat. Ini menurut hakikat sebenar jangka Hayat Seekor SOTONG KURITA yer  bukan aku yang mengesahkan tapi pekerja SEA LIFE CENTRE yang mengesahkan.


PAUL THE SOTONG ni kalau ikutkan banyak berjasa kat blog aku nie. TRAFFIC HITS gila-gila masa WORLD CUP tempoh hari. Mmm..lepas ni sapalah pulak bakal mengganti tempat si PAUL nie. Kisah beliau aku rasa satu dunia tahu lebih-lebih lagi bila ia berjaya meneka dengan tepat pemenang untuk WORLD CUP. Siap ada ARCA dibuat khas untuk mengenangkan jasa beliau. Macam-macam kontroversi pun iya. Adakah PAUL THE SOTONG akan digoreng tepung atau dibuat sambal Sotong?

Mungkin tidak. Apa yang aku tahu pekerja SEA LIFE CENTRE akan mengebumi beliau pada satu kubur kecil..Adeyy..macam-macam..hehe..Tahun depan dokumentri mengenai PAUL bakal dikeluarkan. Mungkinkah bakal menjadi HITS? Kita tunggu sajalah yerr..

TAHNIAH DATUK ROSNAINI JAMIL | ARTIS VETERAN




Tahniah aku ucapkan kepada Datin Rosnaini Jamil, 74  setelah 48 tahun melibatkan diri dibidang seni akhirnya beliau telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk. Datuk Rosnaini Jamil yang lebih dikenali sebagai Mak NANI telah dianugerahkan gelaran oleh Sultan Pahang,Sultan Ahmad Shah sendiri di Istana Abu Bakar,Pekan Pahang. Pelakon,Pengarah dan Penerbit wanita veteran. Hebat sungguh...


Wahh..bertambah-tambah nampaknya artis Malaysia dengan Gelaran Datuk. Agak-agak Blogger pun boleh dapat ker satu hari nanti..hehe..Aku rasa orang pertama yang akan dapat mungkin REDMUMMY  ataupun BEAUTIFULNARA..hehe.Tahniah sekali lagi kepada MAK NANI atas penganugerahan ini. Semoga ia menjadi pendorong kepada pelakon muda untuk memberi apa yang terbaik kepada bidang seni.

ADA APA DENGAN SIMPLYSITI? UIHHH..ADA APA EK?




Apa ada SIMPLYSITI? Tuh yang aku tengah nanti-nantikan. Kalau ada yang menarik nanti aku kongsikan. Kalau takde yang menarik anggaplah ia sebagai ENTRI hanggit. Tapi ada sesuatu yang bakal aku Postkan untuk Entri SIMPLYSITI ni nanti. Aku nak bagitahu aku sendiri pun lom tahu lagi. Korang tunggu jelah ek. Mungkin menarik buat kaum wanita semestinya.


Korang cubalah main teka dulu. Adakah aku akan pergi jumpa DATO SITI NURHALIZA? Mungkin gak...atau Adakah DATO SITI NURHALIZA yang akan jumpa aku? Mungkin gak..hehe..Biarlah menjadi tanda tanya ek..Nanti esok aku postkan entri..nak keluar jap lagi pasal SIMPLYSITI nie..Jadi korang sabau-sabaulah ek..Caloooo

BETUL KER FARAH ASYIKIN LANGGAR PRINSIP? | BERPAKAIAN KETAT @ SEKSI




Waduhh..bukan main lagi si FARAH ASYIKIN..gelek sakan nampak..(Tuh kalau orang lihat melalui gambar..Mungkin takdelah teruk sangat kut). Ni hah Al-Kisah Kontroversi pot pet pot pet dalam media mengatakan Baju yang si FARAH pakai dikatakan melanggar pendirian FARAH ASYIKIN yang tidak mahu Seksi dan berpakaian ketat. Itu Sendiri mahu henggatlah yer..


Cuba kita FLASHBACK dan tengok Statement yang pernah beliau buat kat MSTAR bertarikh 6 Mei 2010. Aku bukan nak menyibuk tapi sekadar memperingatkan..bukan untuk Farah Asyikin tetapi untuk semua. Bila dah berkata-kata haruslah berjaga-jaga. Akibat mulut,ramai orang yang mengata. Ehh..pandai pulak aku berkata-kata..hehe..ungkapan kata-kata FARAH kat bawah..

“Walaupun saya tidak memakai baju kurung, saya akan pastikan untuk memakai baju yang tidak ketat dan sesuai dengan apa yang saya inginkan."

Aku malas nak cakap banyak..pandai-pandailah jaga kata-kata lain kali. Sebagai Artis sememangnya inilah antara cabarannya. Bukan senang..nak berkata-kata pun orang pandang. Inikan pula berpakaian Seksi dan Ketat Memang Sah bisa bikin panassss..

BUFFERD KU SERUUUU..MEHH DATANG KE BLOG AKU..




Kenapa BUFFERED Celcom XPAX tak nak melekat kat Blog aku ek? Aku rasa lain-lain Syarikat Telekomunikasi dah jengah Blog aku kecuali CELCOM XPAX. Setahu aku,aku takde gaduh-gaduh dengan CECLOM XPAX. Adeyy..Marilah Ke Mari bertandang ke Blog aku nie. Member lain dah korang jengah...malu nak singgah ke blog aku ker?

AirAsia pun sama,walhal tiap kali aku balik Sarawak, AirAsialah pilihan aku. Yelah Syarikat penerbangan kadar tambang murah katakan tapi kualiti boleh lawan dengan Syarikat Penerbangan ada Kelas tersendiri. Meh..jengah blog aku. Boleh aku tengok promosi korang..kalau nak melekat kat blog aku setahun pun  takpe..hehe..

Aku nak panggil Buffered ASTRO pulak.. Adoii..lambat lagi ke nak singgah blog aku. Banyak blog yang dah ko singgah blog aku ko cuba jauhkan diri..kenapa?kenapa? Ko tak sudi ker nak lepak-lepak sekejap kat blog aku nie. Hari tuh yang citer P.Ramlee pun ko taknak jengah walhal ada persamaan dengan aku...Nama bapak aku Ramli..hehe

Dimana kau berada DiGi, Kau Tetap menjadi Pojaanku. Harap Sudi Singgah lagi. Memang Hebat Buffered DiGi ni sampai pecah rekod Buffered Earning tertinggi aku. Aku cukup berterima kasih kepada DiGi harap datang Lagi. Aku suka warna kekuninganmu..cukup rambang mata melihatnya. Lagi-lagi diselit gambar iPhone 4..aduhh..

Ehh..dah banyak BUFFERED aku panggil nie. Agak-agak diaorang akan datang ker? Takpe tunggu BUFFERED NOKIA aku habis baru BUFFERED lain sambung balik kat blog aku ni ek. Nokia pun tak mengecewakan. Tuh buat aku sayang ngan Nokia dari dahulu sampai sekarang..Dahlah kang jauh kelaut pulak coretan aku nie...

** Ragam bila Buffered Semakin berkurangan. hehe..puhh kiri..puh kanan mari kat abang..ahaks..ahaks

PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI BATU SAPI | TERKINI




Nampaknya Pilihan Raya Kecil di dua tempat iaitu di GALAS dan BATU SAPI menjadi medan pengukur sokongan bagi pihak yang bertanding. PRK GALAS dah diketahui Calon Masing-masing. Untuk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri BATU SAPI. Pertandingan 3 Parti iaitu  BN mencalonkan balu Datuk Edward Chong Ket Wah iaitu Datin Linda Tsen Tsau Lin, SAPP mencalonkan Datuk Yong Teck Lee manakala PKR  mencalonkan Ansari Abdullah.

Mengikut beberapa penganalisa Politik ada yang berpendapat mengenai calon-calon yang bertanding BN cuba meneruskan populariti mendiang suami Datin Linda. Bukan Calang-calang calon yang bertanding. Pastinya saingan sengit dari Parti SAPP yang bakal diwakili oleh Datuk Yong Teck Lee. Bagi PKR kalau ikutkan pengaruh,ia tidak berapa kuat di Batu Sapi namun dalam Arena Politik apa-apa pun boleh berlaku.

Aku tak sabar menanti tanggal 4hb November 2010 ini,kerana 2 pengumuman serentak untuk PRK DUN GALAS dan BATU SAPI bakal diketahui penerajunya. Yang pasti PRK DUN GALAS keadaan agak seimbang manakala PRK DUN BATU SAPI persaingan sengit dijangka akan berlaku antara BN dan SAPP. Namun apa yang aku harapkan mana-mana Parti yang memang haruslah menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab.

25 October 2010

WORLD'S COOLEST INTERN




Kenapa aku sepatutnya terpilih untuk ‘World’s Coolest Intern’ yang bakal turut serta untuk Team BREEZE mobile Banking Team d Singapura? Mungkin ramai yang tak yakin takpe janji aku yakin. "Don't Judge the Book by Its Cover" begitu juga aku. Bila Kena dengan Tempat dan Waktunya aku boleh bertukar secara sendirinya atas kesesuaian masa dan tika. Jadi aku sahut cabaran ini. Aku seperti ramai orang tahu seorang yang pemalu..tetapi akan berubah bila diperlu..

Adakah aku "COOL"? Sebagai NUFFNANGERS sudah semestinya "COOL" tu kena ada baru "COOL"..'PASSION'..YES ada..'A THIRST FOR LEARNING'..pun YES ada dan Lastly "REALLY FAST THUMBS TO KEEP UP WITH ALL THE TWEETING AND FACEBOOKING" YES!! pun ado...

KETIKA AKU MALU-MALU "COOL" TAK TIMBUL

BILA KENA PADA TEMPAT "COOL" TAK HENGGAT PUNYER

Ini baru sebahagian dari diriku. Kalau terpilih "World’s Coolest Intern" tak tahulah apa nak jadi. Mungkin korang akan terperanjat..So guys..Choose me straight away and i'll COOL all the way...

 HAVE YOU SEEN THIS GUY BEFORE? MACAM PERNAH NAMPAK....
  
Hah cuba korang tengok betul-betul BANNER "BE THE WORLD'S COOLEST INTERN"dari Standard Chartered Breeze tu betul-betul.. Ada persamaan tak? Hehehe..adakah beliau seorang yang seperti gambar diatas ini? Tepuk Dahi Tanya Sendiri...

TIPS PENULISAN | APA PENDAPAT KORANG




" Writing is easy. All you do is sit staring at a blank piece of paper until the drops of blood form on your forehead"

Gene Fowler,American Writer.

Bila aku baca balik apa yang dikatakan oleh penulis dari Amerika ni,ada jugak kebetulannya. Nak menulis memang senang,tapi nak dapatkan idea..mak aihhh punyalah susah.Kekadang rasa nak pecah gak otak. Mungkin korang boleh cuba TIPS menulis cara ini. Sebelum menulis korang kena tengok 4 isu yang cukup kritikal. Kekadang aku pakai gak, kekadang tak..tengok mood aku.. Mungkin korang boleh cuba.

1. Pembaca - Apa yang diaorang nak baca, Apa yang mereka tahu tentang topik yang bakal ditulis,Apa tanggapan pembaca terhadap penulisan ini nanti.

2. Matlamat -  Apakah motif korang untuk menulis?

3. Key-Issue -  Apa issue yang korang ingin paparkan supaya pembaca boleh faham dan akan memberi pendapat mereka.

4. Penyampaian - Siapakah yang bakal membaca,memberi komen dan kepada siapa korang nak sampaikan.

Ehh..tengok..agak-agak TIPS diatas nie korang boleh guna tak? Bagi aku agak susah gak sebab itu aku suka menulis ikut suka hati aku. Mungkin korang boleh praktikkan,mana tahu mungkin berjaya. Selamat mencuba. Dah berjaya jangan lupa kongsi-kongsikan

SIAPA PENGANTI MAYA KARIN UNTUK RANCANGAN NONA?




Aku rasa ramai dah tahu mengenai perkara nie? Tapi siapakah bakal penganti beliau? Adakah sesuai sekiranya REDMUMMY diberi tugas ini?.Ohh..no..no..no..kang beliau terpaksa berhenti kerja dan blogging pulak nanti. Haru nanti peminat nak baca blog siapa pulak nanti..hehe. Kesian pulak aku dengar desas desus mengatakan Maya Karin telah menyebabkan rating rancangan NONA TV3 merudum. Ehhh..takkanlah sampai teruk macam tu sekali. Adatlah kut, pasang dan surut..


Disebabkan itu dengar cerita TV3 sedang dalam proses mencari pengganti Maya untuk musim 2011. Antara sebabnya komitmen Maya Karin semakin tinggi dan banyak dapat offer berlakon. Itu pasal kut beliau tak boleh lagi nak mengacara rancangan NONA. Dengar Khabar lagi VANIDAH IMRAN disebut-sebut sebagai salah seorang calon yang bakal mengganti tempat maya karin. Tapi diaorang TV3 masih dalam proses perbincangan lagi siapa calon sesuai untuk mengacara rancangan NONA nie.

ISLAMIC FASHION FESTIVAL MENGUNDANG KONTROVERSI | TAK SESUAI LANGSUNG




Sedih. Perkara yang tak sepatutnya terjadi. Aku rasa ramai dah tahu kes nie. Pemimpin Negara pun ada menghadiri Majlis ini (Tapi tak boleh nak salahkan beliau kerana mungkin beliau sendiri tidak menyangka perkara ini terjadi). Sepatut pihak penganjur perlu sensitif mengenainya. Seharusnya segala persembahan yang melibatkan pengunaan nama Islam perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi.

 
 
 
 

Fesyen-fesyen gak, namun perkara sensitif perlu dititik berat gak.. Adeyy..Aku rasa perkara ini dapat dielakkan sekira dapat pemantauan dari pihak tertentu. Diharap kejadian seumpama dapat dielakkan pada masa akan datang.

BUFFERED EARNING | REKOD PECAH LAGI | TERTINGGI SETAKAT INI




Akhirnya sekali lagi REKOD untuk pendapatan BUFFERED EARNING aku yang tertinggi setakat ini,terima kasih kepada BUFFERED DiGi Postpaid YP iPhone LB dan NUFFANG yang telah memberi peluang kepada blog aku ini untuk terus menjana pendapatan. Cukup teruja bila melihat Iklan berkelip-kelip dalam blog. Tapi apa yang diingini belum tercapai lagi iaitu ADVERTORIAL..mungkinkah sesuatu yang drastik perlu aku buat?


Takpe kalau rezeki takkan kemana,mungkin belum rezeki aku kut. Aku tetap bersyukur dengan prestasi blog dan pendapatan aku setakat ini. Namun banyak lagi yang perlu aku perbaiki. Segalanya bergantung kepada aku sendiri kerana aku yang mencorak blog ini dan berkarya didalam blog ini. Semoga perjalanan blogging aku ini dapat aku tempuhi dengan jayanya dengan bantuan rakan-rakan bloggers.

** Entri sekadar menjadi pendorong buat semua,bukan tujuan untuk menunjuk namun sekadar berkongsi apa yang blog boleh buat sekira kita berusaha..harap maklum.

24 October 2010

KEPUTUSAN FESTIVAL FILEM MALAYSIA KE-23 (FFM 23) | MAGIKA BOLOT 5 TUHH




Keputusan yang sememangnya dinanti-nanti oleh peminat Seni Filem. Keputusan Festival Filem Malaysia yang ke 23. Dah takde keje aku pi Cilok kat Blog DAUSPOZI..hehe..jangan mare bro..Takpe dia mesti tak marah punyer sebab dia pun cilok dari blog  Muzzafarsalleh.com..ahaks..korang harus lawat blog si DAUS ni..Mesra alam gitu..kalau Zainal Bekas Penyanyi HEADWIND tengok mesti terpegun dek kehijauan blog beliau..Korang layan dulu ek.


POSTER TERBAIK


Pemenang: Preston Zaidan Productions (Belukar)

Calon: Naga VXS (Estet), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur), MIG Production (V3 Samseng Jalanan)

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK


Pemenang: Dee Hasnan (Magika)
Calon: Rosada Abd Hamid (Haq), Dee Hasnan (Jin Notti), Nasirah Ramlan (My Spy), Inazs (Santau)

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK

Pemenang: Fimie Don (Magika)
Calon: Amirul Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Ammar Adli Bin Mohamed Norin (Haq), Echa (Santau)

PELAKON HARAPAN WANITA


Pemenang: Daphne Iking (Belukar)
Calon: Adrea Abdullah (2 Alam), Asyikin Kamal (Lagenda Budak Setan), Putri Mardiana (Santau), Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

PELAKON HARAPAN LELAKI


Pemenang: Shashi Tharan (Estet)
Calon: Kamal Adli (Niyang Rapik), Redza Minhat (Pisau Cukur), Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2), Sheikh Bolkhiah (Pulau Asmara)

LAGU TEMA ASAL TERBAIK


Pemenang: Penyembuh Rindu (Edry - Magika)

Calon: Syurga Seketika (Cat Farish - Niyang Rapik), Menggegar Dunia (Edry - My Spy)

PENATAAN BUNYI TERBAIK

Pemenang: Brian Ng (V3 Samseng Jalanan)
Calon: Brian Ng (Santau), Brian Ng (Adnan Semp-It), James Baum (Evolusi KL Drift 2), Edry, Mohd Mohsin & Amaludin Syukri (Magika)

PENATAAN SENI TERBAIK


Pemenang: Johan Lucas & Anuar Paharudin (Magika)

Calon: Irwan Mazwan & Johan Lucas (Jin Notti), Irwan Idris (Lagenda Budak Setan), Dewa (Estet), Jimmy (Evolusi KL Drift 2)

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK

Pemenang: Yana Shamsudin (Adnan Semp-It)

Calon: Lisa Surihani (V3 Samseng Jalanan), Fazura (Lagenda Budak Setan), Raja Farah (Haq), Ziana Zain (Magika)

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK

Pemenang: Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)

Calon: Bront Palarae (V3 Samseng Jalanan), K.S Maniam (Estet), Que Haidar (Lagenda Budak Setan), Zul Handyblack (Santau)

PENGARAH HARAPAN


Pemenang: Edry (Magika)

Calon: Farid Kamil (V3 Samseng Jalanan), Jason Chong (Belukar), C.L Hor (Haq), Rosihan Zain (Hooperz)

FILEM KOMEDI TERBAIK

Pemenang: KRU Studios (My Spy)

Calon: MIG Production (Adnan Semp-It), Tayangan Unggul (Kapoww!!), KRU Studios (Magika), Red Films (Pisau Cukur)

Maklumat Kredit DAUSPOZI & MUZAFFAR

PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI GALAS | SEMAKIN HANGAT




Pertembungan antara BN dan PAS untuk Pilihan Raya Kecil bakal berlangsung 4hb November 2010 bakal menentu hala tuju rakyat GALAS. Yang pasti saingan sengit bakal dihadapi untuk kedua-dua calon. BN akan meletak Calon Abdul Aziz Yusoff manakala PAS meletakkan Calon Dr Zulkefli Mohamad. 

Kebijaksanaan Penduduk GALAS memainkan peranan penting untuk menentu siapakah bakal memimpin GALAS. Pilihlah mengikut kemampuan pemimpin jangan ikut suka hati atau ikut orang kerana ia akan menentu masa depan penduduk GALAS. Yang penting jangan berlaku perbalahan antara 2 parti hendaknya.

Blog ini pun juga secara tidak langsung terkena tempias dek Pilihan Raya Kecil DUN Galas ni. Tempias dari segi ada orang nak sewakan tempat tinggal sepanjang Piliharaya tersebut..adeyy macam-macam..hehe..Nah sapa nak sewa?

Rumah banglow untuk disewa sempena pilihanraya DUN Galas.

3 bilik + 1 master bedroom
2 tandas
Dapur kering + dapur basah
Ruang riadah
Ruang Tamu
Ruang Makan
Ruang ibadah dan bacaan

Lokasi di tengah2 bandar Gua Musang dan mempunyai akses mudah ke dua kawasan utama; bandar baru dan bandar lama.


Di dalam komuniti high-society (golongan guru guru dan tauke tauke perniagaan) dan terjaga.

Sebarang maklumat sila call
Zubaidah 0179468551

KEMALANGAN NGERI KORBAN 13 ORANG DISIMPANG AMPAT | KAJIAN DARI MIROS




Akhirnya segalanya terjawab mengenai kemalangan yang meragut 13 Nyawa disimpang ampat dulu.Kajian dan analisis saintifik yang dikendalikan Insitut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) telah membuktikan kemungkinan Bas Delima yang membawa penumpang seramai 36 orang dipandu dengan laju.


Selain dari Bas Delima terdapat juga kenderaan yang dipandu dengan kelajuan 160km/j ketika kejadian. Dalam Kajian juga menunjuk Bas Delima dipandu pada kelajuan antara 94km/j dan 109km/j. Menurut kajian juga,berdasarkan pemeriksaan puspakom, tayar dan brek berada didalam keadaan yang baik.

Yang berlaku tetap berlaku,yang mampu kita lakukan adalah beringat-ingat,sedikit kesilapan bakal membawa penyesalan seumur hidup. Diharap kementerian dapat memberi tumpuan terhadap kes kemalangan ini dengan lebih serius. Mungkin orang akan lupa kes ini pada waktu singkat..AL-Fatihah buat mangsa beragama Islam telah  yang terkorban.

Gambar Kredit kepada Tuan Abdul Rahim Ahmad

WHAT I LOVE ABOUT THE BLACKBERRY TORCH 9800




Wow..hebat penangan BLACKBERRY TORCH 9800 ni. Bilalah agak-agaknya aku dapat merasai BLACKBERRY TORCH 9800 ni.Mungkin ini peluang bagi aku untuk merasai sendiri BLACKBERRY TORCH 9800 ni? Sapa tahu TUAH AYAM NAMPAK DITAJI, TUAH AKU NAMPAK BLACKBERRY..


Nak tahu BLACKBERRY TORCH 9800 merupakan SMARTPHONE yang pertama memiliki papan kunci dan Skrin 3.2 in. Ia datang dengan Kamera 5 Megapixel dan mempunyai 8 GB memory Expandable dengan kad Mikro SD. Tak semua BLACKBERRY Sama..Korang kena ingat tu.

CELCOM BLACKBERRY semestinya memberi tawaran yang terbaik dan liputan yang luas. Korang kena langgan EXEC 50 plan dengan harga semurah RM50 Sebulan. Cepat-cepat baik korang semak kat bawah nie kenapa aku kata tawaran dan liputan terbaik.
Lagi berita menarik buat sesiapa yang bakal melanggan CELCOM. Perlancaran pada 29hb Oktober 2010 bakal menawarkan tawaran yang cukup menarik dengan pelbagai akitiviti,hadiah dan macam-macam lagi bakal diperolehi pada hari itu. Oh ya ada lagi memang berbaloi-baloi..


Sekira anda salah seorang yang terpilih  menjadi salah seorang dari 100 orang yang pra-daftar,anda bakal memenangi hadiah yang cukup menarik. Diantaranya

- Jabra Bluetooth Headset worth RM125
- 8GB Micro SD Card worth RM68
- Energizer Portable worth RM58



Menarik bukan? Aduhhh..meh..meh segera sambar satu. Tak dapat PERCUMA kena belilah nampak gayanya..sebab banyak sebab,sebab berbaloi baloi sudah pasti..Sekarang baru korang tahu " WHAT I LOVE ABOUT THE BLACKBERRY TORCH 9800"...

KENDURI KAHWIN | PERSAHABATAN | PERJUMPAAN




Semalam berlangsung kenduri Kahwin Rakan Sepejabat aku di sekitar Ampang Indah. Majlis begitu meriah sekali,lebih-lebih lagi masa inilah untuk aku bertemu kembali dengan rakan-rakan yang pernah bertugas bersama. Bila dikenangkan kembali cukup nostalgik sekali.

ROSYAM ,AKU DAN ABANG ZUL (PENGARAH...Kat RUMAH jerlah..hehe)

Ramai rakan-rakan yang dah lama tak jumpa ditemukan serentak pada Majlis Perkahwinan anak rakan sepejabat aku pada hari tu. Maka kecohlah jugak dengan aksi masing-masing. Uihh Aizat pun ada..alah penyanyi tu, Rupanya Aizat merupakan saudara rakan aku nie.

SAHABAT-SAHABAT BERPOT-PET (BERTAHUN-TAHUN  PUNYA POT PET)

Pelakon Lelaki Fohfular pun ada. Tak lain tak bukan Rosyam Nor pun ado. Ko ado..hehe..Rupa si Rosyam tak lut dek zaman rasanya..cuma ada sesetengah sahaja lut..(Syam..kita JV nanti ek..aku jadi duta,hang takyah..ahaks). Apa-apa pun seronok sebab dapat jumpa rakan lama..

Memang persahabatan merupakan perkara yang paling indah. Hargailah persahabatan kerana ia antara yang tak ternilai didunia ini.

23 October 2010

PEROMPAK MEROMPAK RUMAH RAKAN AKU..




Aku baru terima berita dari jiran aku yang memberitahu bahawa rumah rakan kitaorang kena rompak khamis lepas. Yang hilang barangan kemas dan wang tunai sejumlah RM1,000.00. Adeyy..nasib baik bukan nyawa yang hilang. Tapi bila aku dengar cerita dari jiran aku seram sejuk jugak.

Kejadian berlaku sekitar pukul 3.00 pagi bila tingkap bilik anak rumah rakan aku ni yang tidak bergrill diumpil oleh perompak. Setelah berjaya diumpil anak beliau yang sedang tidur dikejutkan dan diberi amaran jangan bising. Anak rakan aku ni baru darjah 5 kalau tak silap aku.

Dengan parang diletak kat leher, perompak dan anak rakan aku ini menuju kebilik rakan aku pula. Setelah dikejut , beliau terperanjat namun tidak dapat berbuat apa-apa dan terpaksa berserah. Perompak hanya memberi kata dua kat rakan aku ni. Nak bagi duit atau mereka akan cederakan keluarga beliau.

Kebetulan rakan aku memang takde duit dalam wallet ketika itu,tapi perompak tidak puas hati sambil memberi amaran sekali lagi..Isteri beliau ketakutan lalu memberitahu duit ada tapi jangan apa-apakan mereka sekeluarga. Duit simpanan  yang ada pada orang rumah kalau tak silap aku ada dalam RM1,000 lebih..

Dari Nyawa melayang beliau serahkan kesemua duit tersebut kepada perompak. Bukan hanya duit sahaja yang dikebas,Talipon bimbit dan barang kemas juga dikebas. Setelah berjaya memperolehi apa yang dihajati maka perompak pun mengikat rakan aku dengan keluarga beliau..

Siapa yang melepaskan mereka aku tak pasti..setakat itu sahaja cerita dari jiran aku. Suspek terdiri dari 4 perompak dan dari bahasa yang digunakan jelas sekali ia bahasa Indonesia. Namun tak dapat dipastikan sama ada orang Indonesia tersebut dari kalangan orang tempatan atau tidak. laporan polis telah pun dibuat.

Risau aku dibuatnya. Kawasan persekitaran Kapar seolah-olah dah menjadi sasaran mereka (Perompak). Aku takut kejadian akan berjangkit kat Taman Rumah aku jer nie.Adeyy..Mintak-mintak dijauhkan. Moral of the Story..sesiapa memiliki rumah baru tu seeloknya "GRILL", terutama bahagian Tingkap dan pintu untuk mengelak kejadian serupa daripada berlaku lagi..dan kepada penduduk sekitar Kapar Klang,hati-hati mungkin rumah anda akan menjadi sasaran seterusnya.

REVIEW DAN RATING | YOU AGAIN | TAYANGAN DI e@CURVE




Semalam aku telah pergi ke  Cathay Cineplex, e@Curve untuk menonton Tayangan cerita YOU AGAIN. Ini adalah kali pertama aku pergi setelah mendapat tiket jemputan Nuffnang Exclusive Screening untuk 2 orang dari NUFFNANG. Terima Kasih kepada NUFFNANG atas jemputan ini. Jadi disini aku ingin memberi serba sedikit pandangan mengenai cerita ini.


Keseluruhan Cerita ini sesuai untuk semua golongan masyarakat .Bimbingan ibubapa diperlukan untuk anak-anak dibawah 18 tahun. Kisah mengenai seorang gadis yang menjadi mangsa buli diSekolah. Jalan cerita cukup menarik kerana unsur komedi yang tidak melampau,unsur sedih taklah teruk sangat. Dari seorang yang dipandang merendah membuat gadis ini bertekad untuk mengubah diri beliau dan akhirnya beliau berjaya.

Sesuatu yang tidak disangka-sangka telah terjadi iaitu,abang beliau bakal mengahwini Pembuli beliau pada masa Sekolah dan ini membuat beliau merasa marah. Namun keseluruhan keluarganya suka dengan si pembuli ini membuat beliau rasa kurang senang dek peristiwa silam. Apa yang beliau harapkan beliau akan mendapat kemaafan dari sipembuli,namun hampeh..

Seterusnya dalam perjalanan cerita ini rupa-rupanya 3 generasi mengalami pengalaman yang sama termasuk beliau. Bermula dari beliau dan seterusnya..kalau korang nak tahu cerita selanjutnya elok gi tengok..kalau aku cerita lebih dah jadik macam Tayangan kat pawagam pulak nanti blog aku ini. Apa yang mampu aku bagitahu korang adalah dari berdasarkan rating 1 hingga ke sepuluh aku bagi 8.5

Memang berbaloi cerita ini untuk ditonton. Pasti sesiapa yang pernah mengalaminya akan terkenang kembali. Jadi aku sarankan pegi tengok dengan keluarga.

AKSI RANJANG PELAKON NANU BAHARUDDIN ? | HAQ




Memang panaslah lepas nie. Nie hah Al-Kisah Pelakon yang dah lama berkecimpung didalam bidang lakonan iaitu NANU BAHARUDIN bakal berlakon Aksi Ranjang. Adoiyaii..Mmmm..aku taknak komen banyak-banyak kerana dah pelakon kenalah berlakon. Namun bagi aku eloklah dikekalkan identiti Pelakon Korporat lagi elok.


20 Tahun jaraknya baru kali ini dia beraksi diranjang. Mau tak berpeluh. Aksi ranjang ni korang boleh saksikan dalam filem terbaru beliau yang bakal ditayangkan pada 27hb Januari 2011. Antara Pelakonnya adalah ADI PUTRA, ZUL HUZAIMY, RAJA FARAH, FATIMAH ABU BAKAR dan ramai lagi. Jadi sediakan Soalan panas korang buat beliau.

5 BILLION PROJEK MEGA MENARA WARISAN TAK BESAR SANGAT KE?




Pembinaan Menara Warisan Merdeka seperti yang telah diucapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2011 nampaknya akan menjadi bualan mulut orang ramai. Ini juga menjadikan Projek Mega Menara Warisan Merdeka,Projek yang kurang disenangi oleh pihak pembangkang. Ok aku taknak cerita mengenai hal-hal politik,tapi apa yang aku ingin ceritakan adalah semata-mata mengenai Projek ini.

Projek yang bakal menelan belanja dengan jumlah yang banyak iaitu 5 Billion,dijangka akan siap pada tahun 2015 dengan ketinggiannya melebihi Menara ketiga tertinggi di Asia iaitu KLCC iaitu 100 tingkat berbanding KLCC 88 tingkat dan ianya akan dikendalikan oleh PNB. Ada cadangan agar Menara ini dibina di sekitar Kawasan Kampung Baru. ( Lokasi disebut semasa bajet dekat Stadium Negara..)

Apa yang pasti sekiranya pembinaan ini diteruskan di sekitar Kampung Baru ,apa yang aku nampak adalah sesuatu yang akan menguntungkan penduduk Kampung Baru itu sendiri. Kenapa aku kata begitu? Yelah Harga tanah sudah akan meningkat. Lagi pun aku rasa sejarah kampung baru itu sendiri cukup unik dan menarik untuk difahami.

Namun ada juga PRO dan CONS mengenai perkara ini. Jadi aku sarankan Pihak PNB kaji betul-betul sebelum memulakan projek ini. Terdetik jugak dihati,Kalau Kampung baru terkena tempias dek kerana projek Mega,adakah Kampung Baru itu sendiri akan hilang? Aku rasa ramai juga yang tak setuju dengan Projek. Apa pendapat korang?

22 October 2010

FILEM 2 ALAM MILIK DR.ROZMEY BUAT WARTAWAN GELENG KEPALA




Wartawan geleng kepala? Uihh ni bahaya nie..mau teleng kepala dibuatnya..hehe..takkan teleng-teleng jer? Angguk-angguk takde ker? Nie Hah yang aku baru baca mengenai Tayangan Perdana Sempena Festival Filem Malaysia ke 23 (FFM23) di e@Curve ,Damansara untuk Filem 2 ALAM yang sebelum ini digembar gemburkan bakal mendapat Kutipan Pecah Panggung RM40 Juta bila ditayangkan serentak di 83 buah Pawangan pada 18hb November.



Yang pergi menonton pulak adalah wartawan,hah apa lagi komen cukup panas kepada empunya filem iaitu Dr. ROZMEY yang sebelum ini tidak mahu mengadakan tayangan media filem ini kerana beliau bimbang dikritik. Apa pulak nak dirisaukan? Kalau target RM40juta sesebuah filem sudah tentu jalan cerita cukup menarik. Namun aku tengok banyak Komen yang berunsur negatif terhadap filem ini dari para wartawan yang sempat menyaksikannya di Tayangan Perdana.

Aku rasa ini silap Dr.ROZMEY gak kerana beliau rasa cukup yakin bahawa Filem ini bakal pecah panggung. Masalahnya 40juta tuhh? Dia beli tiket sendiri ker apa? Aku dengar jalan cerita juga ada adengan atau unsur-unsur yang tidak sesuai ditonton. Aduhh..Aku rasa lepas nie Dr.ROZMEY kena tawakal jerlah dan bersiap sedia dengan mental yang kuat di atas  segala kritikan. Menarik juga kalau diikuti perkembangan bersama.

Kita tunggulah,mana tahu target 40juta Dr.Rozmey menjadi? Aku rasa tak menjadilah..tak tahulah kut-kut dia ada cara beliau tersendiri untuk melakukan filem beliau ini. Apa pendapat korang 40juta agak-agak beliau dapat mencapai target beliau ini?

TERKINI | ALL-IN-ONE 4G SUPER BROADBAND DARI P14G (P1 WiMAX)




Seperti yang dijanjikan telah dijanjikan terdahulu Tepat pukul 12.00 Malam Tanggal 22hb Oktober 2010,hari ini merupa Hari yang cukup bersejarah. Dulu P1WiMAX Sekarang P14G. Kemunculan SuperHero dari Packet One Networks (Malaysia) Sdn Bhd. Nama terkini dengan pakage terbaru,itulah yang bakal korang jumpa hari ini.
 DULU...

 DAN KINI 22HB OKTOBER 2010.....


Untuk pengetahuan korang P14G merupakan Nama baru untuk mengantikan P1 WiMAX dan sememangnya nama ini mencerminkan P1 benar-benar Serius untuk menjadi salah sebuah Peneraju didalam bidang Telekomunikasi bersaing dengan Syarikat Gergasi Telekomunikasi yang sedia ada.Sesuai dengan "TagLine" terkini mereka iaitu GETTING STRONGER,WIDER, FASTER, by the day.

Pada masa yang sama  buat julung-julung kalinya P14G akan melancarkan Satu  lagi Pakage mereka yang terkini iaitu ALL-IN-ONE 4G "SUPERBROADBAND". Cukup menarik wehhh..Korang layan gambar kat bawah nie ek...

SUPERBROADBAND KIDS CAMPAIGN

GETTING STWONGER...

HERE,THERE EVEWY WHERE...

WEALLY FAST WEALLY...

Tu dia,GIMIK Kempen Iklan terbaru dari P14G menampilkan SuperHero Kanak-Kanak berusia 2 tahun lebih (Seusia dengan P14G)..Cukup menarik sesuai untuk semua peringkat umur. Kempen yang bakal menarik perhatian ramai dengan Pakage yang sungguh menarik. Untuk Pakage korang rujuk gambar dibawah..

P1 4G SUPER BRAODBAND PACKAGE

Bagi aku cukup murah dan amat menarik sekali. HOME DeskTop Modem pada harga RM49 dan korang boleh buat pilihan ADD ON Sama ada FREE Rental WiGGY atau WiMAX Ready Laptop (Line) hanya pada harga RM20. Jumlah Keseluruhan RM69



Keseluruhannya, Cukup Memuaskan. Korang tunggu ketibaan P14G ini. Aku rasa ia bakal menjadi pesaing buat gergasi telekomunikasi di Malaysia. Sekira terdapat masalah korang boleh berurusan secara cepat melalui Tweeter mereka yang terbaru iaitu @P14G. Akhir sekali aku ingin ucapan terima kasih kepada saudara MOHD ZAID kerana mengizinkan aku menggunakan gambar yang telah diambil. dan juga kepa P1 terutama COO,P1 Encik Idham Nawawi dan STAFF P1 (Cynthia) atas jemputan ini.Kalau korang tak puas lagi korang boleh semak entri blogger yang turut serta menghadiri "BRIEFING" pada malam itu. Sila Klink LINK DIBAWAH.

ANAKPERAK


GAMBAR KREDIT MOHDZAID....REALLY NAIS...THANKS BRO

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails