30 September 2010

STANDARD CHARTERED BREEZE BLOGGERS' MEET | SEMUA PASAL SUBJEK

Gambar disekitar Makan Malam pada Event Standard Chartered Breeze Meet Blogger yang lepas. Baru sekarang nak update disebabkan kesuntukan masa dan masa banyak dihabiskan untuk meng"edit"kan gambar-gambar yang agak kureng mutunya. Namun aku tetap berpuas hati dengan hasilnya. Apa-apa pun memang berbaloi datang pada hari itu dimana aku dapat berjumpa dengan para petugas dari Standard Chartered Breeze,Singapore yang cukup sporting. Thanks Amran ke Aman? Aisha, JON and not to forget Chen Wei Li dari qais consulting.

Seperti biasa senjata utama pada malam itu sudah semestinya sebijik kamera dan subjek-subjek. Jadi korang layan gambar subjek-subjek yang telah berjaya aku rakam pada malam itu. Mungkin lepas ni ada orang hangin dengan aku...wakakaka..aku apa pedulik..hehe..Ehh..jap sebelum tuh nak ucapkan nice knowing all of you terutama rakan-rakan blogger aku si DARKBATMAN,BEAN MORENO,SUMIJELLY, JEN (Wehh..bagi link),SHARIZAL,RABIATUL juga kepada blogger yang aku tak sempat bersembang. Tidak ketinggalan juga blogger-blogger ngetop di arena blogging seperti REDMUMMY, VIRUSPADU,CEERAMON dan ramai lagi (HONGKIAT pun ado..cehh..terlepas nak berkenalan pasal baru tahu).

WAH!! LIVE DEPAN MATA CHANNEL BEIGE BELONG TO....
Korang pernah nampak bag ni kat mana-mana tak? Peweetttt..Lawo..harga pun lawo,patutlah empunya bag tak melepas peluang bila dapat peluang..hehe..Kelasss.Owner tak lain tak bukan REDMUMMY..

 BAG SAPALAH PULAK NIE..
Hahaha..candid..cuba korang teka siapakah empunya bag nie..klue..dalam ada botol susu budak-budak, rasa-rasa pampers pun ado..wakakaka

REDMUMMY DAN VIRUSPADU ENTAH APA YANG DISENGIHKAN
Bukan main gelak lagi dua orang nie. Nie mesti kes ngumpat si JON ni. Anyway Thanks RM kerana sudi menawarkan diri menjadi Spokesperson. Bukan kitaorang tak reti nak speaking,cuma malas nak tunjukkan lagi pun takut si JON pulak tak faham what we are talking about..hehe

CEERAMOON SIAP SEDIA NAK AMBIK GAMBAR CURI (Korang abai sorang blogger kat belakang beliau tu..hehe)
 Yang nie bukan main lagi,duduk dekat dengan JON mulut macam bercakap dengan si JON, tapi semacam jer..rupa-rupanya dia tengah kunyah makanan..adeyyy..semua makanan sedap katanya..kuat melantak gak dia nie..ahaks

GAMBAR PILIHAN JURI..SUMIJELLY DAN JON "WE TAKE PICTURE TOGETHER-GETHER" YERR..Ala..la..la..la..malu-malu ikanlah pulak..hehe
 Hah dijadikan Story Mory, Sumijelly want to take Picture Together-gether with Mr.JON tapi segan nak cakap..hehe..untuk tidak menghampakan si Sumi cuma gambar together-gether ni jelah yang aku berjaya rakam..lain kali ko pulak jadi Spokesperson menggantikan REDMUMMY.


JON DAN ROBB NUFFNANG..GELAK DEK APA TUH?
Robb yang menjadi MC malam tuh, Memang mana-mana function selalunya beliau yang menjadi MC, wahh..boleh buat partime business nie Robb..hehe


NAMPAK MACAM PERTANDINGAN RATU GIGILAH..
Korang perasaan tak masing-masing tayang gigi bila posing..jadi gambar pilihan nie kira pertandingan untuk Ratu GiGi..sila buat undian AFUNDI GIGIKU..korang dail jer apa-apa nombor,asalkan jangan nombor balai polis..huhu


ABANG HENSEM "BEAN MORENO" PUN ADO..
Semakin hari Semakin Slim Brader nie..huhu..bro Makanlah lemak lebih sikit..Bean Moreno muncul kembali di arena blogging..cehh..kena jaga diri bro,makan ubat selalu kalo nak baik..lain kali gua belanja makan sup lemak daging ek..hehe


ROBB SELAKU PENGERUSI MAJLIS SEDANG MEMBERI SEDIKIT TAKLIMAT
Ada gaya macam pensyarahlah pulak si Robb nie aku tengok. Anyway congrats kerana berjaya mengacarakan Majlis dengan bagus sekali. Sapa yang nak kawen tuh boleh bincang-bincang dengan Robb kalau nak ambik dia jadi MC..hehe

REPRESENTATIVE DARIPADA STANDARD CHARTERED BREEZE AISHA
Aisha staff Standard Chartered Breeze cukup sporting dan peramah,aku pulak yang malu-malu nak tanya soalan..anyway thanks for the information pasal Standard Chartered Breeze. Hope you enjoy stayin in KL during your visit.

ADA URUSAN JUAL BELI KE..AHAKS
Aku suspek ada sesuatu berlaku antara BEAN dan si SUMIJELLY nie..korang tengoklah gaya mereka bertuah yang berjaya aku rakam tanpa kebenaran...ahaks..jangan maree (Siaplah lepas nie aku kena punyer)

MAJLIS HAMPIR KE PENGHUJUNG..
Cuba korang perati betul-betul gambar nie..adeyy si Sharizal bagi posing macam baru lepas tengokKonsert ROCK Kapak..hehe.. Si Bean & Darkbatman Kontrol Macho,yang pakai topi tuh aku tak kenal? Sapa tahu link dia nie? Yarabbiii..si RABIAUTUL bukan main lagi,nie dinamakan posing menyelit..hehe

DARKBATMAN BERSAMA MAK IKAN ANGKAT BELIAU..HUHU
Abess..semua dia sapu..hehe..SUMIJELLY dengan Spesis anak ikan terbaru beliau iaitu DARKBATMAN..hahaha..jangan mare bro..

DIKELILINGI MAK ORANG BLOGGER NGETOP...
Nie Geng-geng semeja dengan aku pada malam tu,Memang kepala ngam,bertuah dapat berkenalan dengan among TOP Blogger si CEERAMOON dan VIRUSPADU..yang sorang lagi tu pun TOP Blogger bab masak ikan Siakap SUMIJELLY..kira TOP jugaklah tu..hehe..

GENG KECOH...
Nielah geng kecoh yang baru digabungkan dan mampu menjadi supporter sesebuah pasukan,setakat nak gelak confirm takleh nak lawan..Geng makan tak henggat punya..rasa-rasanya si JON pun naik pening layan kitaorang..wakaka

GROUP PHOTO BUAT KENANG-KENANGAN BERSAMA PIHAK PENGANJUR..
Acara terakhir majlis tangkap gambar ramai-ramai. Memang Event ni cukup berinformasi dengan produk terbaru dari STANDARD CHARATERD BREEZE. Terima kasih kepada pihak NUFFNANG atas jemputan ini dan tak ketinggalan juga ucapan terima kasih  buat NICHOLAS,FRESH,JES dan ROBB kerana sudi melayan kerenah group meja kitaorang..hehe

CHURP CHURP BAGI AKU DUIT BELANJA

Hah..korang tengok,kan aku dah cakap mereka CHURPCHURP memang bagi duit belanja kat aku punya. Walaupun sikit lama-lama jadi Bukit..entah-entah jadi Gunung sapa tahu..hehe.. Aku tak kisah lama ke cepat ke janji apa yang aku buat tidak menyalahi apa-apa undang pun. Korang yang masih baru tu bila lagi nak join. Jom kita kumpul sama-sama. Elok juga daftar sekarang sementara ada nie.


Senang jer nak daftar,Korang Klik link KAT SINI pastu korang ikut arahan. Alah aku boleh buat tentulah korang pun boleh buat sama,lagipun tak rugi kalau korang daftar malah korang nanti dapat macam-macam imbuhan. Adeyy..bilalah agaknya nak cecah RM100.00 nie..arghh aku ingat nak tunggu cecah 2k ke 3k baru cashout..cehhhh..pasang angan-angan dulu yerr..hehe. kalau tak pasti jangan risau korang tanya jer kat CHURPCHURP atau follow tweeter CHURPCHURP.

DiGi iPhone 4 Life

Kenapa DiGi iPhone 4 Life? Cuba anda fikirkan dengan teknologi terkini seiring dengan perubahan semasa,semestinya saya perlukan DiGi iPhone 4 untuk meneruskan kehidupan (Life) kerana saya tidak mahu ketinggalan didalam dunia yang serba canggih. Dengan Gabungan mantap DiGi dan iPhone 4 sudah pasti ia menjadi salah satu kepuasan dalam kehidupan. Haruskan kita melepaskannya? No..no..no..

MASIH KETINGGALAN ZAMAN

Keinginan memiliki DiGi iPhone 4 semakin memuncak, kerana saya belum pernah merasai atau menggunakan talipon jenis "SmartPhone" terutama iPhone 4 yang kini menjadi kegilaan ramai. Saya telah melakukan beberapa tinjauan dan rata-rata mengatakan iPhone 4 adalah yang terbaik buat masa kini. Sudah pasti kerana saya pengguna DiGi kepercayaan jenama iPhone 4 terhadap DiGi memang tepat sekali.

SEGAK, BERGAYA DENGAN iPHONE4

Jadi kesimpulannya DiGi iPhone 4 Life cukup tepat sekali sememangnya ini yang diperlukan dalam kehidupan (Life). Harus dimiliki walau apa pun halangan yang perlu ditempuhi. Hanya yang terbaik pilihan saya, dan sudah semestinya DiGi dan iPhone 4 pilihan saya ,tak syak lagi untuk kehidupan (Life) yang lebih baik didalam dunia yang semakin mencabar.

EJEN DAKWA DITIPU ARTIS | WAN NOR AZLIN BAYAR RM16,000.00

Lagi kisah artis yang boleh tahan juga kontroversinya. Kisah Wan Norazlin dengan Ejen Hartanah. Semuanya gara-gara mengenai pembayaran Komisen sebanyak RM16,000.00 yang sepatutnya dibayar (dah settle dah pun...) kepada Ejen hartanah yang mendakwa beliau telah ditipu. Itupun setelah perbincangan luar mahkamah dilakukan.Apa yang aku tahu Ejen tersebut telah beberapa kali gagal menghubungi artis berkenaan dan peguamnya bagi menuntut komisen sebanyak 2 peratus dari hasil jualan rumah yang berjumlah RM16,000.


Kalau tak kerana gagal dihubungi mungkin perkara ini tidak tersebar sampai ke media. Macam-macam. Namun mungkin ada sebab musabab kenapa Wan Nor Azlin bertindak lambat membayar komisen tersebut kut. Namun aku kurang pasti apa puncanya. Seeloknya dah dapat settle rumah tu terus jer settle takde orang merungut. Jangan kerana seorang artis semua artis terima akibatnya nanti. Iaitu KEPERCAYAAN. Ejen itu sendiri mengatakan bahawa peristiwa tersebut benar-benar mengajarnya agar lebih berwaspada untuk berurusan dengan golongan selebriti. Renung-renungkanlah...

29 September 2010

NASREEN NGASRI @ DARLING MENGAKU DIMAHKAMAH GUNA DOKUMEN PALSU

Wah..panas berita nie. Nasreen Ngasri atau lebih dikenali dengan nama Darling telah diarahkan membayar denda RM15,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara selama tiga bulan, selepas mengaku salah atas tuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen. Adey macamana boleh terjadi nie? Beliau yang mengandung 2 bulan turut ditemani oleh suami, Nur Azlin Rahmat, 34, dan ibu bapa, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar.


Apa yang aku baca Darling didakwa atas kesalahan menggunakan dokumen "Director's Circular Resolution Nasridz Pictures Sdn. Bhd" yang diketahuinya palsu sebagai tulen. Waduhh kes menipulah nie.Kalau diikutkan dengan kesalahan yang dilakukan beliau boleh dihukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Malu wehh satu Malaysia orang dah tahu.

PENDAPATAN LEBIH RM1,000.00 DENGAN NUFFNANG

Kenapa tak percaya? Inilah hakikatnya dengan berblogging boleh menjanakan pendapatan kedua walaupun kita bekerja. Disini aku ingin mengucapkan tahniah kepada rakan blogger aku iaitu EYRIQAZZ diatas usaha dan kejayaan beliau menjana pendapatan menerusi blog melepasi 4 angka. Usaha gigih dan diselang seli dengan blogging secara "SMART" inilah yang beliau hasilkan. Blog bukan semata-mata mengenai menjana pendapatan,blog lebih kepada kita untuk mempelajari bermacam-macam perkara.


Jangan semata-mata kerana duit korang buat blog sambil lewa. Jika niat kita betul ketika berblogging pasti macam-macam imbuhan boleh kita dapati. Bukan nak kata aku pandai,aku sendiri masih belajar dan jauh lagi perjalanan aku dalam arena blogging. Aku sekadar ingat mengingati agar semua pihak dapat manafaat darinya.Kalau korang masih kurang pasti mengenai blogging seelok-eloknya cari kawan blogger yang sanggup berkongsi ilmu macam aku..hehe..

Last but not least pesanan ku buat blogger yang baru, kalau korang bijak menggunakan Blog dengan gaya penulisan tersendiri,itu adalah terbaik dan sememangnya itu yang dicari. Jangan sesekali buat blog semata-mata ingin membuat pendapatan samping secara tidak jujur iaitu "FRAUD CLICK". Ini bahaya kerana ia boleh menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri suatu hari nanti. Blogging is Sharing and Sharing is Caring..ehh betul ker ayat aku nie..hehe..maaf yer my english is too nice to know..wakaka

** Nak tahu apa itu FRAUD CLICK? KLIK DISINI

NAMEWEE BIKIN KONTROVERSI LAGI? | VIDEO LAGU BELIAU

Namawee bikin kontorversi lagi? Seramai 50 orang hadir termasuk anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) diperkarangan Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur untuk membantah tindakan Namawee yang melancarkan album yang dikatakan berunsur perkauman. Mereka membawa sepanduk Perkasa dan Gambar Namewee yang dibakar dan kata-kata kesat dan mencarut kepada Namewee @ Wee Meng Chee.

Seramai 100 Pasukan Polis Simpanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengawal kawasan terlibat dari pukul 8 malam. Lepas satu, satu hal di kontroversikan oleh Namewee. Pelancaran Album beliau tidak tahu bila ,namun gambar video Klip beliau yang terkini di dalam youtubeba(Aku rasa lagu baru beliau kut) dan didalam blog beliau menunjukkan beliau seorang yang berbakat dalam bidang seni.


Dari itu disini aku paparkan video lagu yang muzik beliau aku suka, manakala lirik dia pula jelas sekali mengenai kisah beliau dari masa zaman persekolahan sehingga kini. Aku ingat kalau tanpa Kontroversi pun dia boleh pergi jauh sebagai seorang seniman. Tak payah nak bangkitkan isu perkauman. Gunakan kaedah lain dalam melaungkan anti perkauman,aku pasti ramai akan berubah anggapan.

BUAT BLOGGER BARU DAN LAMA | MAKLUMAT PENTING DARI NUFFNANG

Khas buat Blogger yang masih baru dan juga Blogger lama tapi buat tak tahu. Buat Blogger yang masih baru dalam dunia blogging korang digalakkan membaca sampai habis dan kepada Blogger yang lama tapi buat tak tahu pula,cuba-cubalah prihatin yer. Bila korang berdaftar dengan NUFFNANG apa yang perlu korang tahu adalah mengenai Iklan yang terpampang oleh pengiklan. Setiap Klik pada iklan akan mendapat imbuhan.

Namun korang mesti faham Klik yang bagaimana? Bukan main Klik  jer kat Iklan tuh berpuluh-puluh kali atau suruh member atau geng korang tolong Klik asalkan korang dapat income melaluinya. Ini dah kira menyalahi Terma danSyarat di bawah Seksyen 6. Kepada Blogger-blogger baru yang ingin berkecimpung didalam blogging korang kena ingat ayat kat bawah nie. Kalau korang tak faham, boleh tanya aku tanpa apa-apa balasan..

Antara taktik atau teknik yang dikategorikan menyalahi Terma dan Syarat

- clicking on other bloggers’ ads and leaving a comment behind asking/hinting to the owner to click on their ads back

- asking for blog visitors’ help to click on the ads

- registering a large number of blogs and clicking on ads on each of them

- repeatedly switching to a different IP to click on own ads

Untuk pengetahuan korang yang baru berjinak-jinak dalam blogging , NUFFNANG sememangnya memantau aktiviti-aktiviti yang sebegini. Bila tertangkap atau diketahui maka tindakan yang sewajarnya akan diambil seperti digantung dan juga di halang dari menjadi ahli NUFFNANG. Blog sepatutnya tempat untuk kita belajar pelbagai perkara yang berfaedah dan bukan semata-mata untuk menjana pendapatan tentang. Jadi kepada yang buat "Fraud Click tuh henti-hentikanlah kerja yang tak berfaedah tu.

28 September 2010

ALEXA RANKING BLOG INI SETAKAT KINI | DIKEMASKINIKAN SETAKAT HARI INI

Akhirnya ALEXA Ranking blog TERATAKARMO telah jatuh dibawah 300,000. Bagi orang lain mungkin perkara ini perkara biasa tetapi bagi aku ini adalah pencapaian terbaik buat blog ini bilamana berjuta-juta blog didalam dunia, blog aku sekarang telah berada ditempat ke 292,201.Didalam Malaysia pula, RANKING blog ini berada ditempat 1,134 .Aku masih cuba memahami fungsi ALEXA ini dan pada masa sekarang aku sebenar tak berapa kisah tentang ALEXA kerana kurang pengetahuan mengenainya.

Banyak yang perlu aku belajar lagi tentang ALEXA RANKING ini. Mengenai komen didalam ALEXA pula aku sendiri masih kurang faham bagaimana Sistem ALEXA ini dapat menghuraikan tentang pelawat yang melawat ke blog aku ini. Cuba korang baca yang telah diberikan oleh ALEXA terhadap blog aku ini.

Relative to the overall population of internet users, the site's users are disproportionately low-income, and they are disproportionately childless college graduates and women under the age of 25 who browse from home.


Aik mana pegi kaum lelaki? Wah ramai peminat dikalangan wanita dushh! Sebenarnya kalau ikutkan Statistik, beza pembaca Wanita dan Lelaki blog ini agak seimbang. Mungkin Statistik ALEXA hanya mengambil Statistik yang tertinggi sahaja dan kalau ikutkan umur seperti juga maklumat tentang pembaca. Korang boleh rujuk melalui gambar yang tertera. Selepas ini Misi seterusnya untuk terus menurunkan ALEXA RANKING di bawah 200,000 dalam masa terdekat. Berapa ALEXA RANKING terbaik korang?
** Ada masa korang "review"lah blog nie kat ALEXA ek. Nak gak tengok impak terhadap ranking. Korang boleh KLIK DISINI untuk review tentang blog teratakarmo ini.Terima Kasih

GROUP ANTI ARIEL (ANTI PETERPAN DAN ANTI SAHABAT PETERPAN) DIREKA | HENTIKANLAH

Kenapa harus begini? Adakah kita dilahirkan untuk membenci manusia? Aku tak fahamlah. Terbaru yang aku terbaca dalam tweet,satu group dalam FaceBook telah direka iaitu GROUP ANTI ARIEL (ANTI PETERPAN & ANTI SAHABAT PETERPAN). Memang ramai yang marah dengan Kes si Ariel ini,namun kita harus kembali ke asal perlukah kita membenci? Ingatlah "NOBODYS PERFECT" begitu jua ARIEL.


Aku rasa beliau sudah insaf atas kesalahan yang telah beliau lakukan dan kita sebagai insan yang lemah seharusnya mula memaafi beliau bukan membenci. Kebencian yang melampau akan menyebabkan diri kita menjadi tidak terkawal dan ini akan memudahkan SYAITAN terus mengoda kita untuk melakukan keburukan. Bukan nak kata aku ni bagus,cuba korang letakkan diri korang ditempat Ariel.

Dari itu bagi aku perkara benci atau anti terhadap seseorang haruslah dielakkan. Kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesalahan. Terus terang aku juga seperti kamu juga pada mula-mula Kes Ariel ini terjadi.Namun lama kelamaan aku sedar buat apa perlu di benci kepada orang yang kamu sendiri tidak kenali sama ada beliau betul-betul seorang yang bermasalah atau sebaliknya. Tak pasal-pasal dapat dosa kering pasal membenci orang. Renung-renungkanlah..

** Yang tak sedap Sahabat Peterpan juga kena benci? Adeyyy

ANAK SOSILAWATI TETAMU EKSLUSIF DIRADIO24 BERNAMA

Semalam anak sulung Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Erni Dekritawati Yuliana Bukhari telah tetamu Ekslusif Program "Kerusi Panas" terbitan BERNAMA Radio24. Dikenali sebagai Rita beliau telah meluahkan rasa Kecewa dan rasa tidak selesa dengan Segelintir media yang membuat pelbagai andaian mengenai Kes Pembunuhan terhadap Ibu beliau termasuk pendedahan mengenai nilai aset Syarikat kepada pihak Umum dan juga Spekulasi yang tidak sesuai seperti latar belakang syarikat dan aset-aset yang dimiliki.

Bagi beliau pihak media tidak sepatutnya mendedahkan perkara tersebut kerana terutama tentang keluarga beliau kerana bimbang sedikit sebanyak akan menggugat keselamatan keluarga mereka. Apa yang beliau mahu adalah ,setiap apa yang ingin dikeluarkan oleh pihak media mestilah dirujuk dengan pihak polis terlebih dahulu kerana bagi beliau Polis lebih arif tentang kes-kes ini. Beliau berharap pihak media memahami keadaan sekarang demi mengelakkan tindakan undang-undang diambil.

Apa yang diperkatakan beliau dalam rancangan ini ada kebenarannya. Biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka agar tidak terganggu. Tak perlu mengeluarkan cerita atau berita yang mengaitkan Privasi Keluarga Datuk Sosilawati Lawiya semata-mata inginkan cerita sensasi. Hormatilah perasaan mereka. Berilah mereka ruang. Aku pasti walaupun mereka redha dengan keadaan sekarang,jauh disudut hati kesedihan yang amat sangat perlu ditanggung.Aku harap mereka sekeluarga tabah menghadapi ujian ini.

KENANGAN GAMBAR SILAM MENGAMIT MEMORI

Bila aku lihat gambar-gambar lama sebegini,terkenang kembali nostalgia dulu-dulu. Terima Kasih kepada Saudara aku yang berada di Seria, Brunei Hj.Wan kerana telah mengambil inisiatif untuk mengumpul gambar-gambar lama di laman FaceBook beliau. Aku sendiri sudah hampir lupa mengenai gambar-gambar ini. Jadi aku ingin abadikan Kenangan Zaman Silam ini agar dapat dilihat oleh generasi aku yang akan datang.

HARI PERSANDINGAN KEDUA ORANG TUAKU

ZAMAN BERCINTA DULU-DULU

IBUKU YANG SUKA BERGAYA

GAMBAR DISTUDIO KETIKA AKU MASIH KECIL

Inilah sebahagian gambar yang sempat aku salin dari FaceBook saudaraku iaitu Hj.Wan yang  kini berada di Seria,Brunei.  Biarlah gambar-gambar ini menjadi kenang-kenangan  buat Generasiku terutama anak-anakku. Cuba korang teka yang mana satu aku? Adakah korang juga memilik gambar-gambar lama seperti aku ie? Kongsilah

TERDAPAT 290 KES PENIPUAN | TANAH DATUK SOSILAWATI TERMASUK KES YANG DISIASAT

Nampaknya ramai golongan Profesional terutama Peguam yang panas dek kerana berita ini. Ini gara-gara secara tak langsung terkena tempias Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga yang lain. Menurut Maklumat Terdapat 290 kes yang membabitkan peguam yang masih dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman. Mengenai Kes Datuk Sosilawati dan tiga yang lain pula apa yang difahamkan pembunuhan melibatkan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29juta milik Datuk Sosilawati.

Macamana timbulnya Suspek ini? Suspek merupakan peguam yang dilantik sebagai peguam dan juga sebagai Broker kerana pengalaman luas beliau sebagai pengamal Undang-undang terutama dalam bidang yang berkaitan jual beli tanah. Menurut Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar bila ditanyakan tentang kesalahan yang biasa dibuat oleh Peguam yang menipu ini adalah Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu.

Cehh..Kaki putar betul. Namun tidak semua Peguam kaki belit ada juga yang mempunyai kredibiliti tersendiri sebagai seorang peguam. Hanya disebabkan sebilangan Peguam yang tamak,pandangan orang terhadap peguam nampaknya berkemungkinan akan berubah setelah Kes Datuk Sosilawati ini keluar. Setakat ini 35 orang peguam telah ditahan diseluruh negara yang kebanyakan Kes melibatkan penipuan penjualan tanah, memalsukan dokumen termasuk geran tanah.

27 September 2010

CEK NUFFNANG PERTAMA | PENGUMUMAN PEMENANG KONTEST TERATAKARMO

Terima Kasih terlebih dahulu aku ucapkan kepada pihak NUFFNANG atas pemberian Cek yang pertama kali aku CASHOUT. Setelah memikirkan pendapatan yang aku terima adalah kerana kamu semua juga maka dari situ timbullah Idea untuk menganjurkann KONTEST ini. Alhamdullilah, walaupun sedikit ini menunjukkan dengan NUFFNANG kita boleh menjana pendapatan disamping menimba ilmu terutama ilmu berblogging. Disini aku sertakan Gambar Cek NUFFNANG beserta Jumlah sebenar. Siapakah yang Bertuah untuk KONTEST kali ini??

JUMLAH SEBENAR CEK YANG DITERIMA RM494.09

Keputusan adalah muktamad. Penganjur iaitu Saya JAI dengan ini mengumumkan Pemenang bagi KONTEST TERATAKARMO bagi tahun 2010 ini telah dimenangi oleh peserta yang bertuah iaitu berdasarkan Jumlah tekaan yang paling hampir dengan Jumlah Cek NUFFNANG yang saya terima. Syarat Utama telah diterangkan terdahulu dalam entri saya DISINI iaitu jumlah tekaan tidak boleh melebihi jumlah Cek NUFFNANG yang aku terima. Dengan ini PEMENANG bermula dari tempat KELIMA sehingga ke tempat PERTAMA diumumkan seperti berikut :
Tempat Kelima :  RM20 (Pilihan Tunai atau Top-Up)
Jumlah tekaan : RM450

Tempat Keempat : RM20 (Pilihan Tunai atau Top-Up)
Jumlah tekaan : RM451.00
Tempat Ketiga :   T-SHIRT EKSKLUSIF PILIH KASIH BESERTA RM20 ( Pilihan Tunai atau Top-Up)
Jumlah tekaan : RM455.25

Tempat Kedua :   T-SHIRT EKSKLUSIF PILIH KASIH BESERTA RM 30 (Pilihan Tunai atau Top-Up)
Jumlah tekaan : RM458.00
Tempat Pertama : T-SHIRT EKSKLUSIF PILIH KASIH beserta RM40 (Pilihan Tunai atau Top-Up)
Jumlah tekaan : RM485.50
PEMENANG - TOM KURENO

Tahniah diucapkan kepada Para Pemenang. Sila emailkan kepada penganjur Alamat Anda untuk penghantaran Hadiah dan Sila sertakan pilihan anda sama ada TUNAI atau TOP-UP. Penghantaran akan dilakukan dengan kadar segera setelah menerima maklumat yang diperlukan. Sekian Harap Maklum.

** Sila Email Kepada Saya Maklumat anda dengan Segera di email Berikut armli03@gmail.com

PESERTA KONTEST TERATAKARMO DAH BERSEDIA? | KEPUTUSAN DAH DEKAT DAH

Debaran semakin menghampiri kepada para peserta KONTEST TERATAKARMO. Siapakah bakal memenang hadiah Utama? Korang dah Sedia Lom?? Hehehe..Live Update dari Office lagi.Tinggal Hanya beberapa Minit Sahaja lagi untuk mengetahui siapakah pemenang bertuah. Tungguu Keputusannya Tepat Pukul 12 Tengahari nanti...


Aku dah takde kerja,nielah keje aku..ngular..ahaks..ahaks..korang dah sedia lom? Mehh..duduk depan Laptop atau Desktop untuk menunggu keputusan Muktamad dan terkini..

** Saja bagi debaran kepada para peserta..hehe..GOOD LUCK Semua!!

BUFFERED EARNING TERTINGGI CATATAN PERIBADI

Walaupun tak setinggi mana pun aku tetap ingin berkongsi, bukan mahu menunjuk-nunjuk tapi untuk bagi semangat kepada semua agar terus berblogging. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada imbuhan. Kali ini aku ingin berkongsi BUFFERED EARNING aku yang tertinggi setakat ini yang telah aku perolehi sejak berkecimpung didalam dunia blogging dan sejak aku mendaftar dengan NUFFNANG.

BUFFERED EARNING BERJUMLAH RM52.57

Terima Kasih NUFFNANG atas BUFFERED EARNING yang aku terima. Diharap aku boleh memperbaiki jumlah BUFFERED EARNING aku seperti rakan Blogger aku yang cukup hebat pendapatan beliau iaitu EYRIQAZZ.  Buffered Earning Beliau sahaja dah RM400,KLIK DISINI untuk entri beliau.Buat yang belum mendaftar dengan NUFFNANG,baik daftar sekarang tak rugi pun,bukan diaorang Caj apa-apa pun. 

Ada juga blogger-blogger yang masih kurang faham mengenai konsep menjana pendapatan dengan  NUFFNANG ini. Sekira ada pertanyaan mengenainya saya sedia membantu. Saya aku cuba membantu apa yang saya tahu. SHARING is CARING.

TIADA MAYAT DITEMUI DILOKASI PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI

Dari maklumat yang aku terbaca mengenai berita semalam iaitu Dua Lokasi Mayat ditemui akhirnya terjawab. Pihak Polis tidak menemui sebarang mayat dilokasi untuk dijadikan bahan bukti. Walau bagaimanapun menurut sumber maklumat Pihak Polis telah menemui 'Sesuatu' yang dipercayai boleh membantu dan memberi petunjuk kepada pihak polis mengenai kehilangan seorang ahli perniagaan Mohd Shafik Abdullah dari Sungai Petani Kedah.

Diharap pihak polis terus dapat menemui banyak bukti yang boleh menyabitkan Suspek dengan Jenayah Kejam yang telah beliau lakukan. Hari Semalam Ketua Polis Negara telah memberitahu bahawa mereka tidak akan memberitahu jumlah sebenar orang yang telah hilang sehingga Kes siasatan selesai. Bagi aku ini penting kerana sedikit kesilapan sahaja pasti akan memburukkan keadaan. Eloklah disiasat betul-betul kemudian baru di adakan Press Conference.

Aku ingin ucapkan tahniah kepada pihak polis yang telah bertungkus lumus mencari bahan bukti tanpa henti. Mungkin ada yang tidak puas hati,namun kita harus ingat apa akan anda rasa sekira anda berada dikedudukan keluarga mangsa? Renung-renungkanlah.

KES PEMBUNUHAN DATUK SOSILAWATI | SUSPEK MEMBUAT LAPORAN POLIS MENDAKWA BELIAU DIPUKUL

Hari semalam Suspek Utama Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati  telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dimana beliau telah mendakwa bahawa dia dipukul ketika berada di dalam tahanan reman. Dengan dikawal Ketat oleh Polis beliau juga ditemani oleh peguam yang mewakili beliau iaitu RAVI NEKOO dan PUSHPA RATNAM

Laporan dibuat sekitar pukul 4.15 petang dan keluar lebih sejam kemudian. RAVI NEKOO memberitahu bahwa Pihak Polis memberi kerjasama yang baik terhadap pelanggan beliau. Laporan di buat  terhadap dakwaan beliau dikasari sehingga mendatangkan kecederaan di belakang badan. Kemungkinan Suspek akan dihantar ke Hospital untuk rawatan namun tarikh dan hospital belum diketahui lagi.

Ikutkan hati aku geram ajer. Baru cedera kat belakang nak kecoh. Yang beliau dikatakan memberi arahan membunuh tu apa benda? Orang mati dia boleh hidupkan ker? Macam-macam. Abis kalau macam nie susahlah polis nak menjalankan tugas. kalau berlembut pun taknak mengaku macam mana? Aku ingat elok diwartakan biar Polis diberi kebenaran untuk Merotan ker dan sebagainya.

Namun kita ada undang-undang maka kita perlu akur. Biar ikut saluran yang betul. Dia nak repot biarlah sebab itu hak dia. Namun kebenaran pasti akan terjawab nanti dan aku harap si Penjenayah yang serupa binatang ini dihukum seberat-beratnya.

** Berita TV3 sebentar tadi memberitahu antara kecederaan yang dilaporkan adalah pada Alat Sulit beliau yang dipukul dengan kayu. Beliau juga dikenakan ketuk ketampi sebanyak 60 kali sehingga pengsan.

26 September 2010

DiGi iPhone 4 Real

Adakah anda sedang tercari-cari Plan yang manakah sesuai untuk anda untuk memaksimakan panggilan? Terkini dari DiGi,plan yang cukup menarik dari harga serendah RM58 Sebulan pasti akan membuat anda teruja untuk mencuba. Semestinya yang terbaik hanya dari DiGi. Sebagai pelanggan saya tahu inilah yang terbaik dari DiGi dan semestinya terbaik untuk anda semua.Kenapa anda rasa curiga? Lihat sahaja pakage yang ditawarkan.


Semestinya bersesuai dengan Slogan "DiGi Always the Smarter Choice" inilah pilihan bijak bagi pengguna. Tengok sahaja pakage yang ditawarkan HARGA KEBABOMMM!!


Plan yang pasti menarik minat ramai orang. Ingin jadi sebahagian dari Keluarga DiGi? Langganlah segera,nak tunggu apa lagi? JOM!! Follow DiGi..DiGi Yellowman Will follow you..


Termurah!! Hanya RM58 sahaja Sebulan..lagi..lagi? Percuma Panggilan, SMS dan MMS ke talian "Supplimentary Lines" sehingga ke 6 talian DG FAMILY..lagi..lagi? HEBAT!! Percuma INTERNET tanpa Caj...best..best..lagi..lagi? Beli pada 0% interest sehingga 36 bulan Ansuran... NAKKKKK!!

LEE CHONG WEI JUARA KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA SUPER SIRI JEPUN,TOKYO

Tahniah buat Lee Chong Wei. Memang beliau layak digelar Pemain No.1 Dunia. Dengan perlawanan yang menjadi tumpuan semua orang pasti ia menjadi buah mulut kepada peminat badminton negara. Chong Wei telah berjaya menundukkan musuh tradisi beliau iaitu Lin Dan dengan Kiraan Mata 22-20, 16-21 dan keputusan kiraan mata untuk set ketiga memihak kepada Chong Wei iaitu 21-17.


Dengan ini beliau telah berjaya merangkul kejuaraan kelapan pada tahun ini dan berjaya mendapat gelaran juara dengan menjuarai Kejohanan Siri Super Terbuka Jepun di Tokyo sebenar tadi. Tahniah buat Lee Chong Wei,diharap beliau terus memastikan kejuaraan seterusnya milik beliau. Aku cukup bangga dengan pencapaian anak murid Misbun Sidek ini atas semangat yang kental. MALAYSIA BOLEH!!!

KEJOHANAN BADMINTON TERBUKA JEPUN | CHONG WEI BERENTAP DENGAN LIN DAN

Akhirnya perlawanan yang bukan hanya dinanti-nantikan oleh peminat-peminat sukan Badminton di Malaysia mahupun di China ia juga bakal menjadi  kepada seluruh peminat Badminton Seluruh Dunia. Mungkinkah Chong Wei dapat menembus kekalahan beliau pada final Sukan Olympik Beijing 2008 dahulu? Chong wei mengalahkan Boonsak Ponsana perseorang utama Thailand 21-13 dan 21 -18 untuk melangkah ke final manakala Lin Dan juga telah mengalahkan lawan beliau Peter Gede dari Denmark 21-11 dan 21-19 untuk berentap di final (Hari ini..).


Perlu di ingatkan bahawa Lin Dan masih memegang rekod kemenangan dalam pertemuan dengan Chong Wei sebelum ini iaitu 14 - 6. Mampukah Chong Wei mengalahkan Lin Dan? Agak sukar untuk menentukan nasib Chong Wei kali ini. Mungkin harapan untuk menang ada kerana tekanan mungkin kepada Lin Dan yang beraksi hebat bila berada di Beijing dulu dengan sokong padu dari Penyokong beliau. Apa-apa pun diharap Chong Wei Mampu melakukan yang terbaik didalam permainan beliau. Semoga kejayaan berpihak kepada Chong Wei dan membuktikan beliau Pemain No.1 Dunia.

SERANGAN VIRUS WORM @ CECACING STUXNET | SILA BERJAGA-JAGA

Awas!!! Berhati-hati dengan serang terbaru CECACING STUXNET (Stuxnet Computer Worm) yang kini telah melanda India, Pakistan, Indonesia, Kanada dan Amerika Syarikat (AS)  dan yang terbaru Iran. Virus ini dikesan di Jerman sejak Jun lalu dan telah menjangkiti lebih 45,000.00 Sistem Kawalan Industri negara yang telah disebut tadi. Menurut penyelidik dari Pengawalan Sekuriti Industri yang berpusat di Jerman Spekulasi mengatakan bahawa CECACING in dicipta untuk mensabotajkan Loji Nuklear di IRAN. Penganalisa dari Symantec pula memberitahu bahawa CECACING in bukan sahaja berkemampuan mencuri data,ia juga mampu mengawal atau mengambilalih Sistem Kawalan elektrik kawasan industri secara kawalan luar dan rahsia dan secara tidak langsung ini boleh menganggu Operasi sesebuah Syarikat.

Apa yang aku terbaca, CECACING ini telah dibina setahun dulu oleh "HACKERS" dan merupakan "MALWARE" yang mempunyai tahap kecanggihan yang tinggi yang menggunakan teknik yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Jelas sekali kes serangan STUXNET lebih tertumpu kepada Syarikat atau Industri yang menggunakan Sistem SCADA(Supervisory Control And Data Acquisition) yang dibangunkan oleh SIEMENS yang kebiasaannya digunakan oleh LOJI TENAGA dan lain-lain Infrastruktur. Ada juga khabar angin mengatakan bahawa Stuxnet ini di cipta oleh ISRAEL namun belum dapat disahkan.Agak-agak serangan ini boleh sampai sehingga ke Malaysia tak? Aku berharap agar pihak yang berkaitan memberi perhatian sepenuhnya terhadap Krisis ini. Jangan ambil ringan dan ambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk menghadapi serangan daripada STUXNET ini.

SECARA RASMINYA DITUTUP | KONTEST TERATAKARMO | TAHNIAH PARA PESERTA

Akhirnya dengan ini Saya selaku penganjur Kontest Teratakarmo dengan secara rasminya MENUTUP Kontest ini . Seramai 51 orang peserta layak untuk diadili. Sila semak sama ada nama anda termasuk atau tidak? Keputusan Penganjur adalah muktamad mengikut terma dan syarat. Nama Pemenang akan di umumkan TEPAT pada pukul 12.00 tengahari pada 27.09.2010 , Isnin.

SENARAI NAMA-NAMA PESERTA YANG LAYAK BERTANDING

01. D TIEAH - RM100
02. SAYA ARIEF - RM500
03. SIMON HAR - RM199
04. SALMIA - RM450
05. AIDI SAFUAN - RM250
06. CIK PANADOL - RM280
07. LIYANAA - RM588
08. KAK INA KL - RM361.20
09. HAMZAH IAN - RM345.63
10. EYRIQAZZ  - RM770.70
11. SUMIJELLY - RM550.00
12. MATJOE - RM565.46
13. DAYDECK - RM787.00
14. J.M.R - RM567.80
15. YUTAKA MUSHIMURA - RM638.75
16. WAN GERRARD - RM694.50
17. JARD THE GREAT - RM1,074.11
18. AFRA YURI - RM530.00
19. NOORAFZAN - RM385.45
20. DAUSPOZI - RM200
21. CIK NORFA - RM415.20
22. STORMZ-ILYIA - RM669.90
23. JOEGRIMJOW - RM183.30
24. RABIA SENSEI - RM254.00
25. MALEK KU - RM451.00
26. KANCILBIRU - RM687.29
27. KAK ANIE - RM580.00
28. AIZAT SHAFIQ - RM455.25
29. WHODA - RM288.50
30. LORDZARA - RM587.29
31. E.L.I.S.S.I.M.I.E - RM545.69
32. KINOSKOKO - RM875.00
33. MAMA ZHARFAN - RM355.00
34. KYUUBI_85 - RM600.89
35. MR. PANDA - RM750.00
36. IZEE - RM1410.05
37. TN PUNYA - RM571.00
38. TOM KURENO - RM485.50
39. PUTRI ROH - RM520.00
40. KHAIRI - RM430.00
41. NT GRAVITY ZONE - RM1,325.25
42. SYUHADA - RM435.45
43. SYA ISYA - RM529.75
44. GREEN LAVA - RM458.00
45. VIRUSPADU - RM567.80
46. QAMARUL ABSULLAH - RM720.20
47. ASHA - RM970.27
48. NASAZFROG - RM660.00
49. SUFFER8ZINE - RM753.00
50. CIKTOMYAM - RM250.00
51. MAWADDAH - RM512.12

Diharap anda bersedia dengan keputusan yang bakal diumumkan kelak. Jangan menangis sekiranya kalah,kerana ada lagi peluang untuk anda menang hadiah dilain kali. Anda juga boleh cuba nasib didalam Kontest yang menawarkan hadiah yang cukup menarik sila semak link dibawah sekiranya anda berminat..

1. DENAIHATI - Hadiah AMATlah menarik "KLIK DISINI CONTEST HIDUP UNTUK MEMBERI" - tarikh tutup - 31hb Disember 2010

2. EYRIQAZZ - TERUJA NAK MASUK  "KLIK DISINI MY RAYA MOMENT CONTEST" - tarikh tutup - 31hb Oktober 2010

3. KAKINAKL - KENA MASUK KONTEST NI " KLIK DISINI CONTEST GAMBAR KENANGAN OPEN HOUSE AIDIL FITRI 2010 (RUMAH TERBUKA) " - tarikh tutup - 22hb Oktober 2010.

4. TERBANGTINGGITINGGI - MENARIK "KLIK DISINI GUA TAHU ITU SIAPA CONTEST" - tarikh tutup - 22hb Oktober 2010

5. SUTERABLOGGER - PANAS MASIH BARU LAGI - "KLIK DISINI CONTEST| PHOTO FAMILY PALING CUN TIME RAYA"  tarikh tutup - 10hb Oktober 2010

Akhir kata dari penganjur,terima kasih banyak-banyak kepada para peserta kerana sudi mengikuti KONTEST TERATAKARMO ini dan diharap anda terhibur. Sekian

STANDARD CHARTERED BREEZE BLOGGERS' MEET | SEMUA PASAL MAKANAN

Terima kasih sekali lagi kepada NUFFNANG atas jemputan ke STANDARD CHARTERED BREEZE BLOGGERS' MEET @ GRAND MODESTOS pada minggu lepas. Untuk entri kali ini aku nak berkongsi dengan semua, tentang makanan yang sedap-sedap belaka yang dihidangkan di MODESTOS tempoh hari. Bukan main mem"baham" lagi kitaorang terutama CEERAMOON dan VIRUSPADU..ahaks..yang tak boleh blah si SUMIJELLY,later we take picture together-gether ek..wakaka. Gambar-gambar aksi ketika di SCB BLOGGERS' @ GRAND MODESTOS akan aku update kemudian. Korang layanlah dulu gambar makan an yang diambil.

AKSI ROBB KETIKA SESI MAKAN BERMULA

MUSHROOM & SUSHI IKAN SALMON

 
PIZZA KUT..

 
SOTONG GORENG,MIXED SALAD DAN AMENDE TAH?(ROBB JE TAHU..)

 
 SPEGHETTIIII, MAKANAN DLM PINGGAN AKU, CHICKEN AMENDE TAH DAN SALMON

 
 
MIXED DESSERT DALAM SATU PINGGAN

Inilah hidangan yang telah kami rasai pada hari itu dan keseluruhan rating untuk makanan yang dihidang adalah 8.5/10. Sedap memang sedap sehingga menjilat jari. Hidangan dihidang secara berganti-ganti. Favourite aku pada malam itu adalah Hidangan yang hanya ROBB sahaja yang tahu nama masakan tersebut..memang sedap. Ohh ya Special Thanks to REDMUMMY kerana menjadi SPOKESPERSON kita orang pada malam tu..kalau idak mau CRAMP mulut kitaorang bercakap dengan si JON..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails